Tiga Bulan Lagi Adakah Najib Masih Diingati


 
Setakat ini, setelah Najib Razak dipenjarakan pada 23 Ogos lalu, hanya ada dua majlis solidariti daripada UMNO terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Pertama, majlis taklimat UMNO di WTCKL pada 27 Ogos yang diadakan atas inisiatif Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan dihadiri oleh barisan kepimpinan UMNO bahagian-bahagian daripada seluruh negara.
Kedua, majis solidariti untuk Najib yang diadakan di Dataran Pekan, Pahang pada petang semalam.
Ini bermakna, dalam tempoh dua minggu setelah Najib dipenjarakan, hanya ada dua program untuk membela dan mempertahankan Najib, itu pun kedua-duanya tidak menampakkan impak serta kesan yang jelas ke mana kesudahannya.
Taklimat di WTCKL pada mulanya digembar-gemburkan sebagai medan tekanan terakhir daripada UMNO untuk memaksa Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar menyegerakan PRU15 secepat yang boleh.
Malangnya, meskipun pada malam berkenaan diadakan mesyuarat khas MT UMNO, tetapi tiada apa-apa yang berlaku akhrinya, bahkan kenyataan media pun tidak dikeluarkan selepas itu.
Yang ternampak kemudiannya hanyalah Azalina Othman Said yang berdegar-degar berucap di majlis di WTCKL terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.
Begitu juga dengan majlis solidariti di Pekan semalam, walaupun kehadiran Zaid Ibrahim sebagai bekas peguambela Najib ada kewajaran untuk didengar hujah-hujahnya, pemimpin UMNO yang hadir sekadar bertaraf “ lightweight” saja iaitu Lokman Adam dan Isham Jalil.
Lokman, bekas Ahli MT UMNO dan Isham, baru dilantik sebagai Ahli MT, kedua-duanya adalah bekas pegawai Najib Kementerian Kewangan dan PMO sebelum ini.
Mereka itu, selain sudah diketahui memang penyokong kuat Najib, tanpa ada jemputan pun, akan tetap mempertahankan Najib melalui media sosial masing-masing.
Maknanya, tiada apa-apa yang luar biasa dengan kehadiran kedua-duanya di Pekan itu.
Persoalan paling pokok di sini, kenapa tiada pemimpin UMNO Pusat dengan kedudukan yang lebih tinggi sedia hadir di Pekan semalam?
Begitu juga dengan pimpinan utama UMNO Pahang, kenapa tiada yang kelihatan sama?
Adakah mereka sudah lupa kepada Najib dan tidak mengenang lagi budi-budinya?
Dengan hanya dua program solidariti diadakan untuk Najib setelah dua minggu beliau dipenjarakan, jauh benar untuk beliau mendekati bagaimana Anwar Ibrahim dibela dan dipertahankan sebelum ini.
Dengan demikian, tentulah lebih jauh kalau nasib Najib mahu disamakan dengan Nabi Yusof atau Nelson Mandela.
Di mata pemimpin dan ahli UMNO, terutama mereka yang pernah dikayakan, diberi projek dan diberi jawatan, Najib seolah-olah tiada nilai lagi setelah dirinya kini dipenjarakan.
Di mana mereka sekarang dan kenapa tiada kedengaran ada pemimpin UMNO, terutama yang pernah dikayakan oleh Najib, mahu merancang program solidariti yang seterusnya?
Di kalangan 191 Ketua UMNO Bahagian pula, hanya kedengaran Dr Puad Zarkashi dari Batu Pahat yang menyatakan rindu dengan coretan Najib di laman sosial FBnya.
Di mana yang lain-lain?
Begitu juga dengan ahli UMNO yang diketahui merupakan penyokong dan pentaksub Najib sebelum ini, mereka juga kini kelihatan sudah senyap sunyi daripada menulis apa-apa mengenai Bossku di dinding media sosial masing-masing.
Kenapa jadi demikian, sudah mahu melupai Najib atau kerana tiada lagi elaun bulanan?
Apa nasib Najib seterusnya, apakah semua orang dalam UMNO sudah meredai pemenjaraan Najib dan tak kisah berapa lama pun beliau dipenjarakan?
Dengan semua perkembangan suram ini, jika saya jadi Najib, kebimbangan paling besar dalam kepala saya ialah tiga bulan lagi, adakah saya masih diingati? – ShahbudinHusin 05/08/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/tiga-bulan-lagi-adakah-najib-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 241 hits
Siapa yang rakam Cuba toleh kiri dan toleh kanan Budak tadika pun tahu ini siapa punya kerja Bagaimana yang lain TAKKANLAH dengan pompuan pun kau orang Tak berani keroyok dia Jangan jadi darai lah kalau sekadar gesa latheefa letak jawatan
Pemimpin Pas Masih Belum Yakin Najib Bersalah

Pemimpin Pas Masih Belum Yakin Najib Bersalah

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 329 hits
malaysiamerdeka comWalaupun Mahkamah Persekutuan sudah menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak namun seorang Ahli Jawatankuasa Pas belum yakin sepenuhnya yang bekas Perdana Menteri itu bersalah seperti didakwa Pandangan peri...
Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp

Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 181 hits
Berikut adalah sebahagian dari Perkara 48 yang dipetik dari Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan tentang kriteria yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Tertakluk kepada peruntukan Perkara ...
Tak Adil Najib Dipenjara Tapi Jho Low Masih Bebas Dap Gesa Cari Segera

Tak Adil Najib Dipenjara Tapi Jho Low Masih Bebas Dap Gesa Cari Segera

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 220 hits
agendaily com24 08 2022Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Jho Low Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low perlu dikesan dengan segera bagi membawanya ke muka pengadilan gesa Lim Guan Eng Pengerusi DAP itu berkata tidak adi...
Najib Masih Ada Empat Lagi Kes Belum Selesai

Najib Masih Ada Empat Lagi Kes Belum Selesai

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 184 hits
satuberita myBy August 24 2022BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini dipenjarakan atas kes RM42 juta SRC International selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah semalam Begitupun bekas Perdana Menteri itu masih m...
Rasuah Projek Solar Adakah Rosmah Akan Menurut Jejak Najib

Rasuah Projek Solar Adakah Rosmah Akan Menurut Jejak Najib

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 195 hits
Selepas hampir empat tahun perbicaraan Datin Seri Rosmah Mansor akan mengetahui esok sama ada beliau akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak Hakim Ma...
Kenapa Najib Masih Langgar Perintah Mahkamah

Kenapa Najib Masih Langgar Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 186 hits
Samada tandatangan itu palsu atau betul ia masih dalam PROSES perbicaraan Dan mahkamah belum membuat keputusan
Adakah Mahkamah Berlembut Terhadap Najib

Adakah Mahkamah Berlembut Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 254 hits
malaysiakini comEKSKLUSIF Perbicaraan kes Najib Razak membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd adalah proses yang panjang Ia mengambil masa selama empat tahun sebelum bekas perdana menteri itu dipenjara Bekas peguam negara...
Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib

Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 192 hits
Sebanyak 70 peratus ahli Umno termasuk akar umbi berdukacita dan sedih terhadap nasib bekas Presidennya Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dapatan itu di...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah