Siasat Juga Projek Projek Runtuh Di Terengganu Darul Runtuh



Raja Bahrin Shah, Malaysiakini
Begitu tinggi usaha pihak tertentu daripada kerajaan Perikatan Nasional-PN untuk mendesak dan menghukum YB Lim Guan Eng, walaupun kes tersebut telah ditutup oleh SPRM, akhirnya beliau didakwa juga di mahkamah.
Agak luar biasa serta aneh kes projek yang dibuat melalui tawaran terbuka dan Pengerusi lembaga tawaran terdiri daripada penjawat awam yang bermula hampir 10 tahun dahulu yang ditutup kesnya selepas siasatan SPRM diberi asakan dasyat dan liputan besar secara meluas oleh kerajaan PN.
Adakah ini usaha kerajaan Melayu Islam PN untuk menuntut ‘keadilan’ ke atas ‘salah laku’ bekas Ketua Menteri daripada parti DAP yang pernah menerajui Pulau Pinang?
Bersama Umno dalam kerajaan PN adalah PAS sebuah parti yang mendakwa dirinya parti Islam yang selalu melaungkan nilai murni keadilan Islam di setiap kampung dan desa.
Untuk membuktikan nilai keadilan Islam yang kononnya dihajatkan, PAS hendaklah menuntut membuka kembali siasatan berbagai kes projek sakit dan runtuh terutamanya di negeri Terengganu yang diwarisi sekarang dari Umno.
Terengganu diberi nama jolokan memalukan – “Terengganu Darul Runtuh” kerana berbelas projek yang runtuh dan sakit semasa dan selepas siap pembinaan.
Di antaranya ialah tiga projek terkemuka yang bernilai hampir RM1 bilion iaitu Stadium bolasepak Gong Badak, Taman Ilmu Besut dan Kompleks Bebas Cukai Kenyir.
Setelah siasatan runtuhan bumbung stadium RM300 juta dibuat, anehnya tiada sesiapa didapati bersalah walaupun selain daripada runtuhan dua buah generator serta kabel dan peralatan elektrik bernilai berjuta ringgit juga hilang dicuri.
Taman Ilmu bernilai RM350 juta terbengkalai menjadi projek sakit, bangunan pentadbirannya terpaksa dirobohkan dan kabel serta peralatan elektriknya juga dicuri dengan kerugian puluhan juta ringgit. Selepas hampir 20 tahun ia masih belum dibuka.
Pusat Bebas Cukai Kenyir bernilai hampir RM300 juta terbengkalai dan masih belum dapat digunakan selepas 10 tahun.
Demi keadilan, kerajaan Melayu Islam-PN Terengganu yang diterajui PAS, Menteri Besar mesti mendesak SPR menyiasat ke akar umbi kenapa wang duit rakyat Terengganu yang terdiri 95 peratus orang Melayu Islam dibiarkan, dibazir dan diselewengkan begitu sahaja.
Raja Petra Kamarudin yang tinggal di England telah berjaya memainkan peranan utama mendesak Lim Guan Eng didakwa kes Terowong Bawah Laut Pulau Pinang selepas 10 tahun.
Raja Idris Kamarudin, adik kepada Raja Petra, yang menjadi orang kepercayaan Menteri Besar Terengganu yang dilantik menerajui GLC penting, sepatutnya memainkan peranan sama mendesak kerajaan Terengganu dan SPR menyiasat mengapa begitu banyak projek runtuh, tidak siap dan sakit.
Berbeza daripada projek terowong Pulau Pinang, Projek Taman Ilmu Terengganu melibatkan berbagai kes saman di mahkamah oleh kontraktor Korea dan kontraktor tempatan ke atas kerajaan negeri, termasuk pegawai-pegawai Kerajaan dan juga syarikat berkait dengan Umno melibatkan puluhan juta.
Kes ini dipercayai berbau skandal yang besar melibatkan kerajaan dan pegawai tertinggi. Menteri Besar mesti bertindak.
Tiada gunanya kepakaran Raja Idris Kamaruddin yang berasal dari Selangor dan beberapa lagi rakan dari luar negeri Terengganu seperti Nurul Islam, Zaidi Talib dan W.Haswari memegang jawatan mendahului peluang kerja anak Terengganu kalau mereka tidak memainkan peranan berkesan menasihati Menteri Besar dengan baik.
Ramai rakyat anak Terengganu menyoal peranan mereka. Ada juga yang bertanya adakah Raja Idris masih memegang pasport British seperti abangnya? Raja Petra mempunyai “kekebalan” melempar berbagai tuduhan tidak bertanggungjawab dari England jauh dari tindakan undang-undang Malaysia.
Islam menutut keadilan
Kalau Lim Guan Eng atas kes Terowong yang belum pun bermula lagi boleh didakwa selepas 10 tahun, projek-projek Terengganu yang sudah pun berjalan, runtuh, terbengkalai dengan berbagai kes saman melibatkan warga asing, kontraktor tempatan dan pegawai kerajaan, patut diberi perhatian utama dan tindakan oleh Menteri Besar Terengganu.
Malangnya Terengganu terkenal sebagai negeri mempunyai projek yang “berlaku jenayah tanpa penjenayah”- “crime without criminals”.
Atau adakah kerajaan PN mengamalkan pengadilan cara terpilih – selective prosecution? Adakah kerana kes Pulau Pinang melibatkan DAP dan bukan Islam ia diasak habis- habisan?
Adakah kes-kes di Terengganu melibatkan pihak Melayu-Islam jadi tiada minat untuk menuntut keadilan walaupun melibatkan ratusan juta ringgit duit rakyat Terengganu ?
Adakah kerajaan Melayu Islam PN berhasrat mengamalkan tuntutan murni agama Islam sebenarnya ?
Ingatlah contoh Nabi Muhammad Rasulullah saw yang menuntut supaya sebaik-baik keadilan diberi kepada seorang Yahudi yang mencuri barang kepunyaannya.
Islam menuntut keadilan untuk semua dengan tidak mengira agama atau bangsa. Itulah kerajaan Islam sebenarnya.
RAJA BAHRIN SHAH adalah bekas anggota parlimen Kuala Terengganu merangkap pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/10/siasat-juga-projek-projek-runtuh-di-terengganu-darul-runtuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tu Diaaa Duit Berlambak Sib Baik Kat Terengganu Darul Runtuh Kalau Kat Penang Sahih Berkepoi Kena Belasa Melayu Isle

Tu Diaaa Duit Berlambak Sib Baik Kat Terengganu Darul Runtuh Kalau Kat Penang Sahih Berkepoi Kena Belasa Melayu Isle

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 300 hits
Rembat lebai selagi boleh Sakau semahunya Isle apa da hal gamaknya dah tak ada yang cerdik di Terengganu kot
Sprm Siasat Uda Holdings Dan Projek Pulau Jerejak Berkaitan Lim Guan Eng

Sprm Siasat Uda Holdings Dan Projek Pulau Jerejak Berkaitan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 483 hits
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng belum berakhir dengan beberapa pendakwaan Jumaat lepas dan hari ini SuaraTV difahamkan SPRM telah ...
Ini Kah Individu Yang Mendapat Projek Di Terengganu Tu

Ini Kah Individu Yang Mendapat Projek Di Terengganu Tu

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 347 hits
Dua hari lalu bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mempersoalkan tindakan Kerajaan Terengganu melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri itu Beliau berkata lebih mendukacitak...
Sidang Dun Terengganu Dedahkan Penyelewengan Projek Mega Terengganu Dahulu

Sidang Dun Terengganu Dedahkan Penyelewengan Projek Mega Terengganu Dahulu

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 852 hits
MENTERI BESAR TERENGGANU TIDAK BOLEH TERUS BERDIAM DIRI 11 Ogos 20201 Pagi ini saya telah berkesempatan mengikuti sesi pagi Sidang DUN Negeri Terengganu hari kedua dan bertemu dengan pengamal media di Wisma Darul Iman Dalam sidang media say...
Koman Spana Banyak Runtuh Di Darul Runtuh

Koman Spana Banyak Runtuh Di Darul Runtuh

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 284 hits
MZABanyaknye projek yang terbengkalai dan runtuh di negeri Hadi Awang tapi semua tutup kes sebab Melayu islam Lahanat sungguh puak Melayu islam yang jumud ni Malu ke cina kapiaq Penang saja tertinggal 40 tahun ke belakang tak maju maju
Raja Bahrin Harap Rpk Tolong Desak T Ganu Siasat Stadium Runtuh

Raja Bahrin Harap Rpk Tolong Desak T Ganu Siasat Stadium Runtuh

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 247 hits
Dituduh sebagai turut terpalit dalam insiden stadium runtuh pada Feb 2013 Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebaliknya menggesa Raja Petra Raja Kamarudin mendesak kerajaan Terengganu membuka semula siasatan kes tersebut Kata Raja ...
Sprm Siasat Kes Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu

Sprm Siasat Kes Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 356 hits
Selain itu Raja Kamarul juga mengingatkan semula tentang sejauh mana siasatan dan proses keadilan kepada tiga projek besar di Terengganu yang melibatkan jumlah yang besar wang rakyat Terengganu Setelah siasatan runtuhan bumbung Stadium Gong...
Raja Bahrin Accuses Terengganu Sultan And Ahmad Said Of Stealing Billions

Raja Bahrin Accuses Terengganu Sultan And Ahmad Said Of Stealing Billions

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 650 hits
By the way Ahmad Said and Raja Bahrin want only Terengganu people to have positions in Terengganu His Highness the Sultan s mother is Singaporean Is this a problem for Ahmad Said and Raja Bahrin Or do they want the Sultan to step down and h...
Terengganu Pkr Youth Leader Wants Hadi To Drop Racial Stance

Terengganu Pkr Youth Leader Wants Hadi To Drop Racial Stance

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 231 hits
PAS president Abdul Hadi Awang s harping on Malay dominance to ensure the political stability of the country makes it clear that he is prepared to use racial issues and threaten the unity of this multiracial nation said Terengganu PKR Youth...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor