Nak Anak Sihat Dan Tak Buat Perangai Tidur Anak Kena Cukup 5 Tanda Anak Kita Tak Cukup Tidur
Musim perayaan yang bakal menjelang tak berapa hari lagi ini mama pastinya sibuk dengan pelbagai hal. Ketika sibuk di dapur dan melayan tetamu, anak janganlah diabaikan. Mulalah buat perangai dan memberontak sepanjang masa. Mama papa kenalah juga pastikan anak cukup tidur untuk elakkan mereka memberontak ketika beraya.
Ada beberapa perkara yang mama kena perhatikan terutama pastikan anak cukup tidur supaya tenaganya dapat dikembalikan semula. Barulah anak cergas untuk bermain bersama sepupu sepapatnya. Jom periksa petanda anak tak cukup tidur yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini di facebooknya.
1. Keletihan Sepanjang Hari
Tak cukup tidur ni bukan je boleh sebabkan ‘Physical Fatigue’ tapi boleh juga sampai menyebabkan ‘Mental Fatigue’.
Kalau anak anak selalu mengadu ‘penat la Mama’ atau susah nak fokus buat sesuatu kerja, cuba periksa anak kita tu cukup tak jam tidurnya.
2. Susah Bangun Pagi
Yang ni paling menyebabkan drama pagi antara mak ayah dan anak. Mak ayah nak kejar punch card tapi mata anak pulak macam kena gam. Kadangkala tu tengah mandi pun dia boleh tidur kan?
Kalau jam tidurnya cukup, percayalah cakap saya anak kita akan bangun sendiri dengan penuh senyuman! Cuba periksa apa anak kita buat sebelum tidur. Entah entah dia termenung tak boleh tidur sebab ‘blue-light effect’ daripada TV dan gajet kot!
3. Selalu Menguap Di Siang Hari
Tu maknanya samada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tu tak berkualiti ( poor quality sleep ).
Tapi kalau melebih lebih sangat menguapnya boleh je pergi periksa ke doktor. Ada banyak je penyakit ( medical conditions ) yang menyebabkan anak kita menguap melampau ni.
4. Meragam Tanpa Sebab
Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, tidur ni adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum!
Jadi, gunalah teknik penenang apa pun, kalau anak tak cukup tidur ni memang akan meragam. Badan dah mintak rehat, tak boleh buat apa dah.
5. Anak Selalu Jatuh Sakit
Tidur yang tak berkualiti dan juga kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tak bekerja dengan baik.
Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba tengok tengok juga kualiti tidur anak kita. Jangan jangan anak kita duk berjaga sepanjang malam masa kita tengah lena tidur atau waktu tidur anak tu tak tetap sampai jam biologi anak kita jadi pening dan terganggu!
p/s : Cuba periksa anak kita semua pagi besok. Ada tak tanda tanda ni semua? Tolong ajarkan juga ilmu ni pada pasangan kita juga. Mereka juga patut tahu tentang info penting ni.
The post Nak Anak Sihat Dan Tak Buat Perangai, Tidur Anak Kena Cukup, 5 Tanda Anak Kita Tak Cukup Tidur! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nak-anak-sihat-dan-tak-buat-perangai-tidur-anak-kena-cukup-5-tanda-anak-kita-tak-cukup-tidur/