Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp





Berikut adalah sebahagian dari Perkara 48 yang dipetik dari Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan tentang kriteria yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika--
(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau
(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau
(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau
(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau
(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau
Fasal 48(1)(e) telah dipenuhi oleh Najib, Bekas Presiden UMNO tetapi beliau masih dikekalkan sebagai Ahli Parlimen oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun.
Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan mengulas mengenai perkara ini..
NAJIB TELAH HILANG KELAYAKAN SEBAGAI MP
Jika dibaca Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan amat jelas bahawa Najib Razak telah hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen.
Perkara 48(1) menyatakan seperti berikut:
“Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika-
48 (1)(e) : dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;”
Keempat-empat syarat kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen itu ada pada Najib Razak.
Pada 23 Ogos 2022 Mahkamah Persekutuan Malaysia yang menjadi mahkamah tertinggi dalam Persekutuan Malaysia telah menjatuhkan hukuman bahawa Najib dipenjarakan selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.
Sehingga hari ini Najib Razak tidak mendapat pengampunan bebas.
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah keputusan terakhir dalam sistem mahkamah di Malaysia. Tidak ada mahkamah yang lebih tinggi lagi daripada Mahkamah Persekutuan dalam sistem perundangan di Malaysia.
Walaupun Najib Razak ada memfailkan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi prosiding pengampunan diraja itu belum didengar. Lembaga Pengampunan Diraja bukannya mahkamah.
Pengampunan Najib kepada Yang di-Pertuan Agong mesti atas nasihat Perdana Menteri. Jika sekarang, nasihat itu mesti datang dari Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.
Dari segi undang-undang, sabitan kesalahan Najib Razak dalam pertuduhan dalam Kes SRC International adalah kekal. Hukuman Penjara 12 tahun dan denda RM210 juta adalah berkuatkuasa sekarang.
Tidak ada penggantungan perlaksanaan (stay of execution) diberikan oleh Mahkamah Persekutuan kepada Najib Razak.
Ini bermakna semua syarat kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen ada pada Najib sekarang. Agak pelik dan aneh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun memutuskan bahawa Najib masih kekal sebagai ahli Parlimen Pekan.
Memang benar Najib Razak telah memfailkan prosiding semakan (review) di Mahkamah Persekutuan supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Najib agar keputusan lima orang hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tunku Maimun pada 23 Ogos lalu disemak oleh corum hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lain.
Tetapi permohonan semakan oleh Najib Razak itu bukannya satu penggantungan perlaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.
Tidak ada dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa jika seseorang ahli parlimen merayu kepada Lembaga Pengampunan Diraja atau memohon semakan mahkamah maka kelayakannya sebagai ahli parlimen tetap kekal.
Sebaliknya apa yang dinyatakan dengan jelas di bawah Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan ialah jika pesalah itu (yang telah dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit) dan dia tidak mendapat pengampunan bebas maka dia hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.
Sebagai seorang ahli Parlimen dan juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-hak Di bawah Perlembagaan saya menuntut supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun mengkaji balik keputusannya tentang kelayakan Najib Razak sebagai seorang ahli Parlimen

HASSAN ABDUL KARIM Ahli Parlimen Pasir GudangAnggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan
8 September 2022

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/dipenjara-12-tahun-denda-rm210-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rasuah Solar Rosmah Dipenjara 10 Tahun Denda Rm970 Juta

Kes Rasuah Solar Rosmah Dipenjara 10 Tahun Denda Rm970 Juta

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 106 hits
Kes rasuah solar Rosmah dipenjara 10 tahun denda RM970 jutaFirdaus AzilSeptember 1 2022Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara sepuluh tahun bagi setiap pertuduhan dan perlu dijalankan secara berturutan fotoREU...
10 Tahun Penjara Rm970 Juta Denda Rosmah Masih Dibenarkan Merayu

10 Tahun Penjara Rm970 Juta Denda Rosmah Masih Dibenarkan Merayu

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 226 hits
Datin Seri Rosmah Mansor dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara untuk ketiga tiga kesalahannya manakala denda RM970 juta untuk ketiga tiga kesalahan itu Namun begitu hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan hukuman penjara itu ber...
Hiburan Masih Dipantau Aadk Mamat Exist Berjanji Mahu Berubah Di Usia Lebih 40 Tahun

Hiburan Masih Dipantau Aadk Mamat Exist Berjanji Mahu Berubah Di Usia Lebih 40 Tahun

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 120 hits
Bekas vokalis kumpulan Exist Mamat yang ditemui memaklumkan bahawa dia masih menjalani proses pemantauan dan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada ketika ini Penglibatan serta pemantauan itu dilakukan ...
Masih Bermaharajalela Lela Air Force The Movie Kaut Rm23 Juta Di Pawagam

Masih Bermaharajalela Lela Air Force The Movie Kaut Rm23 Juta Di Pawagam

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 150 hits
Selepas ditayangkan lebih dua minggu filem aksi ketenteraan Air Force The Movie berjaya mengaut kutipan sebanyak RM23 juta Jumlah tersebut nampaknya menunjukkan yang rakyat Malaysia sememangnya dalam fasa mahukan filem filem aksi Justeru ti...
Najib Mohon Pengampunan Diraja Akan Kekal Status Ahli Parlimen Kata Azhar

Najib Mohon Pengampunan Diraja Akan Kekal Status Ahli Parlimen Kata Azhar

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 144 hits
freemalaysiatoday com September 5 2022 12 17 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak sudah memfailkan permohonan untuk pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun Kata...
Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini

Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Status bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal setakat hari ini Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut ...
Hiburan Kami Masih Berkawan Demi Anak 7 Tahun Bersama Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

Hiburan Kami Masih Berkawan Demi Anak 7 Tahun Bersama Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 126 hits
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon hebat Nad Zainal mengumumkan bahawa dirinya serta suami Muhammad Faliq mengambil keputusan untuk membuat haluan masing masing Melalui laporan Berita Harian Nad memberitahu dia suda...
Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara

Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 191 hits
BEKAS perdana menteri Najib Razak yang menjalani hukuman penjara 12 tahun tidak mendapat layanan istimewa di Penjara Kajang lapor Utusan Malaysia Beliau mendapat makanan yang sama seperti banduan lain terpaksa mandi air sejuk dan selnya han...
Najib Kekal Dirawat Di Hospital Kerajaan Seperti Banduan Lain

Najib Kekal Dirawat Di Hospital Kerajaan Seperti Banduan Lain

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 175 hits
hmetro com myKhairy Jamaluddin ketika berucap di Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID 19 Vaccination Public Private Partnership di Putrajay...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday