Tidur Siang Tetap Perlu Untuk Anak Usia 3 Tahun Ke Atas 20 Minit Cukup Recharge Tenaga
Apabila anak umur 3 tahun ke atas, tidur siang seolah-olah dah tak jadi rutin buat anak-anak. Ibu bapa mula bagi kelonggaran dan tak paksa pun mereka tidur. Maksudnya usia anak waktu ini mereka di beri ‘kebebasan’ sama ada nak tidur atau tak.
Namun jika diikutkan tidur siang buat kanak-kanak masih lagi penting walaupun sekejap. Masa ni lah anak-anak dapat recharge semula tenaga mereka untuk kembali aktif dan tak mudah meragam jika ada yang tak kena pada mereka.
Persoalannya bagaimana nak menjadikan tidur siang sebagai rutin? Perkongsian dari Puan Uswatun Hasanah (Baby Language) boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang susah nak jadualkan tidur anak pada siang hari.
Gambar dua anak saya: si abang 8 tahun dan adik 6 tahun, sedang tidur siang ketika cuti sempena UPSR baru-baru ini. Faktanya, tidur siang sudah boleh di gugurkan ketika anak masuk usia pra-sekolah (3-4 tahun). Saya guna perkataan ‘gugur’ (drop out) kerana ia bermaksud masuk usia ini, tidur siang bukan lagi satu ‘kemestian’. Ia lebih kepada pilihan, di mana ia tidak akan membawa kesan ‘buruk’ kepada anak jika ibu pilih untuk tak lakukan.
Namun, untuk saya, tidur siang ini masih hampir wajib untuk anak-anak saya. 1 jam pun jadilah. Kenapa? Kerana saya ibu yang berkerja dari rumah. Maka, saya perlukan fokus serta dalam masa yang sama, tak gemar anak-anak menghabiskan masa bermain ipad atau menonton tv terlalu lama sementara saya perlu berkerja.
Ha, jangan ingat nak suruh mereka tidur itu satu pekerjaan mudah pula. Umur-umur begini memang banyak lah alasan mereka, “Tapikan saya dah besar, kenapa kena tidur siang lagi? “, ” Saya tak ngantuk la mama”, ” Kawan saya tak tidur siang, boleh je? “
Ini semua simptom FOMO lah ni! Fear Of Missing Out. Atau bahasa mudahnya rasa rugi nak tidur sebab banyak lagi projek ‘best’ nak dibuat. Atau ayat popular di kalangan ibu-ibu dengan anak masih kecil ialah ‘suka tahan mata’. Jika anda baca semua artikel mengenai FOMO, KESEMUAnya akan menyebut, konsisten adalah kunci utama melunakkan simptom FOMO anak.
Konsisten apa?
Konsisten dengan jadual tidur. Bila sampai masa tidur, kena tidur. Maksudnya, tidur ini memang acara yang di masukkan dalam rutin harian hingga anak pun dapat jangka dan dapat faham ia akan terjadi pada sekian-sekian waktu. Bila ia jadi rutin, anak kurang merasa ia sebagai satu bentuk peraturan atau disiplin (walaupun sebenarnya Ya!). Sebaliknya ia lebih dirasakan sebagai cara hidup/ benda yang memang dibuat hari-hari (how things are usually done) seperti juga makan, mandi dan bermain.
Konsisten dengan rutin tidur. Kalau dah nama anak-anak tu, haruslah semua benda kena ‘fun’. Buktinya? Tengok sajalah idea memberi anak makan. Deco pinggan comel-comel lah, buat teknik aksi sudu menjadi kapal terbang yang mendarat ke mulut lah, serta lihat sahaja anak berselera bila makan beramai-ramai dan ada geng. Tidur pun kena lah ‘fun’. Maka, ciptalah rutin tidur anda sendiri. Tak perlu lama terutama jika ianya tidur siang. Sekitar 15-20 minit. Ketika anak-anak masih kecil, rutin tidur kami ialah : minum susu sambil saya ‘bedtime story’ (saya baring bersama anak-anak)tepuk-tepuk punggung mereka sambil dodoi lagu tidur/zikir. Kini yang tinggal cuma: ‘bedtime story’ di mana saya masih baring bersama anak-anak.
Ha itulah ‘rahsianya’. Ramai rakan dan kenalan bertanya bagaimana saya boleh buat anak-anak di usia ini tidur siang? Kata mereka, puas menyuruh anak tidur, tapi ‘tak jalan’. Mommies, kalau ‘suruh’ saja memang tak jalan!. Mak pun kena terlibat sekali. Nama pun ‘kanak-kanak’. Akal tu banyak fikir nak mengelat saja!
Mungkin ada yang kata ,’ Aduh so, saya pun kena baring sekali lah ni sampai anak terlelap?. Begini mommies,
Anggaplah ini momen ‘bonding’ bersama anak. Usah lihat ia sebagai satu tugas atau bebanan.
Banyak fakta tinjauan mendapati, ibubapa yang kekal dengan jadual dan rutin tidur mendapati anak-anak mereka sangat kurang berdrama untuk tidur dan tidur dalam sekitar 15- 20 minit sahaja.
Saya salah seorang bukti hidupnya.
Sumber: Baby Language
The post Tidur Siang Tetap Perlu Untuk Anak Usia 3 Tahun Ke Atas. 20 Minit Cukup ‘Recharge’ Tenaga appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tidur-siang-tetap-perlu-untuk-anak-usia-3-tahun-ke-atas-20-minit-cukup-recharge-tenaga/