Tidur Pun Tak Lena Asyik Terbangun Ke Tandas Pengalaman Yang Semua Ibu Hamil Akan Rasa


Masalah kerap kencing malam bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. Ia merupakan sesuatu yang mengganggu, apatah lagi jika setiap malam seseorang itu harus ke tandas lebih dari dua kali. Jika seseorang wanita itu hamil, ia normal.
Melalui perkongsiannya di Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu bahawa individu yang sihat dan normal menghasilkan air kencing sebanyak satu hingga dua liter sehari.

 
KERAP KENCING MALAM Kerap kencing malam adalah gejala yang mengganggu apabila seseorang itu dikatakan mengalami kencing yang kerap apabila perlu membuang air kencing lebih daripada 6 kali sehari dan perlu bangun daripada tidur melebihi 2 kali semalam untuk ke tandas. Ia berlaku apabila tubuh menghasilkan kuantiti air kencing lebih daripada biasa.
Individu yang sihat dan normal akan menghasilkan air kencing sebanyak satu hingga dua liter sehari. Namun, seseorang yang mengalami keadaan kencing yang kerap pula, buah pinggang menghasilkan air kencing melebihi 3 liter sehari.
Artikel Menarik:Artikel Menarik: [Bayi Batuk, Nafas Berbunyi. Cuba Buah Delima. Dalam 2-3 Hari Nampak Hasilnya!]
1. Minum terlalu banyak
Minum air terlalu banyak daripada keperluan tubuh badan boleh menyebabkan penghasilan air kencing yang lebih banyak daripada biasa.
2. Kencing manis (diabetes)
Kencing yang kerap di dalam kuantiti yang besar pada kebiasaannya merupakan gejala awal bagi kedua-dua penyakit diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2 kerana tubuh sedang berusaha untuk membuang glukosa yang berlebihan melalui air kencing.
Artikel Menarik: [Sticker Pada Buku Pink Bukan Sekadar Hiasan, Setiap Warna Ada Maksudnya]
3. Kehamilan
Saiz perut yang semakin membesar sejak proses kehamilan bermula akan memberikan tekanan kepada pundi kencing. Tekanan yang meningkat ini akan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air kencing lebih kerap daripada biasa.
4. Penggunaan ubat diuretik
Ubat diuretik merupakan salah satu ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Ia akan menggalakkan pengeluaran cecair daripada tubuh badan dan menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil.
5. Strok atau penyakit saraf
Kerosakan kepada saraf yang membekalkan pundi kencing boleh menyebabkan masalah kepada pundi kencing termasuklah peningkatan kekerapan untuk membuang air kencing. Keadaan ini digelar ‘neurogenik bladder’.

Artikel Menarik: [Bantu Anak Lebih Mudah Ingat & Faham, Tak Perlu Paksa. Pakar Ini Kongsikan Tekniknya!]
6. Masalah prostat
Prostat yang bengkak akan memberikan tekanan kepada uretra (tiub yang membawa air kencing keluar daripada pundi kencing) dan ia akan menghalang aliran keluar air kencing lantas menyebabkan dinding pundi kencing menjadi rengsa dan tidak selesa.
Ketidakselesaan ini akan menyebabkan pundi kencing mula mengecut walaupun ia mengandungi sedikit sahaja air kencing dan akan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air kencing dengan lebih kerap.

7. Interstitial Cystitis
Seseorang yang mengalami keadaan ini akan berasa sakit dan rengsa pada pundi kencing. Keadaan ini tidak diketahui puncanya. Antara gejala-gejala yang ditunjukkan termasuklah keperluan yang mendesak untuk membuang air kecil.
8. Pemanis tiruan, alkohol, kafein & makanan lain
Alkohol dan kafein boleh memberikan kesan seperti diuretik yang boleh menyebabkan seseorang itu kencing dengan lebih kerap. Minuman berkarbonat, pemanis buatan (seperti Splenda atau Equal) dan buah sitrus telah dikenal pasti dapat memberikan rasa rengsa kepada pundi kencing, menyebabkan seseorang itu kencing dengan lebih kerap.

RAWATAN UNTUK KEKERAPAN KENCING 1. Pengubahsuaian diet
Mengelakkan sebarang makanan yang mengganggu pundi kencing atau boleh memberikan kesan diuretik seperti kafein, alkohol, minuman berkarbonat, coklat, dan pemanis tiruan. Pengambilan makanan berserat tinggi juga penting kerana masalah seperti sembelit boleh turut menyebabkan pundi kencing menjadi lebih aktif.
2. Memantau pengambilan cecair
Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk memastikan fungsi tubuh badan dapat dijalankan dengan baik. Namun, pengambilan juga haruslah dikawal dengan baik. Sebagai contoh, mengelakkan daripada meminum air satu jam sebelum tidur, untuk mengelakkan kencing pada waktu malam.

3. Latihan Kegel
Latihan ini akan membantu di dalam menguatkan otot-otot di sekeliling pundi kencing dan uretra untuk meningkatkan kawalan pundi kencing, mengurangkan urgensi dan kekerapan kencing. Melatih otot pelvis selama lima minit tiga kali sehari boleh membantu di dalam mengawal pundi kencing.
#HealthDrZubaidi
Untuk tidur ibu hamil yang lebih lena, inilah caranya. Semoga ia membantu! Klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tidur Pun Tak Lena, Asyik Terbangun Ke Tandas. Pengalaman Yang Semua Ibu Hamil Akan Rasa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tidur-pun-tak-lena-asyik-terbangun-ke-tandas-pengalaman-yang-semua-ibu-hamil-akan-rasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Sampai Biru Kaki Dan Tangan

Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Sampai Biru Kaki Dan Tangan

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 257 hits
Pengalaman terkurung dalam tandas merupakan insiden yang biasa berlaku Namun bayangkan sekiranya anda terkurung di dalam tandas dan tiada sesiapa di rumah yang boleh membantu menyelamatkan anda Lebih mengharukan keadaan apabila telefon bimb...
Bayi Asyik Terjaga Waktu Malam Menangis Jangan Biarkan Periksa Punca Bayi Tak Lena Tidur

Bayi Asyik Terjaga Waktu Malam Menangis Jangan Biarkan Periksa Punca Bayi Tak Lena Tidur

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 199 hits
Pening kepala sebab bayi susah tidur Bertenang ada panduan mengenai waktu tidur bayi 1 bulan yang boleh ibu ayah cuba pasti berkesan Bayi susah tidur Melihat si manja tidur dengan lena pastinya mengundang rasa tenang di jiwa Nampak comel sa...
Tidur Lena Anak 2 Tahun Ditemani Ular Sawa Mujurlah Ibu Tergerak Hati Masuk Bilik

Tidur Lena Anak 2 Tahun Ditemani Ular Sawa Mujurlah Ibu Tergerak Hati Masuk Bilik

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 662 hits
Niat seorang ibu untuk menukar pakaian anak yang sedang tidur dalam bilik berjaya menyelamatkan nyawa anak berusia dua tahun daripada dibelit ular sawa yang berlingkar betul betul pada bahu si anak Menerusi laporan Sinar Harian kejadian yan...
Ibu Terkejut Ular Sawa Seberat Enam Kilogram Melengkar Di Bahu Anak Yang Sedang Tidur

Ibu Terkejut Ular Sawa Seberat Enam Kilogram Melengkar Di Bahu Anak Yang Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 499 hits
ALOR GAJAH Saya terkejut dan cemas selepas melihat seekor ular sawa seberat enam kilogram berada di bahu anak perempuan saya berusia dua tahun yang sedang tidur di katil kata Nurul Fatehah Amran 24 yang menetap di Kampung Gangsa Durian Tung...
Ibu Dah Tak Sayang Awak Jadi Benci Adik Baru Sebab Tetamu Datang Asyik Usik Macam Ni

Ibu Dah Tak Sayang Awak Jadi Benci Adik Baru Sebab Tetamu Datang Asyik Usik Macam Ni

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 367 hits
Ibu dah tak sayang awak lah ibu ada anak baru selalu sangat usikan sebegini singgah di telinga si kecil yang baru sahaja mengenal tentang erti kasih sayang kepunyaan toleransi dengan kehadiran orang baru Niat mungkin sekadar bergurau namun ...
Ibu Hamil Menyusu Tinggal Puasa Perlu Ganti Puasa Atau Bayar Fidyah Ini Jawapan Mufti

Ibu Hamil Menyusu Tinggal Puasa Perlu Ganti Puasa Atau Bayar Fidyah Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 391 hits
Tahun lepas dah tinggal puasa sebab hamil anak sulung jadi tahun ni kena ganti atau ganti dan bayar fidyah Kelirulah Ada segelintir ibu ibu keliru tentang hukum membayar fidyah dan menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada tahun lepas...
Hiburan Teringin Buah Import Harga Tak Masuk Akal Miera Liyana Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

Hiburan Teringin Buah Import Harga Tak Masuk Akal Miera Liyana Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 694 hits
Pelakon Miera Liyana yang baru sahaja mengumumkan berita gembira di mana dia kini sedang sarat hamil tujuh bulan ada berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman berbadan dua buat kali pertama ini Sumber Instagram Miera Liyana Menurut Miera dia...
Ibu Terkejut Anaknya Berusia 2 Tahun Tidur Ditemani Ular Sawa

Ibu Terkejut Anaknya Berusia 2 Tahun Tidur Ditemani Ular Sawa

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 466 hits
Ibu terkejut anaknya berusia 2 tahun tidur ditemani ular sawaSeorang suri rumah terkejut melihat kehadiran seekor ular sawa yang menemani anaknya berusia dua tahun sedang tidur Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam Sabtu 6 Mac 2021 d...
Renunglah Wajah Anak Masa Tidur Datang Rasa Bersalah Maknanya Allah Jentik Hati Kita

Renunglah Wajah Anak Masa Tidur Datang Rasa Bersalah Maknanya Allah Jentik Hati Kita

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 370 hits
Setiap orang ada cara tersendiri mendidik anak Ada yang bertegas ada ibu bapa yang guna pendekatan santai dan tak kurang juga sesekali menggunakan kata kata kasar Tidak kira apa pendekatan ibu bapa guna yang pasti ramai harapkan anak disipl...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord