Bayi Asyik Terjaga Waktu Malam Menangis Jangan Biarkan Periksa Punca Bayi Tak Lena Tidur


Pening kepala sebab bayi susah tidur? Bertenang ada panduan mengenai waktu tidur bayi 1 bulan yang boleh ibu ayah cuba, pasti berkesan!

Bayi susah tidur? Melihat si manja tidur dengan lena, pastinya mengundang rasa tenang di jiwa. Nampak comel sahaja.
Pun begitu, di sebalik kecomelan tersebut, wujud cabaran bagi ibu ayah apabila terpaksa mencuba pelbagai cara apabila bayi susah tidur.
Lebih-lebih lagi apabila si kecil yang baru lahir kerap berjaga pada tengah malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata.
Sememangnya tidurkan bayi bukanlah mudah, namun ia boleh diatasi jika anda memahami tentang waktu tidur bayi 1 bulan.
Waktu tidur bayi 1 bulan: Memahami keperluan mereka Dalam tempoh 2 bulan pertama, keperluan pemakanan bayi adalah melebihi kemahuan untuk tidur.
Si kecil mungkin menyusu badan hampir setiap 2 jam sekali, tetapi ia sedikit berkurang bagi penyusuan susu formula.
Bagi aspek keperluan tidur pula, si manja memerlukan tidur antara 10 hingga 18 jam sehari. Mungkin untuk 3 hingga 4 jam bagi satu sesi melelapkan mata.
Seperkara yang perlu anda fahami, bayi tidak mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Oleh itu, mereka akan tidur tanpa menghiraukan masa.
Jadi terdapat kemungkinan waktu berjaga si manja adalah antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi.
Menjelang usia 3 hingga 6 bulan, kebanyakan bayi dapat tidur panjang sehingga 6 jam secara terus.
Kedengaran mudah, bukan? Namun jangan terkejut jika si manja mungkin mengubah rutin tidur mereka apabila menjengah ke usia 6 hingga 9 bulan nanti.
Tetapkan rutin jika bayi susah tidur Untuk memudahkan waktu tidur bayi 1 bulan, anda disarankan untuk menetapkan rutin yang konsisten.
Sesetengah ibu bapa memulakan rutin tidur bayi pada seawal usia 6 hingga 8 minggu.
Rutin ini boleh melibatkan gabungan aktiviti tidur, seperti:
Pastikan bayi mendapat banyak cahaya dan rangsangan pada waktu siang Sebaiknya, lakukan aktiviti tetap dan sama mengikut urutan pada setiap malam Intensiti bagi setiap aktiviti perlu mengikut draf menurun, terutamanya apabila menghampiri waktu malam. Anda pasti tidak mahu si manja terlebih aktif apabila hendak tidur. Ia sudah tentu akan membuatkan bayi susah tidur Anda juga boleh menyediakan mandian hangat sebelum tidur. Ini kerana ia boleh bantu memberikan ketenangan buat mereka Pastikan keadaan waktu malam dalam bilik tidur adalah konsisten. Ini kerana sekiranya bayi terjaga pada tengah malam, mereka akan mendapati keadaan bilik sama seperti sebelum tidur, jadi ia dapat mengurangkan rasa terkejut si manja nanti Tempat tidur bayi Bermula ketika bayi menginjak usia 6 hingga 12 minggu, anda digalakkan untuk menenangkan si manja sehingga mereka mengantuk.
Sebaik sahaja mereka kelihatan mengantuk, letakkan anak di atas tilam dan biarkan dia tertidur dengan sendiri.
Elakkan daripada menunggu sehingga mereka tidur semasa dalam dukungan anda.
Jika tidak ia boleh menjadi satu tabiat biasa yang sukar diubah dan boleh menyebabkan bayi susah tidur.
Cara ini dapat mengajar anak untuk menenangkan diri sebelum tidur tanpa perlu menggunakan buaian atau mendukung mereka sekiranya terjaga di malam hari.
Risiko SIDS pada waktu tidur bayi 1 bulan Melelapkan mata bukanlah aktiviti berbahaya namun bagi si manja, mereka terdedah kepada risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko tersebut:
Sentiasa meletakkan bayi tidur secara menelentang Tempat duduk kereta atau carrier tidak sesuai dijadikan tempat tidur rutin Sekiranya bayi tertidur dalam kereta sorong atau buaian, alihkan mereka dan baringkan di permukaan rata Bayi sepatutnya tidur sebilik dengan anda, namun bukan atas katil yang sama Jauhkan sebarang objek lembut seperti bantal, selimut dan anak patung daripada tempat tidur anak Jangan bergantung sepenuhnya kepada peranti pencegahan SIDS. Ia tidak terbukti dapat mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut Jangan selimut atau menutup kepala bayi Jangan merokok Sekiranya anda keletihan, jangan menyusukan bayi di atas kerusi atau sofa. Ia dapat mengurangkan risiko bayi terjatuh sekiranya anda terlelap Patut atau tidak membiarkan si manja menangis? Jika si manja terjaga dan menangis pada tengah malam, ada pakar penjagaan kanak-kanak mengesyorkan untuk mencuba pendekatan penyelesaian responsif  yang dipanggil sebagai kaedah Ferber.
Namun, kaedah ini TIDAK digalakkan bagi bayi di bawah usia 6 bulan.
Kaedah ini melibatkan:
Jika bayi menangis, biarkan untuk tempoh beberapa minit sebelum masuk ke dalam bilik dan memujuk mereka. Ini dapat memberikan ruang untuk si manja menenangkan diri Ketika menenangkan anak, elakkan daripada mendukung dan jangan terlalu lama berada di dalam bilik Sekiranya mereka terus menangis atau kembali menangis, tunggu sebentar sebelum masuk Jika si manja kelihatan tertekan, beri pelukan kepada mereka sebelum meletakkan kembali ke tempat tidur.
Pentingnya waktu tidur bayi 1 bulan Sekiranya anda bimbangkan keadaan bayi susah tidur, ada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengubahnya.
Jika cara yang dicadangkan di atas tidak membantu, mungkin anda perlu mendapatkan bantuan profesional.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bayi Asyik Terjaga Waktu Malam, Menangis. Jangan Biarkan, Periksa Punca Bayi Tak Lena Tidur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-asyik-terjaga-waktu-malam-menangis-jangan-biarkan-periksa-punca-bayi-tak-lena-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siang Aktif Masa Tidur Anak Menangis Mengigau Jangan Terus Kejut Tenangkannya Dulu

Siang Aktif Masa Tidur Anak Menangis Mengigau Jangan Terus Kejut Tenangkannya Dulu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 295 hits
Perasan tak kalau anak anak kita siang harinya bukan main aktif seronok sampai tergelak bila waktu tidur malam mulalah sekejap kejap menangis terkejut Orang tua tua kata mengigau Sama ada kerap atau tak bergantung pada anak itu Bagaimanapun...
Tidur Pun Tak Lena Asyik Terbangun Ke Tandas Pengalaman Yang Semua Ibu Hamil Akan Rasa

Tidur Pun Tak Lena Asyik Terbangun Ke Tandas Pengalaman Yang Semua Ibu Hamil Akan Rasa

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 242 hits
Masalah kerap kencing malam bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh Ia merupakan sesuatu yang mengganggu apatah lagi jika setiap malam seseorang itu harus ke tandas lebih dari dua kali Jika seseorang wanita itu hamil ia normal Melalui p...
Tak Tidur Malam Fikir Nama Lyla Amina Pilihan Scha Awal Untuk Adik Lara

Tak Tidur Malam Fikir Nama Lyla Amina Pilihan Scha Awal Untuk Adik Lara

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 389 hits
Sejak kelahiran bayi kedua mereka pada 12 Februari lalu pasangan pelakon dan pengacara terkenal Scha Alyahya dan Awal Ashaari dilihat masih tidak mendedahkan nama anak kedua mereka kepada umum Rupa rupanya pasangan ini menantikan detik pali...
Mungkin Ini Penyebab Gigi Si Manja Belum Tumbuh Jangan Biarkan Kalau Masuk 18 Bulan Masih Tak Tumbuh

Mungkin Ini Penyebab Gigi Si Manja Belum Tumbuh Jangan Biarkan Kalau Masuk 18 Bulan Masih Tak Tumbuh

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 298 hits
Secara normalnya gigi pertama bayi akan mula tumbuh ketika usianya masuk 6 bulan Gigi pertama biasanya akan tumbuh di tengah bahagian bawah gigi lain akan tumbuh mengikut perkembangan usia mereka Tapi macam mana pula kalau dah masuk 9 bulan...
Menangis Simpan Dalam Hati Buat Ibu Makin Sakit Jangan Paksa Diri Kita Bukan Superwomen

Menangis Simpan Dalam Hati Buat Ibu Makin Sakit Jangan Paksa Diri Kita Bukan Superwomen

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 376 hits
Ibu adalah kekuatan kepada anak anaknya Maka disebabkan itulah seorang ibu harus kuat tubuh badan mental dan emosinya demi membesar dan menjaga amanah Allah ini Jika ibu lemah keseluruhan isi rumah lebih lebih lagi anak anak akan turut menj...
Bayi Menangis Keluar Air Mata Amp Tanpa Air Mata Apa Bezanya Ini Penjelasan

Bayi Menangis Keluar Air Mata Amp Tanpa Air Mata Apa Bezanya Ini Penjelasan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 264 hits
Bayi menangis keluar air mata dan tanpa air mata adalah perlu diambil berat oleh ibu bapa Jika anak menangis tanpa air mata ia bukanlah bermakna anak itu hanya menangis mengada ngada atau olok olok Ia sebenarnya adalah tanda dehidrasi Dehid...
Hidup Jangan Asyik Dengar Kata Orang

Hidup Jangan Asyik Dengar Kata Orang

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 664 hits
Hidup Jangan Asyik Dengar Kata Orang Selama aku hidup di atas muka bumi Tuhan banyak sangat kesilapan yang aku buat Terpaling banyak bila melibatkan keputusan yang aku ambil berdasarkan apa orang fikir Bila usia dah start menginjak senja ba...
Bayi Masih Tak Nak Keluar Walaupun Sudah Diazan Dan Guna Pelbagai Ikhtiar Akhir Sekali Terbongkar Punca Jadi Macam Tu

Bayi Masih Tak Nak Keluar Walaupun Sudah Diazan Dan Guna Pelbagai Ikhtiar Akhir Sekali Terbongkar Punca Jadi Macam Tu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 271 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya di sini ingin berkongsikan serba sedikit pengalaman saya untuk dijadikan pengajaran semua Tanpa menunggu masa yang lama ayuh ikuti perjalanan hidup saya
Anak Menangis Tunjuklah Langit Jangan Biar Dia Menunduk Hanya Menambah Sedih

Anak Menangis Tunjuklah Langit Jangan Biar Dia Menunduk Hanya Menambah Sedih

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 510 hits
Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak anak mereka Ada yang sukakan pendekatan lemah lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas Sebenarnya biar ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025