Tiga Ngo Desak Mahathir Berundur Selewatnya 9 Mei 2021


MALAYSIADATELINEAugust 7, 2019 9:48 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebulat suara meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021, genap tiga tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan Persekutuan.

Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

NGO berkenaan menerusi surat terbuka bersama kepada Dr Mahathir menggesa Perdana Menteri dan kepimpinan PH mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut surat tersebut, pergolakan PKR selaku parti komponen utama dalam gabungan PH sedang meresahkan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

“Kerisauan kami adalah agenda pembaikan kerajaan PH yang akan terhenti atau lebih parah, apa yang sedang dicapai kini akan terundur kepada sistem yang lama sekiranya kestabilan politik tidak dipulihkan.

“Kerisauan kami hanya tertumpu kepada kestabilan politik dan tanggungjawab dalam penggal ke-14 Parlimen tanpa ada sebarang kecenderungan untuk PRU15,” kata ketiga-tiga NGO tersebut dalam surat terbuka bersama hari ini.

Mengulas lanjut berhubung penyerahan kuasa tersebut, walaupun tidak ada ketetapan masa yang dinyatakan dalam perjanjian, Dr Mahathir dalam pelbagai majlis sering berkata tempoh peralihan akan mengambil masa dua hingga tiga tahun selepas PH membentuk kerajaan.

“Bagi memastikan kelancaran peralihan, Anwar perlu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri enam bulan sebelum tarikh yang ditetapkan.

“Dengan pelan peralihan yang jelas, ini akan memadamkan desas-desus dan teori-teori konspirasi yang dibuat oleh mereka yang ingin mendapat laba daripada ketidakstabilan dan perpecahan gabungan PH,” kata NGO itu.

Dalam pada itu, ketiga-tiga NGO berkenaan turut mengemukakan beberapa langkah lain untuk mengembalikan kestabilan politik.

Antara cadangan tersebut ialah menetapkan had penggal Perdana Menteri agar tidak memegang kuasa terlalu lama dan pengurangan penumpuan kuasa eksekutif yang dimiliki Perdana Menteri.

Tiga NGO itu juga mahu pengukuhan institusi awam utama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Jabatan Peguam Negara dipercepatkan.

“Kami menggesa pimpinan kerajaan PH, Dr Mahathir, Majlis Presiden PH dan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk mengambil tindakan tanpa lengah lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan ini.

“Mesej yang jelas mesti dihantar kepada semua, yang kebajikan negara dan agenda reformasi mendahului kepentingan peribadi dan parti,” kata kenyataan bersama itu.

Tiga NGO itu turut menasihatkan PH bahawa parti itu hanya mempunyai kurang daripada empat tahun untuk memenuhi janji serta memulihkan kestabilan politik dan pentadbiran.

Dalam perkembangan lain, tiga NGO berkenaan turut mengadakan sidang media hari ini dan berjanji tidak akan menganjurkan himpunan Bersih 6 bagi menuntut Dr Mahathir mengundurkan diri.

Sebaliknya, menurut Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann selaku jurucakap NGO berkenaan, Dr Mahathir perlu menetapkan satu tarikh peralihan kuasa yang jelas.

Katanya, tarikh antara setahun dari sekarang hingga selewat-lewatnya 9 Mei 2021 perlu ditetapkan untuk mengelakkan pelbagai khabar angin daripada disebarkan.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/tiga-ngo-desak-mahathir-berundur-selewatnya-9-mei-2021/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/tiga-ngo-desak-mahathir-berundur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Dr M Serah Kuasa Kepada Anwar Selepas 9 Mei 2021 Tiga Ngo

Mahu Dr M Serah Kuasa Kepada Anwar Selepas 9 Mei 2021 Tiga Ngo

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 250 hits
GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil bersama Angkatan Belia Islam Malaysia dan Gabungan Bertindak Malaysia menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kepimpinan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah yang jelas dan tetap untuk membawa k...
Mahu Dr Mahathir Letak Jawatan Selepas 9 Mei 2021 Bersih Abim Gbm

Mahu Dr Mahathir Letak Jawatan Selepas 9 Mei 2021 Bersih Abim Gbm

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR 7 Ogos Tiga pertubuhan bukan kerajaan sepakat menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat lewatnya pada 9 Mei 2021 genap tiga tahun Pakatan Harapan m...
3 Ngo Pro Anwar Ibrahim Desak Mahathir Undur Segera Dari Jawatan Pm

3 Ngo Pro Anwar Ibrahim Desak Mahathir Undur Segera Dari Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 304 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Angkatan Belia Islam Malaysia dan Gabungan Bertindak Malaysia mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat lewatnya pada 9 Mei 2021 3 NGO ...
Ngo Pkr Mula Desak Azmin Dipecat

Ngo Pkr Mula Desak Azmin Dipecat

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 226 hits
NGO PKR mula desak Azmin dipecat Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Jul 2019 11 36AM
Tugas Jadi Pm Kali Ini Tiga Kali Lebih Berat Kata Tun Mahathir

Tugas Jadi Pm Kali Ini Tiga Kali Lebih Berat Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri pada masa ini sebagai tiga kali lebih berat berbanding semasa melaksanakan tanggungjawab itu sebelum ini Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri ke...
5150 Ngo Islam Desak Rtm Tangguh Penayangan Demi Tuhan Aku Bersaksi Malaysia Gazette 05 08 2019

5150 Ngo Islam Desak Rtm Tangguh Penayangan Demi Tuhan Aku Bersaksi Malaysia Gazette 05 08 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 590 hits
KUALA LUMPUR Jawatan Bertindak NGO Pendidikan Islam meminta Radio dan Televisyen Malaysia menangguhkan penayangan telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi sehingga kata sepakat dengan pihak berkepentingan diperolehi Jurucakapnya Manolito Mohd Dahl...
Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan Masa Sudah Sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur

Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan Masa Sudah Sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 558 hits
Ni Tajuk Kerajaan Pakatan Harapan Perlu DiselamatkanMasa Sudah sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur2 Pada tahun 1996 selepas Pilihanraya Umum 1995 apabila Parti Semangat 46 menjadi semakin ektrem Melayu dengan mengubah menjadi Parti Melayu...
Ngo Desak Pm Tukar Mb Perak Yang Didakwa Anti Orang Asli

Ngo Desak Pm Tukar Mb Perak Yang Didakwa Anti Orang Asli

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 274 hits
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu KUALA LUMPUR Pertubuhan Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menukar Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang didakwa anti Orang Asli Pengerusi Dolah T...
Tun Mahathir Tegaskan Keputusan Perkenal Tulisan Khat Muktamat

Tun Mahathir Tegaskan Keputusan Perkenal Tulisan Khat Muktamat

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 415 hits
Sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel berkenaan ketidakpuasan hati pemimpin akar umbi DAP mengenai pelaksanaan tulisan sen khat dalam buku teks Tetapi kini Tun Mahathir Perdana Menteri menegaskan bahawa pelaksanaan ini akan tetap dit...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej