Mahu Dr M Serah Kuasa Kepada Anwar Selepas 9 Mei 2021 Tiga Ngo


GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil langkah yang jelas dan tetap untuk membawa kestabilan politik dalam negara ini dengan meletakkan pakej peralihan yang jelas berdasarkan perjanjian Pakatan Harapan pra-PRU14.
Pergolakan PKR, salah satu parti komponen yang utama dalam gabungan PH, sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

Loading… Kebimbangan kami sebagai pertubuhan masyarakat sivil yang telah dan sedang mendesak reformasi institusi dan politik di negara ini adalah agenda pembaikan kerajaan PH akan terhenti, atau lebih parah, apa yang sedang dicapai kini akan terundur kepada sistem yang lama sekiranya kestabilan politik tidak dipulihkan. Sebagai kumpulan masyarakat sivil yang tidak partisan, kerisauan kami hanya tertumpu kepada kestabilan politik dan kebertanggungjawaban dalam penggal ke-14 parlimen tanpa ada sebarang kecenderungan untuk PRU15.
Maka, kami ingin mencadangkan langkah-langkah konkrit berikut yang perlu diambil bagi mengembalikan kestabilan politik.
PELAN PERALIHAN KUASA UNTUK PERDANA MENTERI Kami menggesa agar Tun Mahathir menetapkan satu tarikh antara setahun akan datang sehingga 9 Mei 2021, untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selari dengan perjanjian pra-PRU14 antara gabungan parti komponen PH.
Walaupun tidak ada rangka masa yang dinyatakan dalam perjanjian itu, Tun dalam pelbagai majlis sering mengatakan tempoh peralihan akan mengambil masa 2 ke 3 tahun selepas PH membentuk kerajaan.
Bagi memastikan kelancaran peralihan, DSAI perlu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri enam bulan sebelum tarikh yang ditetapkan. Dengan pelan peralihan yang jelas, ianya akan memadamkan desas-desus dan teori-teori konspirasi yang dibuat oleh mereka yang ingin mendapat laba daripada ketidakstabilan dan terpecahnya gabungan PH.
HADKAN TEMPOH PM KEPADA DUA PENGGAL Ini adalah janji manifesto yang masih belum dipenuhi dan kami menggesa Tun untuk mendesak pindaan undang-undang yang berkaitan bagi memenuhi janji ini sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM.
Rasional untuk menetapkan had penggal adalah supaya Perdana Menteri akan datang tidak akan memegang kuasa terlalu lama, yang bukan sahaja ada risiko salah guna kuasa dan rasuah, malah akan menyebabkan kekecewaan serta timbul perasaan antagonis oleh pihak yang berminat untuk memegang jawatan perdana tersebut.
Melainkan penggal pertama yang tidak dimulakan dengan parlimen yang baru kurang daripada dua tahun, penggal PM perlu dimulakan daripada masa pelantikan dan bukannya pada permulaan penggal Parlimen yang baru bagi memastikan penggal maksimum yang dibenarkan dikekalkan kepada dua penggal.
PENGURANGAN KUASA PERDANA MENTERI Manifesto PH telah menjanjikan pengurangan kuasa Eksekutif pada tangan Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa oleh mantan Perdana Menteri sebelum ini menjadi fakta bahawa kuasa yang terlalu banyak tertumpu pada pejabat Perdana Menteri.
Melainkan undang-undang dipinda dan parlimen diperkasa semula, terutamanya proses pelantikan utama kerajaan, tidak ada jaminan PM selepas ini tidak akan menggunakan kuasa yang ada sekarang untuk berpaut kepada jawatannya dengan menaungi kesetiaan pemimpin dan pengundi, mengakibatkan wajah buruk kleptokrasi terjelma kembali.
Mahathir – Foto Bernama
Struktur kuasa yang lebih serata dengan mengehadkan penggal PM akan mewujudkan keamanan dan kestabilan yang lebih mudah di antara ahli politik yang bercita-cita tinggi dengan mewujudkan peluang untuk kemajuan dalam kerjaya politik.
SEGERAKAN REFORMASI INSTITUSI Sejumlah janji manifesto yang dijanjikan yang perlu disegerakan pelaksanaannya tanpa bertangguh lagi adalah manifesto untuk mengukuhkan institusi awam utama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Jabatan Peguam Negara.
Pindaan perlembagaan diperlukan untuk penginstitusian institusi-institusi ini dengan bebas dan perkasa agar mereka dapat menjadi badan semak dan imbang yang berkesan kepada sistem kerajaan kita.
Akta drakonian yang melanggar hak asasi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan wajib dimansuhkan segera serta undang-undang melawan perkauman dan bias gender juga perlu disemak semula untuk dipinda atau digubal di mana perlu.
UBAH SISTEM PILIHAN RAYA YANG LEBIH INKLUSIF Sistem pilihan raya kita secara FPTP digandingkan dengan masyarakat majmuk menggalakkan mentaliti menang dapat semua kalah dapat arang dalam kalangan ahli politik kita telah menghasilkan perbahasan politik yang ekstrem dan memecahbelahkan.
Kami menggesa kerajaan dan semua pihak untuk memulakan dialog nasional bagi membincangkan untuk kita bergerak keluar daripada sistem FPTP dan menuju ke sistem kerusi Perwakilan Berkadaran berdasarkan Senarai-Parti(List-PR).
Ini akan memastikan perwakilan yang lebih majmuk di dalam parlimen dan menghapuskan keperluan mereka untuk memainkan isu perkauman untuk menggerakkan pengundi. Kerusi Senarai Perwakilan Berkadaran juga dapat mengatasi perbalahan intra-gabungan untuk peruntukan kawasan pilihan raya yang biasa terjadi dengan sistem FPTP dengan membenarkan parti-parti gabungan bertanding secara terbuka dan secara sihat antara satu sama lain melalui undi parti, berbanding sebelum ini dengan cara sabotaj dan perancangan sulit.
Senarai Perwakilan Berkadaran juga bukan sahaja dapat memberikan kuota kepada wanita dan kumpulan terpinggir, mandat kepada parti secara langsung juga dapat mengukuhkan parti politik dan menyukarkan untuk lompat parti. Ini adalah selari dengan aspirasi PH untuk membina negara yang lebih inklusif, progresif dan makmur.
Kami menggesa pimpinan kerajaan PH -Tun Dr Mahathir, Majlis Presiden PH dan Warisan untuk mengambil tindakan tanpa lengah lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan ini. Mesej yang jelas mesti dihantar kepada semua yang kebajikan negara dan agenda reformasi mendahului kepentingan peribadi dan parti.
PH hanya mempunyai kurang empat tahun dari tempoh sepenggal untuk mengotakan janji reformasi dan kemakmuran kepada pertiwi ini. Pulihkan kestabilan politik dan pentadbiran sekarang untuk tempoh penggal yang berbaki.
Dikeluarkan bersama oleh:
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/mahu-dr-m-serah-kuasa-kepada-anwar-selepas-9-mei-2021-tiga-ngo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 683 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Tiga Ngo Desak Mahathir Berundur Selewatnya 9 Mei 2021

Tiga Ngo Desak Mahathir Berundur Selewatnya 9 Mei 2021

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 316 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar IbrahimTiga pertubuhan bukan kerajaan sebulat suara meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat lewa...
Saya Takkan Mungkir Janji Serah Kuasa Kepada Anwar

Saya Takkan Mungkir Janji Serah Kuasa Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 297 hits
BICARA DARI TURKI BUKAN DARI KUANG MARISHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya Dalam satu wawancara dengan media Turki TRT World Dr Mah...
Mahu Dr Mahathir Letak Jawatan Selepas 9 Mei 2021 Bersih Abim Gbm

Mahu Dr Mahathir Letak Jawatan Selepas 9 Mei 2021 Bersih Abim Gbm

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR 7 Ogos Tiga pertubuhan bukan kerajaan sepakat menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat lewatnya pada 9 Mei 2021 genap tiga tahun Pakatan Harapan m...
Azmin Amiruddin Perlu Mohon Maaf Pada Anwar Ngo

Azmin Amiruddin Perlu Mohon Maaf Pada Anwar Ngo

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 325 hits
Menteri hal ehwal ekonomi juga tidak patut keluar kenyataan sokong Dr Mahathir Mohamad kekal jadi perdana menteri sampai habis penggal kata kumpulan itu
Desak Tun M Tetap Tarikh Serah Kuasa Ada Kaitan Kit Siang

Desak Tun M Tetap Tarikh Serah Kuasa Ada Kaitan Kit Siang

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 317 hits
Siapa disebalik NGO yang desak Tun M tetap tarikh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFFHEBOH hari ini dengan desakan tiga NGO iaitu Bersih 2 0 GBM dan ABIM supaya Tun Dr Mahathir menetapkan satu tarikh antara setahun dari sekarang sehingga paling lewatny...
Peralihan Kuasa Pm Tun M Anwar Perlu Bincang Tarikh

Peralihan Kuasa Pm Tun M Anwar Perlu Bincang Tarikh

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Polemik peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dapat dileraikan menerusi pertemuan empat mata antara kedua dua pimpinan itu
Peralihan Kuasa Antara Kesabaran Anwar Dan Keterdesakan Azmin

Peralihan Kuasa Antara Kesabaran Anwar Dan Keterdesakan Azmin

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 280 hits
Oleh Muammar GaddafiWalaupun merupakan seorang menteri penuh dan juga timbalan presiden sebuah parti politik terkuat dalam Pakatan Harapan nasib politik Azmin Ali sebenarnya bagai telur dihujung tanduk satu satunya faktor yang boleh memanja...
Cium 7 Kali Pun Dr M Tak Akan Serah Jawatan Pm Zahid Beritahu Anwar

Cium 7 Kali Pun Dr M Tak Akan Serah Jawatan Pm Zahid Beritahu Anwar

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 300 hits
July 27 2019 8 47 PMAhmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yakin Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak akan dapat menjadi perdana menteri mengikut rancangan peralihan kuasa Pakatan Harapan Beliau berkata semua orang ta...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemaskini

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake

Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15