Rasuah Projek Solar Adakah Rosmah Akan Menurut Jejak Najib



Selepas hampir empat tahun perbicaraan, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengetahui esok sama ada beliau akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dijadual mengumumkan keputusannya hari ini di mahkamah terbuka.
Bagaimanapun, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah memfailkan permohonan di saat akhir supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes tersebut.
Permohonan itu difailkan semalam atas alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lepas berkenaan berlakunya kebocoran keputusan kesnya yang disediakan oleh pihak lain.
Difahamkan Mahkamah Tinggi esok akan mendengar permohonan itu terlebih dahulu.
Rosmah, 70, menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh mewakili Rosmah.
Pada 18 Feb 2021, Rosmah diperintah membela diri atas tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Pihak pembelaan menutup kes pada 23 Feb lalu selepas memanggil dua saksi iaitu tertuduh sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.
Najib, dijadual memberi keterangan selaku saksi pembelaan ketiga, bagaimanapun pada 10 Jan 2022, pihak pembelaan memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak akan memanggil bekas perdana menteri itu untuk memberi keterangan.
Pada 11 Dis 2020, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 23 saksi dalam perbicaraan yang bermula 5 Feb tahun yang sama.
Antara saksi yang dipanggil ialah Saidi, bekas Pegawai Khas Rosmah Datuk Rizal Mansor, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan ketika itu, Tan Sri Madinah Mohamed.
Rosmah sepatutnya dibicarakan bersama Rizal, 46, yang didakwa dengan empat tuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak Rosmah atas projek berkenaan.
Bagaimanapun pada 8 Jan 2020, sebelum perbicaraan bermula, mahkamah membebaskan Rizal daripada tuduhan setelah pihak pendakwaan menarik balik keempat-empat tuduhan terhadapnya dan Rizal kemudian menjadi saksi utama pendakwaan.
Pada 15 Nov 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan rasuah.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui Rizal, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini antara Mac dan April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi bagi tujuan sama di kediamannya di Jalan LanggakDuta,Taman Duta, pada 7 Sept 2017.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Dis 2016, di kediaman Seri Perdana di Putrajaya.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Semua kes itu telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini ~ AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/rasuah-projek-solar-adakah-rosmah-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Putuskan Rosmah Bersalah Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

Mahkamah Putuskan Rosmah Bersalah Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 151 hits
Keputusan hari ini disampaikan selepas baru sahaja lebih kurang seminggu lalu suaminya Najib Razak menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes penyelewengan dana SRC International Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Rosmah Mansor bersal...
Rosmah Menangis Setelah Didapati Bersalah Rasuah Projek Solar

Rosmah Menangis Setelah Didapati Bersalah Rasuah Projek Solar

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1 25 bilion Hakim Mohamed Zaini ...
Rosmah Bersalah Terima Dan Minta Rasuah Projek Solar Hibrid Bernilai Rm1 25 Bilion

Rosmah Bersalah Terima Dan Minta Rasuah Projek Solar Hibrid Bernilai Rm1 25 Bilion

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah meminta rasuah RM187 5 juta dan menerima suapan RM6 5 juta membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak AdvertisementHakim Mahkamah T...
Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Bersalah Ketiga Tiga Pertuduhan

Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Bersalah Ketiga Tiga Pertuduhan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 127 hits
KUALA LUMPUR 1 Sept Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak Hakim Mohamed ...
Kes Rasuah Projek Solar Hibrid Rosmah Fail Rayuan

Kes Rasuah Projek Solar Hibrid Rosmah Fail Rayuan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 103 hits
malaysiakini comRosmah Mansor hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi mengketepikan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah di atas tiga tuduhan rasuah mem...
Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 184 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 12 00 PMPendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata penghakiman bocor yang dirujuk oleh Rosmah Mansor dalam permohonannya bukan penghakiman bertulis KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan hari ini membantah perm...
Kes Rasuah Solar Rosmah Dipenjara 10 Tahun Denda Rm970 Juta

Kes Rasuah Solar Rosmah Dipenjara 10 Tahun Denda Rm970 Juta

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 106 hits
Kes rasuah solar Rosmah dipenjara 10 tahun denda RM970 jutaFirdaus AzilSeptember 1 2022Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara sepuluh tahun bagi setiap pertuduhan dan perlu dijalankan secara berturutan fotoREU...
Kes Projek Solar Susulan Penghakiman Tular Rosmah Mohon Hakim Zaini Undur Diri

Kes Projek Solar Susulan Penghakiman Tular Rosmah Mohon Hakim Zaini Undur Diri

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 213 hits
Berapa hakim akan diminta undur pada September ini Seperti juga kes najib rakyat tak kesah semah bebas atau dihukum bersalah kerana segala pendedahan di mahkamah dalam pengetahuan rakyat untuk menilai dan membuat keputusan Keputusan rakyat ...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Tamago Kake Gohan

Terimalah Kekurangan Sahabat Kita



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Mengenal Pafi Dan Peranan Pafi Dalam Industri Kesehatan

Panduan Membuat Salinan Iklan Media Sosial Dengan Alat Parafrase Ai

Singapore Travel Insurance For Europe What To Look For In A Comprehensive Policy

Shapellx Shapewear Your Guide To A Perfect Look

Enhancing Your Pubg Mobile Experience A Guide To Unknown Cash

Jamuan Saka Di Ruang Tamu