Sandar Pada Bahu Duduk Dukung Atau Meniarap Guna 4 Cara Mudah Ini Untuk Sendawakan Bayi


Sandar pada bahu, duduk, dukung atau meniarapkan badannya adalah antara cara yang boleh mama lakukan untuk sendawakan bayi. Ia penting kalau nak elak bayi kembung dan tidak terganggu.
Menyendawakan bayi ialah satu kewajipan setiap kali selepas penyusuan walau pun ia mengambil masa. Mungkin ada sesetengah ibu bapa tidak mempedulikan kepentingan sendawa pada bayi. Jangan culas untuk sendawakan bayi walaupun bayi sudah tertidur selepas menyusu!
Biasanya bayi baru lahir akan mudah tertidur selepas penyusuan. Walaupun bayi tidur, anda perlu sendawakannya setiap kali penyusuansama ada penyusuan secara terus daripada payudara, menggunakan botol atau minum dengan cawan kecil.
3 SEBAB BAYI PERLU DISENDAWAKAN #1: ELAK KEMBUNG PERUT
Sendawa penting untuk mengelak bayi kembung atau kolik. Ia bertujuan untuk mengeluarkan  udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa bayi menyusu atau menangis. Sekiranya bayi tidak disendawakan, udara akan terkumpul di dalam perut dan bayi akan berasa tidak selesa.
Tindakan sendawakan bayi boleh mengurangkan risiko berlakunya kolik. Walau pun kembung perut boleh dirawat, tapi langkah mengelakkannya dari awal adalah lebih baik. Tambahan pula, bahaya jika bayi dibiarkan  menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur. Malah, mama papa juga akan keletihan setelah berjaga malam untuk meredakan tangisan anak.
#2:BAYI LEBIH CERIA DAN AKTIF
Bayangkan jika diri anda mengalami kembung perut dan sebu, tentu ia tidak menyeronokkan. Begitu juga keadaan si kecil jika tidak disendawakan. Mereka akan menangis, meragam dan tidak selesa. Dengan menyendawakan, bayi lebih ceria, selesa dan aktif. Maka dia boleh bermain dan melalui perkembangan yang baik seiring usianya.
#3:BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Apabila angin dapat dikeluarkan, bayi lebih selesa dan tenang. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka tidur lebih nyenyak.
4 TEKNIK SENDAWAKAN BAYI Untuk sendawakan bayi, adakalanya mama dan papa perlukan kesabaran. Ini kerana ada sesetengah bayi mengambil masa agak lama untuk mengeluarkan ‘udara’ yang terperangkap. Jadi anda perlu menggunakan beberapa teknik untuk sendawa bayi anda. Lakukan dengan kesabaran untuk semua teknik ini sehingga bayi anda sendawa.
1.SANDAR PADA BAHU

 
Cuba dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan  kepala bayi bersandar pada bahu anda. Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini dilakukan secara  berdiri atau duduk di kerusi.  Bagi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan lupa alas bahu anda dengan sapu tangan kecil.
2.DUDUK

Bayi duduk secara posisi tepi  atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya. Dudukan bayi  pada salah satu belah paha anda (kiri atau kanan)dengan membongkokkan sedikit badan bayi. Tahan dadanya dengan tangan anda. Hati-hati  kerana mungkin ia akan membuatkan  bayi muntah jika tersalah pegang. Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa.
3.MENIARAP  

Pegang  dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda. Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.
4.DUKUNG
Mungkin anda boleh  dukung bayi dan rapatkan pada dada apabila pelbagai posisi sudah dicuba tapi belum berjaya untuk buat bayi sendawa.  Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Sambil itu, anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
 
The post Sandar Pada Bahu, Duduk, Dukung Atau Meniarap. Guna 4 Cara Mudah Ini Untuk Sendawakan Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/sandar-pada-bahu-duduk-dukung-atau-meniarap-guna-4-cara-mudah-ini-untuk-sendawakan-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Cara Mudah Jika Nak Sejukkan Rumah Dan Badan Pada Musim Panas Tanpa Guna Air Cond

7 Cara Mudah Jika Nak Sejukkan Rumah Dan Badan Pada Musim Panas Tanpa Guna Air Cond

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 779 hits
Musim panas yang melanda masa kini adalah susulan tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina pada hari Selasa lalu Disebabkan itu kita dinasihatkan untuk tidak berada di luar kawasan rumah dan sentiasa pastikan badan dan rumah kita...
Hanya Guna 4 Bahan Ini Saja Dah Boleh Buat Tauhu Telur Chef Ini Kongsikan Cara Mudah

Hanya Guna 4 Bahan Ini Saja Dah Boleh Buat Tauhu Telur Chef Ini Kongsikan Cara Mudah

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 346 hits
Tauhu telur mungkin bukan kegemaran semua orang tapi ada anak anak yang sangat gemarkannya Kebiasaanya ibu ibu akan membelinya di pasar Tetapi kalau rajin boleh saja buat sendiri di dapur anda Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pu...
Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yang Asli Sukat Guna Cawan Je

Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yang Asli Sukat Guna Cawan Je

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 691 hits
Sekarang ni kuih tepung boko ubi kayu tengah viral kan Sana sini orang mula buat dan jual untuk dapatkan pendapatan sampingan Kalau nak rasa tepung boko ubi kayi yang asli ini resipinya Cubalah Orang kata resipi tradisi ni biar berpanjangan...
Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung Mak Ayah Wajib Tahu

Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung Mak Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 537 hits
Ubat masuk punggung biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak kanak Biasa la kanak kanak tak suka makan ubat Masukkan je ubat ni dekat punggung dia habis cerita Tapi apa yang kita tak tahu ubat ni ada risiko sebenarnya UBAT MASUK PUNGGUNG ...
Cara Tanam Taugeh Secara Homemade Guna Tuala Good Morning Je

Cara Tanam Taugeh Secara Homemade Guna Tuala Good Morning Je

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 426 hits
Taugeh selalu kita gunakan sebagai bahan pelengkap dalam masakan berasaskan sup atau kuah soto Sebenarnya korang boleh je tanam sendiri taugeh ni Senang je Guna tuala good morning TAUGEH HOMEMADECara membuat1 Ambil 5 genggam kacang hijau re...
Lelaki Ini Kongsi Manfaat Cara Nak Guna 11 Jenis Masker Untuk Wajah Beli Di Drugstore Je

Lelaki Ini Kongsi Manfaat Cara Nak Guna 11 Jenis Masker Untuk Wajah Beli Di Drugstore Je

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 580 hits
Lelaki Ini Kongsi Manfaat Cara Nak Guna 11 Jenis Masker Untuk Wajah Beli Di Drugstore Je Lelaki juga perlu memakai masker secara rutin untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mulus Namun lambakan produk masker di pasaran membuatkan anda keli...
Anak Kencing Atas Tilam Guna 5 Cara Ini Cuci Air Kencing Atas Tilam Yang Penting Bau Hancing Terus Hilang

Anak Kencing Atas Tilam Guna 5 Cara Ini Cuci Air Kencing Atas Tilam Yang Penting Bau Hancing Terus Hilang

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 1098 hits
Cara Bersihkan Air Kencing Atas Tilam Berat Anak kencing atas tilam tak pelik tapi kalau mak atau ayah tu memang pelik haha Ini quotes yang Anim ambil dari Ustaz Azhar Idrus Korang boleh tengok dalam video dibawah post blog ini nanti Memang...
Cara Paling Mudah Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai Tak Keras Tak Cair Gebu Je

Cara Paling Mudah Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai Tak Keras Tak Cair Gebu Je

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 766 hits
Cara Paling Mudah Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai Tak Keras Tak Cair Gebu Je Mesti ramai yang suka makan telur separuh masak untuk sarapan kan Perasan tak kalau kita makan yang di kedai tu teksturnya memang elok Gebu je tak cair ...
Cara Terbaik Buang Kahak Bayi

Cara Terbaik Buang Kahak Bayi

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 617 hits
Batuk selsema merupakan masalah yang sering dihadapi oleh bayi kecil Akibat daripada masalah ini bayi kecil ini biasanya akan mempunyai masalah kahak yang terkumpul di bahagian tekak Ramai ibu bapa yabg mencari petua dan cara terbaik buang ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner