Projek Rts Pertemuan Simbolik Muhyiddin Lee Di Tambak Johor



Segalanya berjalan lancar, dengan kedua-dua pihak Malaysia dan Singapura nampak ceria, semasa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, tersenyum lebar dan bertegur sapa di tengah-tengah Tambak Johor awal pagi ini, sebagai simbolik kesepakatan untuk menyambung semula projek Sistem Transit Rapid (RTS).

Walaupun kedua-dua pemimpin memakai pelitup muka disebabkan pandemik Covid-19, suasana pertemuan antara kedua-dua pemimpin jelas baik, semasa mereka berbual mesra, di majlis yang cukup bersejarah bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

“Terima kasih kerana menyelesaikan urusan perjanjian (RTS) dengan kami,” kata Lee kepada Muhyiddin, yang kemudiannya menjawab “Terima kasih kerana bekerja keras".

Seterusnya Lee berkata projek itu akan bermula, dan disiapkan dalam tempoh enam tahun.

“Insya Allah,” jawab Muhyiddin.

Kedua-dua pemimpin yang sedang berkerja keras menghadapi cabaran dalam mengawal Covid-19 di negara masing-masing, turut meluangkan masa untuk berbual mengenai keadaan semasa, khususnya berkaitan penularan di kedua-dua negara.



"Saya harap lain kali saya boleh menyeberang garisan ini (sambil menunjukkan garisan kuning yang memisahkan tempat mereka berdiri) tanpa dikuarantin,” katanya kepada Lee, yang mencetuskan gelak ketawa kedua-dua pemimpin itu.

Kedua-dua mereka, berserta menteri kabinet yang lain dilihat sepakat mengenakan baju batik di majlis pagi ini.

Muhyiddin dan Lee berbual selama kira-kira 15 minit dalam pertamuan itu, yang boleh dianggap cukup bersejarah dan simbolik, memandangkan ia merupakan perjumpaan kali pertama dua pemimpin di atas Tambak Johor, yang digunakan oleh lebih 350,000 pengguna setiap hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac.

Ia juga merupakan perjumpaan secara bersemuka buat kali pertama sejak Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac, manakala Lee sendiri baru sahaja mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai perdana menteri pada 27 Julai susulan kemenangan parti yang dipimpinnya Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya baru-baru ini.

Selepas tiga penangguhan, Malaysia dan Singapura akhirnya bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan projek RTS.

RTS, yang merupakan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di laluan berkenaan (Tambak Johor), merangkumi pembinaan laluan sepanjang empat kilometer menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru (ibu negeri Johor) dan Woodlands di Singapura.

Projek RTS telah melalui siri perbincangan panjang lebar di bawah kepimpinan tiga perdana menteri Malaysia, dan dijangka menelan belanja kira-kira AS$872.14 juta (RM3.7 bilion, AS$1 = RM4.24) di pihak Malaysia, dengan spesifikasi yang dipersetujui kedua-dua negara.

Projek yang merangkumi dua fasa dengan kos keseluruhan kira-kira RM10 bilion, dijangka bermula 2021, dan akan disiapkan hujung 2026.

#Kredit :- Bernama    

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/projek-rts-pertemuan-simbolik-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Bahru Singapore Rts Project To Cost Rm10 Bln Wee

Johor Bahru Singapore Rts Project To Cost Rm10 Bln Wee

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 286 hits
Wee at the press conference Bernama photo JOHOR BAHRU The Johor Bahru Singapore Rapid Transit System project is estimated to cost RM10 billion said Transport Minister Datuk Seri Dr Wee Ka Siong He said 61 per cent of the cost would be funde...
Motif Pertemuan Muhyiddin Mahu Masuk Mn

Motif Pertemuan Muhyiddin Mahu Masuk Mn

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 594 hits
WUJUD desas desus mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menyertai Muafakat Nasional untuk bersama dengan UMNO dan Pas Hal demikian tercetus apabila Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor bertemu dengan Ahli Parlimen dari...
Projek Tambak Laut Pulau Pinang Tidak Boleh Mula Tanpa Pematuhan Eia Tuan Ibrahim

Projek Tambak Laut Pulau Pinang Tidak Boleh Mula Tanpa Pematuhan Eia Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 237 hits
Menteri Alam Sekitar dan Air Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa projek Tambakan Selatan Pulau Pinang adalah tertakluk kepada Kajian Penilaian Alam Sekitar di mana syarat syarat kelulusan perlu dipatuhi Katanya EIA adalah sat...
Pilihanraya Mengejut Mampukah Muhyiddin Mengelaknya

Pilihanraya Mengejut Mampukah Muhyiddin Mengelaknya

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 142 hits
Melihat ketidaktentuan dalam politik negara dan kedudukan Muhyiddin Yassin yang terus dipertikaikan mengadakan pilihanraya semula adalah penyelesaian terbaik yang dipersetujui oleh hampir banyak pihak Hanya dengan mengadakan pilihanraya sem...
Muhyiddin I Never Offered Shafie To Be Deputy Pm

Muhyiddin I Never Offered Shafie To Be Deputy Pm

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 219 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has refuted a claim that he offered Warisan president Shafie Apdal the deputy prime ministership in exchange for political support In a statement today he referred to Shafie s claim in the Semporna MP s recen...
Tidak Pernah Tawar Shafie Sebagai Tpm Muhyiddin

Tidak Pernah Tawar Shafie Sebagai Tpm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini turut menyifatkan dakwaan Mohd Shafie itu se...
Bersatu Youth Man Claims Reports Saying Muhyiddin Backs Uec Are Misleading

Bersatu Youth Man Claims Reports Saying Muhyiddin Backs Uec Are Misleading

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 314 hits
Bersatu Youth Education spokesperson Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir has called on all parties not to muddy the waters of the Unified Examination Certificate issue after the Federation of Chinese Associations Malaysia said yesterday that ...
Tembelang Muhyiddin Pecah

Tembelang Muhyiddin Pecah

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 866 hits
Tembelang Muhyiddin Pecah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan laporan bahawa dirinya ada menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada kepada Presiden Warisan Shafie Apdal Katanya kenyataan itu adalah tidak benar dan se...
38 Sebab Kenapa Muhyiddin Mesti Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah Th

38 Sebab Kenapa Muhyiddin Mesti Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah Th

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 310 hits
Laman blog ini ada menulis secara ringkas bagaimana barisan Lembaga Pengarah Tabung Haji sekarang tidak layak dan tidak sepatutnya berada di barisan Lembaga Pengarah TH kerana mereka semua adalah lantikan politk yang membawa agenda peribadi...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri