Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan Rm3 3 Juta Projek Terowong Dasar Laut


 


Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari  ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat  dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Lim, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Mengikut pertuduhan, Lim, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000 sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.
Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown di sini antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Pertuduhan terhadap Lim dikemukakan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda  tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau  RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika  sabit kesalahan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib manakala Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo dan  Ramkarpal Singh.
Jumaat lepas, Lim turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat sama dilantik untuk melaksanakan projek serupa dan beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang mencetuskan kontroversi itu bakal menghubungkan pulau ini dari Persiaran Gurney dengan tanah  besar di Bagan Ajam dengan anggaran kos RM6.3 bilion dan ia dijangka bermula pada 2023.
-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/08/lim-guan-eng-mengaku-tidak-bersalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Rasuah Rm3 3 Juta Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah

Terima Rasuah Rm3 3 Juta Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 508 hits
BUTTERWORTH 10 Ogos Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3 3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik ...
Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Libatkan Suapan Rm3 3 Juta

Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Libatkan Suapan Rm3 3 Juta

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 411 hits
BUTTERWORTH Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini pagi ini atas pertuduhan suapan wang tunai berjumlah RM3 3 juta melibatkan projek jalan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang G...
Projek Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

Projek Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 497 hits
BUTTERWORTH Susulan kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian sejak beberapa tahun lalu bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini didakwa lagi atas pertuduhan rasuah membabitkan projek itu yang bernilai RM6 3 bilion K...
Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 687 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang Lim ...
Lim Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Rasuah Rm3 Juta

Lim Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Rasuah Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 504 hits
Diterbitkan Hari ini 9 19 amBekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan satu pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan bernilai RM3 3 juta hari ini Menurut pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi ini ...
Terowong Guan Eng Mengaku Tak Bersalah Minta Upah 10 Bantu Syarikat Dilantik

Terowong Guan Eng Mengaku Tak Bersalah Minta Upah 10 Bantu Syarikat Dilantik

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 311 hits
August 7 2020 9 15 AMBekas ketua menteri Pulau Pinang tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi KUALA LUMPUR Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengaku tak bersalah terhadap tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar l...
Lim Guan Eng Phang Li Koon Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Rasuah

Lim Guan Eng Phang Li Koon Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 484 hits
39 total views 39 views today Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah Lim 60 dan Phang 48 masing masing mengaku tidak bersalah sel...
Guan Eng Mengaku Tak Bersalah Ikat Jamin Rm 1 Juta

Guan Eng Mengaku Tak Bersalah Ikat Jamin Rm 1 Juta

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 344 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng didakwa dengan satu pertuduhan meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6 3 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Lim bagaimanapun mengaku tidak bersala...
Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta

Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 551 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama isterinya Betty Chew dan rakan perniagaannya Phang Li Koon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa serta pengubahan wang berhubung tawaran sebuah...
Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Step And Repeat Banners Continue To Redefine Event Visuals And Brand Engagement

Ramai Tak Tahu Rupanya Zon Waktu Malaysia Pernah Berubah Sebanyak 6 Kali

Kedai Pakistan Di Madinah

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

Resepi Roti Sardin Gulung Super Sedap Yang Orang Lain Tak Tahu

Majlis Perpisahan Arif Rakan Sekerja Dari Negeri Yang Sama

Flavorful Recipe Beef Chuck Cross Rib Roast

Happy Birthday Waniee

Lirik Lagu Terlalu Bodoh Ara Johari