Mahu Dr Mahathir Letak Jawatan Selepas 9 Mei 2021 Bersih Abim Gbm




KUALA LUMPUR 7 Ogos – Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menggesa Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021, genap tiga tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Pusat.
Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
Mereka menerusi surat terbuka bersama kepada Dr. Mahathir menggesa Perdana Menteri dan kepemimpinan PH mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Pergolakan PKR selaku parti komponen utama dalam gabungan PH sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.
“Kebimbangan kami adalah agenda pembaikan kerajaan PH yang akan terhenti, atau lebih parah, apa yang sedang dicapai kini akan terundur kepada sistem yang lama sekiranya kestabilan politik tidak dipulihkan.
“Kerisauan kami hanya tertumpu kepada kestabilan politik dan tanggungjawab dalam penggal ke-14 Parlimen tanpa ada sebarang kecenderungan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” kata ketiga-tiga NGO tersebut dalam surat terbuka bersama hari ini.
Mengenai penyerahan kuasa tersebut, tiga NGO itu berkata, walaupun tidak ada ketetapan masa yang dinyatakan dalam perjanjian, Dr. Mahathir dalam pelbagai majlis sering berkata tempoh peralihan akan mengambil masa dua hingga tiga tahun selepas PH membentuk kerajaan.
“Bagi memastikan kelancaran peralihan, Anwar perlu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri enam bulan sebelum tarikh yang ditetapkan.
“Dengan pelan peralihan yang jelas, ini akan memadamkan desas-desus dan teori-teori konspirasi yang dibuat oleh mereka yang ingin mendapat laba daripada ketidakstabilan dan perpecahan gabungan PH,” gesa kenyataan bersama itu.
Bersih 2.0, ABIM dan GBM turut mencadangkan beberapa langkah lain bagi mengembalikan kestabilan politik.
Antaranya menetapkan had penggal Perdana Menteri agar tidak memegang kuasa terlalu lama dan pengurangan penumpuan kuasa Eksekutif yang dimiliki Perdana Menteri.
Tiga NGO itu juga mahu pengukuhan institusi awam utama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Jabatan Peguam Negara dipercepatkan.
“Kami menggesa pimpinan kerajaan PH, Dr. Mahathir, Majlis Presiden PH dan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk mengambil tindakan tanpa lengah lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan ini.
“Mesej yang jelas mesti dihantar kepada semua yang kebajikan negara dan agenda reformasi mendahului kepentingan peribadi dan parti,” menurut mereka bersama.
Tiga NGO itu turut menasihat PH bahawa parti itu hanya mempunyai kurang daripada empat tahun untuk memenuhi janji serta memulihkan kestabilan politik dan pentadbiran. – UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/07/mahu-dr-mahathir-letak-jawatan-selepas-9-mei-2021-bersih-abim-gbm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Ngo Desak Mahathir Berundur Selewatnya 9 Mei 2021

Tiga Ngo Desak Mahathir Berundur Selewatnya 9 Mei 2021

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 369 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar IbrahimTiga pertubuhan bukan kerajaan sebulat suara meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat lewa...
Mahu Dr M Serah Kuasa Kepada Anwar Selepas 9 Mei 2021 Tiga Ngo

Mahu Dr M Serah Kuasa Kepada Anwar Selepas 9 Mei 2021 Tiga Ngo

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 306 hits
GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil bersama Angkatan Belia Islam Malaysia dan Gabungan Bertindak Malaysia menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kepimpinan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah yang jelas dan tetap untuk membawa k...
Lebih Baik Azmin Letak Jawatan

Lebih Baik Azmin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 542 hits
By 30 Julai 2019KUALA LUMPUR Kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyokong agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal didakwa melampaui bidang kuasa seorang Menteri Kabinet Kenyataan kontroversi Tim...
Azmin Gagal Pikul Amanah Dinasihatkan Letak Jawatan

Azmin Gagal Pikul Amanah Dinasihatkan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 729 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dinasihatkan melepaskan jawatannya kerana gagal memikul amanah dengan baik apabila tidak menghadiri mesyuarat tertinggi parti sejak November 2018 Ketua Angkatan Muda K...
20 Senator Tak Hadir Ruu Undi 18 Minta Maaf Atau Letak Jawatan Kit Siang

20 Senator Tak Hadir Ruu Undi 18 Minta Maaf Atau Letak Jawatan Kit Siang

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 426 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 49 tengahari Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata 20 senator yang tidak hadir dalam pengundian Rang Undang Undang Perlembagaan 2019 di Dewan Negara perlu memaklumkan sebab ketidakhadiran mereka Ahli Dewan ...
Lembaga Pengarah Fic Perlu Letak Jawatan Elak Legasi Felda Hancur

Lembaga Pengarah Fic Perlu Letak Jawatan Elak Legasi Felda Hancur

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 443 hits
Minggu lepas Felda dan syarikat pelaburan induknya Felda Investment Corp Sdn Bhd disaman pemaju Kuala Lumpur Vertical City Synergy Promenade Sdn Bhd dalam pertikaian melibatkan pemberian tanah SPSB berkata berdasarkan perjanjian dengan FIC ...
3 Ngo Pro Anwar Ibrahim Desak Mahathir Undur Segera Dari Jawatan Pm

3 Ngo Pro Anwar Ibrahim Desak Mahathir Undur Segera Dari Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 419 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Angkatan Belia Islam Malaysia dan Gabungan Bertindak Malaysia mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat lewatnya pada 9 Mei 2021 3 NGO ...
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 1347 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Terbaru Ini Tarikh Dr M Letak Jawatan Tangkap Layar 3 Ngo

Terbaru Ini Tarikh Dr M Letak Jawatan Tangkap Layar 3 Ngo

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 818 hits
Mahu Dr Mahathir letak jawatan selepas 9 Mei 2021 tiga NGOTANGKAP layar petikan surat terbuka oleh Bersih 2 0 ABIM dan GBM yang mahu Dr Mahathir menetapkan masa peralihan kuasa UTUSAN ONLINEKUALA LUMPUR 7 Ogos Tiga pertubuhan bukan kerajaan...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Pas Berates Petronas Ceo For Champagne Shower Podium Celebrations At Singapore F1 Gp

Mastering Fire Water Shelter Essential Wilderness Survival Skills For 2025

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Tiba Tiba Dia Ketawa Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jemput Tok Mak Dan Tok Ayah Dari Bandung

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Khalil Gibran

Kedai Cikgu Ipoh Suasana Santai Rasa Macam Masakan Rumah

Resipi Kurma Telur Pekat Berempah Lauk Simple Paling Sedap

Euro Akui Kesilapan