Tidur Mengiring Meniarap Boleh Ancam Nyawa Bayi Sebaiknya Tidur Terlentang Elakkan Berkongsi Katil


Kenapa bayi tidak digalakkan tidur mengiring atau meniarap? Mama dan papa kena tahu dan faham corak tidur bayi baru lahir & langkah keselamatan yang perlu diambil.
Bayi baru lahir, banyak tidur daripada waktu jaga. Dia akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dan hanya akan terjaga apabila tiba waktu lapar untuk menyusu. Ini berlaku kerana bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam.
Pada usia sekecil ini, mereka boleh tidur dengan purata 16 jam sehari, di mana dalam tempoh dua hingga empat jam terus-menerus di antara waktu menyusu!
FAHAMI RUTIN TIDUR BAYI BARU LAHIR
Mama papa perlu tahu bahawa bayi baru lahir tiada ada jadual tidur yang tetap. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan dan lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak dapat tidur nyenyak. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam dan tidak tidur. Mama papa tidak perlu risau pada ganggguan tidur kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Namun sekiranya bayi menangis berterusan selama beberapa minit, maka anda perlu memberi perhatian. Dia mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

POSISI TIDUR
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan bagi bayi yang mengalami kecacatan pada bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
TIP KESELAMATAN BAYI DI TEMPAT TIDUR
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini. Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat. Jika menggunakan selimut, pastikan kaki bayi berada di penghujung palang katil. Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya sahaja. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur. Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut yang boleh menyebankan dia tenggelam.
PASTIKAN TIDUR TERLENTANG
Selain itu, pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai. Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika dalam keadaan jaga untuk menggalakkan perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

LANGKAH KESELAMATAN BERKAITAN TEMPAT TIDUR BAYI
Seboleh-bolehnya, elakkan bayi daripada berkongsi katil dengan orang lain kerana ia boleh membahayakan bayi Boleh tempatkan katil/ kot bayi berdekatan dengan katil ibu untuk memudahkan penyusuan susu ibu dan memudahkan ibu untuk menyentuh bayi. Sekiranya anda ingin menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak ditidurkan dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas atau longgar. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan bayi lemas. Katil anda perlu dijauhkan dari dinding atau perabot untuk memastikan bayi tidak mudah tersepit. Orang dewasa dan kanak-kanak selain dari ibu bapa dan bayi tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi untuk mengelakkan risiko bayi tersepit atau tertindih. Ibu atau bapa yang berkongsi tempat tidur dengan bayi perlu dipastikan tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang mungkin akan membahayakan penjagaan bayi.
5 TIP BANTU BAYI TIDUR
Tidurkan bayi bila tiba masa yang sesuai untuk tidur dan sediakan tempat tidur yang selesa dan selamat untuknya. Elakkan memberikan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin apabila bayi dalam waktu tidur. Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap. Pangku bayi sebelum tidur dan letakkan bayi ke atas katilnya sebelum bayi tertidur. Dengan cara ini bayi boleh belajar untuk tidur dengan sendiri tanpa didodoi atau Mainkan muzik/ zikir yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur. Ini boleh membentuk rutin tidur untuknya. The post Tidur Mengiring & Meniarap Boleh Ancam Nyawa Bayi. Sebaiknya Tidur Terlentang & Elakkan Berkongsi Katil! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tidur-mengiring-meniarap-boleh-ancam-nyawa-bayi-sebaiknya-tidur-terlentang-elakkan-berkongsi-katil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandar Pada Bahu Duduk Dukung Atau Meniarap Guna 4 Cara Mudah Ini Untuk Sendawakan Bayi

Sandar Pada Bahu Duduk Dukung Atau Meniarap Guna 4 Cara Mudah Ini Untuk Sendawakan Bayi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 851 hits
Sandar pada bahu duduk dukung atau meniarapkan badannya adalah antara cara yang boleh mama lakukan untuk sendawakan bayi Ia penting kalau nak elak bayi kembung dan tidak terganggu Menyendawakan bayi ialah satu kewajipan setiap kali selepas ...
Posisi Tidur Ibu Hamil Salah Satu Sebab Bayi Mati Mengejut Doktor O G Jelaskan Posisi Tidur Yang Betul Untuk Ibu Hamil

Posisi Tidur Ibu Hamil Salah Satu Sebab Bayi Mati Mengejut Doktor O G Jelaskan Posisi Tidur Yang Betul Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1036 hits
Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan Betul ke Pegawai perubatan Kesihatan wanita Kehamilan menjelaskan posisi sebenar untuk tidur bagi ibu hamil Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan...
Alahan Mengandung Shila Amzah Muntah Kuat Tidur Tidak Boleh Makan Banyak

Alahan Mengandung Shila Amzah Muntah Kuat Tidur Tidak Boleh Makan Banyak

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 510 hits
Muntah banyak tidur dan tidak boleh makan banyak adalah antara cabaran kehamilan yang dilalui penyanyi Shila Amzah Dia akhirnya mengumumkan kehamilannya Kehilangan penyanyi bersuara lunak ini di media sosial terjawab apabila dia mengumumkan...
Bahaya Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut 6 Perkara Ini Juga Mustahak

Bahaya Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut 6 Perkara Ini Juga Mustahak

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 535 hits
Kenapa tidak boleh mandikan bayi dengan air sejuk Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir Terlalu kecil takut nak pegang bimbang terlepas terjatuh dan maca...
Arwah Baru Pandai Pusingkan Badan Dia Terselit Bayi Meninggal Dunia Kerana Terselit Di Tepi Katil

Arwah Baru Pandai Pusingkan Badan Dia Terselit Bayi Meninggal Dunia Kerana Terselit Di Tepi Katil

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 557 hits
Arwah baru pandai pusingkan badan dia terselit Bayi meninggal dunia kerana terselit di tepi katilHati ibu mana yang tidak sedih anaknya yang berusia lima bulan meninggal dunia akibat otaknya bengkak kerana kekurangan oksigen dalam kejadian ...
Sampai Bila Bayi Perlu Dibedung Silap Bedung Boleh Jadi Punca Hip Dysplasia

Sampai Bila Bayi Perlu Dibedung Silap Bedung Boleh Jadi Punca Hip Dysplasia

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 593 hits
Membedung bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi ia akan memberi rasa aman kepada bayi Ada juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untu...
Penyakit Talasemia Boleh Di Elakkan Jika Anda Pilih Pasangan Dengan Bijak Sentiasa Pucat Tanda Talasemia

Penyakit Talasemia Boleh Di Elakkan Jika Anda Pilih Pasangan Dengan Bijak Sentiasa Pucat Tanda Talasemia

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 439 hits
Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen di bahagian Hemoglobin Hemoglobin adalah salah satu jenis protein pada sel darah merah Ianya berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrisi penting lain ke selu...
Ini Cara Pemandu Boleh Elakkan Microsleep Amalkan Power Nap

Ini Cara Pemandu Boleh Elakkan Microsleep Amalkan Power Nap

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 283 hits
Pernah dulu tular rakaman video sebuah kereta myvi berwarna biru secara tiba tiba memasuki jalan yang bertentangan dan merempuh kereta berwarna putih Kemalangan maut tersebut berlaku di Jalan Kg Merchong Rompin laluan dari Pekan menghala Ro...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya