Tiga Sahabat Buktikan Projek Tanaman Buah Tin Menguntungkan


 MOHAMAD AZIM FITRI ABD. AZIZ
AHMAD Shahrin Ismail (tengah) menunjukkan pokok buah tin yang ditanamnya di Sungai Soi, Kuantan, Pahang.Bermula dengan hanya menanam di kawasan rumah sebagai hobi mengisi masa lapang ia bertukar menjadi aktiviti ekonomi yang menjana pulangan lumayan apabila tanaman buah tin yang diusahakan secara komersial mula membuahkan hasil.Bagi Ahmad Shahrin Ismail, 39, tanaman buah tin jenis Masui Dauphine (MD) yang diusahakan di kawasan tanah seluas 0.4 hektar di Sungai Soi, Kuantan, sejak setahun lalu sudah mendatangkan hasil dan mendapat permintaan menggalakkan daripada penduduk di daerah tersebut.
Ahmad Shahrin yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat minyak memberitahu, dia bermula secara suka-suka dengan menanam buah tin di kawasan rumah sebelum mengusahakan secara komersial selepas mendapati tanaman itu mudah diuruskan selain mempunyai banyak khasiat.
Melihat ia satu peluang keemasan, dia bersama dua lagi rakannya Rosdan Omar, 56, dan Zulkefli Ramli, 44, mula berkongsi modal sebelum mencari kawasan tanah bersesuaian.
“Selepas kami berbincang dan membuat kajian akhirnya kami putuskan untuk menanam buah tin jenis MD ini secara komersial.
“Kami kemudian jumpa lokasi yang sesuai di Sungai Soi dengan kadar sewaan RM1,200 sebulan dengan kontrak lima tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Bapa kepada empat anak itu memaklumkan, selepas setahun mengusahakan tanaman buah tin itu modal yang dikeluarkan mereka bertiga kira-kira RM200,000 meliputi kos mengupah pekerja, baja, pembinaan struktur pelindung hujan (SPH) dan kos operasi.
Anak kelahiran Kuala Terengganu itu memberitahu kini dia boleh tersenyum apabila pulangan yang dijana hasil penjualan buah tin itu cukup memberangsangkan.
Berkongsi lebih lanjut Ahmad Shahrin berkata, lebih 600 pokok tin sudah ditanam dan berbuah dengan baik hingga kini.
Menurutnya, sepokok tanaman tersebut mampu menghasilkan antara 90 hingga 120 buah dalam satu musim.
“Tempoh semusim buah tin enam bulan, dan dalam tempoh tiga bulan ia sudah boleh dipetik dan dijual.
“Kami turut menawarkan kepada pembeli untuk merasai pengalaman memetik sendiri buah tin di ladang.
“Kami pasarkan buah tin ini pada harga RM20 bagi setiap 250 gram dan turut dijual dalam kuantiti yang besar bergantung kepada permintaan,” katanya yang berhasrat meluaskan lagi kawasan penanaman pada masa depan.
 
Menurut Ahmad Shahrin, penjagaan pokok buah tin tidaklah sukar seperti yang disangka. Tanaman tersebut mudah diurus dan lebih subur dalam keadaan cuaca panas dan kering.
Katanya, iklim Khatulistiwa amat sesuai dengan tanaman buah tin kerana ia panas sepanjang tahun dan tidak mempunyai musim sejuk seperti di negara Asia Barat .
Menurutnya, bagi memastikan pokok tin tumbuh subur, tanaman tersebut hendaklah dibaja setiap hari selain perlu ditanam pada jarak antara satu hingga lima meter.
“Kerja-kerja memangkas juga perlu dilakukan selepas habis satu musim bertujuan memastikan dahan yang baru tumbuh dan menghasilkan buah yang lebih baik,” katanya.
Ahmad Shahrin berkata, segala usaha dan pelaburan dibuat bersama rakan kongsi tidak akan berjaya jika tidak dibantu pekerjanya Muhammad Qayyum Mohd. Shaimi, 24, yang berpengalaman dalam mengurus serta menanam pokok tin.
Katanya, dia tidak mengikuti mana-mana kursus daripada agensi kerajaan atau profesional sebaliknya banyak mempelajarinya daripada rakan-rakan yang telah menanam atau mempunyai ladang buah tin.
“Saya mewujudkan kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada penanam buah tin, daripada situ kami bertukar maklumat dan bertanya mengenai cara menguruskan buah tin secara lebih sistematik dan tersusun,” katanya.
Segala usaha dan penat lelah bersama rakan kongsi itu kini berjaya membuka mata banyak pihak.
Ini termasuklah antaranya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang sudi menawarkan bantuan diperlukan selain menjalinkan kerjasama strategik untuk memajukan tanaman yang diusahakannya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/tiga-sahabat-buktikan-projek-tanaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Projek Balak Di Pahang Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah Rm3 Juta

Skandal Projek Balak Di Pahang Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 429 hits
KUALA LUMPUR Tiga individu ditahan kerana disyaki memberi dan menerima rasuah berjumlah RM3 juta berhubung projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang lima tahun lepas Suspek yang berusia antara 39 dan 73 tahun itu ditahan ketika m...
Syarikat Tanpa 1 Sen Pendapatan Dapat Projek Empangan Papar Rm3billion

Syarikat Tanpa 1 Sen Pendapatan Dapat Projek Empangan Papar Rm3billion

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 263 hits
Shafie Apdal perlu jawab apa berlaku sebenarnya Ini masa yang terbaik untuk menjawab Masa pilihanraya Sabah merupakan peluang yang baik untuk bertanya parti Warisan kenapa projek Empangan Papar bernilai RM3 bilion diberi tanpa tender terbuk...
Mahdzir Khalid Minta 20 Peratus Daripada Projek Solar Rm1 25 Bilion Saksi

Mahdzir Khalid Minta 20 Peratus Daripada Projek Solar Rm1 25 Bilion Saksi

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 225 hits
88 total views 88 views today Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta 20 peratus daripada Jepak Holdings Sdn Bhd Ia adalah sebagai upah kerana membantu sya...
Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 529 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang Lim ...
Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan Rm3 3 Juta Projek Terowong Dasar Laut

Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan Rm3 3 Juta Projek Terowong Dasar Laut

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 315 hits
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3 3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan P...
Projek Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

Projek Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 326 hits
BUTTERWORTH Susulan kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian sejak beberapa tahun lalu bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini didakwa lagi atas pertuduhan rasuah membabitkan projek itu yang bernilai RM6 3 bilion K...
Siasat Juga Projek Projek Runtuh Di Terengganu Darul Runtuh

Siasat Juga Projek Projek Runtuh Di Terengganu Darul Runtuh

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 542 hits
Raja Bahrin Shah Malaysiakini Begitu tinggi usaha pihak tertentu daripada kerajaan Perikatan Nasional PN untuk mendesak dan menghukum YB Lim Guan Eng walaupun kes tersebut telah ditutup oleh SPRM akhirnya beliau didakwa juga di mahkamah Aga...
Projek Rts Pertemuan Simbolik Muhyiddin Lee Di Tambak Johor

Projek Rts Pertemuan Simbolik Muhyiddin Lee Di Tambak Johor

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 334 hits
Segalanya berjalan lancar dengan kedua dua pihak Malaysia dan Singapura nampak ceria semasa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong tersenyum lebar dan bertegur sapa di tengah tengah Tambak Joho...
6 Teknik Mengatasi Bena Putih Serangga Perosak Daun Tanaman

6 Teknik Mengatasi Bena Putih Serangga Perosak Daun Tanaman

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1429 hits
Berikut merupakan kaedah menghapuskan bena kutu daun berdasarkan carian di internet 1 Teknik kerengga dan Hampas kelapaDari pengalaman saya masa kat kampung dulu emak saya selalu meletakkan kerengga untuk menghilangkan bena putih yang menye...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord