Tiga Alasan Boleh Digunakan Ydpa Isytihar Darurat Takiyuddin



Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150(1) sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar atas sebab keselamatan negara, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peranan baginda ketika darurat boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan ordinan, jika berpuas hati hal tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta merta.
“Ini disebut dalam Perkara 150(2B), iaitu jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuatkuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pagi ini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 setelah memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan pegawai tertinggi kerajaan semalam.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Menurut Takiyuddin lagi, selain mengikut Perkara 150(2B), baginda juga boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar jika tiga ancaman itu hampir benar berlaku.
“Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat iaitu ancaman ke atas keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, sekiranya proklamasi dibuat ketika Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, baginda boleh memasyhurkan ordinan.
Katanya, maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang hanya jika ahli setiap Majlis itu masing-masing berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.
“Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen.
“Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.
“Bagaimanapun, Parlimen boleh membuat ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh),” katanya. MG

The post Tiga alasan boleh digunakan YDPA isytihar darurat – Takiyuddin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/12/tiga-alasan-boleh-digunakan-ydpa-isytihar-darurat-takiyuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Asas Untuk Agong Isytihar Darurat

Tiga Asas Untuk Agong Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 213 hits
MALAYSIA GAZETTEDi bawah Perkara 150 Yang di Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar atas sebab keselamatan negara atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam hampir berlaku...
Berita Video Rentasan 805 Ydpa Tolak Permohonan Pm 8 Isytihar Darurat Buat Pertama

Berita Video Rentasan 805 Ydpa Tolak Permohonan Pm 8 Isytihar Darurat Buat Pertama

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 188 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8051 POLITIKUS JANGAN BERGAYUT DI PAGAR ISTANA 2 DARURAT MENAFIKAN KEBEBASAN SIVIL 3 HADI KELUARKAN DALIL DALAM KESOMBONGAN
Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 243 hits
Bekas hakim Gopal Sri Ram berkata kerajaan boleh mengemukakan saman atau disaman bagi tindakan ketika darurat PETALING JAYA Tindakan undang undang boleh diambil terhadap kerajaan ketika darurat jika hak asasi seseorang dilanggar termasuk un...
Adakah Darurat Politik Muhyiddin Boleh Di Cabar Di Mahkamah

Adakah Darurat Politik Muhyiddin Boleh Di Cabar Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 400 hits
12 Januari 2021 setelah mendapat perkenan dari SPB YDP Agung ke XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pengisy...
Proklamasi Darurat Kelulusan Polisi Tidak Terikat Agong Boleh Gubal Ordinan Prof Dr Shamrahayu A Aziz

Proklamasi Darurat Kelulusan Polisi Tidak Terikat Agong Boleh Gubal Ordinan Prof Dr Shamrahayu A Aziz

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 422 hits
Pengisytiharan proklamasi darurat membolehkan perundangan atau polisi diluluskan tanpa terikat dengan peruntukan dalam Perlembagaan negara khususnya dalam mengawal penularan COVID 19 Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berk...
Darurat Arahan Ydpa Wajib Ditaati Selaras Tuntutan Islam Nasruddin

Darurat Arahan Ydpa Wajib Ditaati Selaras Tuntutan Islam Nasruddin

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 213 hits
Nasruddin Hasan KUALA LUMPUR Pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang Dipertuan Agong wajib ditaati kerana selaras dengan tuntutan Islam Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasruddin Hassan berkata pihaknya dan Majlis Amal Isl...
10 Alasan Muslim Tak Boleh Merayakan Tahun Baru Nomor 9 Paling Ngeri

10 Alasan Muslim Tak Boleh Merayakan Tahun Baru Nomor 9 Paling Ngeri

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 171 hits
Menjelang tahun baru masehi banyak orang yang berbondong bondong merayakannya termasuk sebagian muslim Mulai dari sekedar ikutan meniup terompet ikut pesta kembang api acara musik hingga model model perayaan yang lebih layak disebut ajang m...
Jakim Perlu Dirombak Isytihar Darurat Rasuah Mpm

Jakim Perlu Dirombak Isytihar Darurat Rasuah Mpm

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 137 hits
Tun Mohamed Haniff Omar KUALA LUMPUR Rombakan besar besaran perlu dilakukan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung kes berlaku kartel daging import haram yang menimbulkan keresahan kepada masyarakat Pengerusi Jawatankuasa Pemand...
Kerajaan Darurat Boleh Abaikan Janji Janji Kerajaan Pn

Kerajaan Darurat Boleh Abaikan Janji Janji Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 209 hits
Darurat yang digambarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini sebagai usaha biasa untuk mengekang merebaknya wabak Covid 19 sebenarnya tidak dijelaskan dengan jujur kesan besarnya kepada pemerintahan negara Menurut Ahli Parlimen Pas...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal