Tidur Dalam Kereta Masa Sarat Tak Mampu Bayar Bil Bersalin Sedih Tengok Bayi Comel Ni
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah nasib yang menimpa ibu bapa muda ini. Walaupun dalam keadaan susah, mereka tetap berusaha mencari rezeki.
Perkongsian sayu ini dikongsi oleh cikgu Mohd Fadli Salleh yang juga penggerak Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.
Baru pulang dari ziarah satu keluarga. Kemas dan pembersih sangat orangnya.
Lihat dari luaran, macam orang tiada apa masalah. Namun rupanya, sangat banyak ujian menimpa mereka.
Sebelum ini, mereka tidur dalam kereta sahaja. Saat itu si ibu sedang mengandung, hingga ada kawan yang bantu berikan bilik sewa.
Suami tak dapat gaji sekian lama. Kereta pun kena tarik akibat tidak lagi mampu nak bayar. Gigih buat macam-macam kerja untuk persiapan kelahiran baby mereka yang sepatutnya 11 November nanti.
Namun dah tertulis, anak perempuan comel ini lahir seminggu awal.
Dalam keadaan tidak bersedia apa-apa, dalam tengah diuji teruk dengan masalah kewangan, kerja, tempat tinggal, anak pula lahir.
Sepatutnya discaj beberapa hari lepas, namun tidak mampu nak bayar pun bil hospital. Habis ikhtiar suami nak meminjam sana sini, siap dah hubungi along dah pun.
Dan berita keluarga yang diuji ini sampai ke telinga aku semalam. Kebetulan kes dalam radius yang aku boleh pergi, terus aku ziarah hari ini.
Banyak juga kami berborak untuk mengetahui kes mereka. Senang cerita, semua kita diuji. Ada jatuh dan ada bangun.
Bezanya, mereka jatuh terduduk terus. Langsung hilang segala. Buntu tidak tahu nak buat apa.
Dan alhamdulillah, hari ini ada sedikit sinar harapan untuk keluarga ini. Aku bayarkan segala bil yang tertunggak, bantu sedikit untuk persiapan baby ini.
Entah berapa kali si ayah ucap terima kasih pada aku. Sekejap-sekejap ucap terima kasih, pastu ucap lagi.
Sebenarnya ucapan ini untuk kalian semua. Kalian yang tidak pernah putus-putus memberi sokongan pada setiap projek amal yang aku buat.
Hari ini, satu keluarga lagi dapat kita semua bantu. Bantu untuk bermula dan bangkit semula.
InsyaAllah kehadiran anak yang comel ini akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki mereka, amin.
Ingin turut serta memberi sumbangan dalam setiap projek amal kami? Ini maklumat akaun ya,
Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita
#MFS
Kredit: Mohd Fadli Salleh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tidur Dalam Kereta Masa Sarat, Tak Mampu Bayar Bil Bersalin. Sedih Tengok Bayi Comel Ni appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tidur-dalam-kereta-masa-sarat-tak-mampu-bayar-bil-bersalin-sedih-tengok-bayi-comel-ni/