Tidak Timbul Soal Parti Baharu Tetap Bersama Presiden Kukuhkan Parti Azmin


Kumara Sabapatty   Saya tidak menyerang mana-mana secara peribadi, saya hanya menjelaskan pada anggota bahawa apabila presiden parti berdepan pelbagai bentuk ujian, saya sebagai timbalan presiden mengeluarkan kenyataan tuntas dengan segera mempertahankan presiden.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (dua kiri) bersama penyokong mengangkat tangan pada Majlis Makan Malam Apresiasi Perwakilan Kongres Keadilan 2019 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK 
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak semua pemimpin dan ahli PKR mengetepikan perbezaan peribadi dan tampil untuk penyatuan parti demi rakyat dan negara.

Timbalan Presiden itu berkata, beliau bersedia untuk duduk bersama dan berbincang dengan semua pihak sekiranya terdapat usaha ke arah penyatuan parti itu demi keuutuhan dan pembangunan masa depan bersama.

“Saya hendak mengajak semua pemimpin dan ahli akar umbi supaya tampil ke hadapan demi penyatuan parti dan saya sedia bersama jika ada usaha ke arah itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan amanat dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bersama lebih 5,000 anggota, penyokong dan pemerhati serta perwakilan PKR di ibu negara.

Turut hadir  Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti R. Sivarasa, Ketua Wanita Keadilan, Haniza Talha dan Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham, dan Pengerusi Pimpinan PKR Selangor merangkap Menteri Besar Selangor Datuk Amirudin Shari.

Ditanya pandangannya sekiranya ucapan beliau malam tadi membawa kepada pemecatan dalam parti kelak, katanya, tidak timbul langsung soal pemecatan.

Katanya, ia adalah satu usaha yang baik yang telah beliau buktikan bersama pimpinan untuk memperkukuhkan parti Keadilan yang telah dibina bersama selama dua dekad lalu.

“Sebelum kongres kita telah mengadakan pertemuan dan ia berjalan sangat baik bagaimanapun seperi kita jelaskan dalam kenyataan media baru baru ini beberapa perkara penting dilanggar menyebabkan perkara ini amat dikesali.

“Saya berharap semua perbincangan itu mestilah untuk tujuan memperkukuhkan parti,” ujarnya.

Beliau juga diminta menjelaskan mengenai kritikan beliau bersifat menyerang presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan apa yang berlaku dalam kongres di Melaka dua hari lalu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menafikan beliau sebenarnya menyerang presiden parti.

“Saya tidak menyerang mana-mana secara peribadi, saya hanya menjelaskan pada anggota bahawa apabila presiden parti berdepan pelbagai bentuk ujian, saya sebagai timbalan presiden mengeluarkan kenyataan tuntas dengan segera mempertahankan presiden.

“Ini bukan saya buat-buat saya telah lakukan, setelah 20 tahun berlalu dalam parti saya tetap mempertahankan presiden dalam beberapa isu sensitif.

“Cuma saya tidak mahu beliau (Anwar) dipengaruhi oleh orang yang tidak memahami perjuangan reformasi sebenar, dan hanya mengampu kuat dalam parti,” katanya.

Ditanya mengenai nasihat beliau selaku pemimpin nombor dua dalam PKR, mengenai isu desakan penyokong dalam parti yang meminta menubuhkan parti baharu, Azmin berkata, setakat ini tidak timbul soal parti baharu dalam dirinya.

Sebaliknya kata beliau, PKR merupakan satu-satunya parti yang dibina bersama rakyat selama 20 tahun dan pihaknya akan kekal dalam parti. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/tidak-timbul-soal-parti-baharu-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mantapkan Parti Sekarang Bukan Masa Terbaik Bicara Soal Pembahagian Kerusi Ismail Sabri

Mantapkan Parti Sekarang Bukan Masa Terbaik Bicara Soal Pembahagian Kerusi Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 285 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekarang ini bukan masa terbaik untuk membicarakan soal pembahagian kerusi secara terbuka kerana masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memantapkan parti Jelas beliau soal pem...
Tiga Parti Reformis 1999 Azmin Di Mana

Tiga Parti Reformis 1999 Azmin Di Mana

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 214 hits
Oleh Mustafa Mansur Ada 3 parti Reformis yg cuba didaftarkan sebelum wujud Parti Keadilan Nasional Sudah ada buku yg ditulis dan disusun sendiri oleh Setiausaha kak wan yg pertama Namanya Cikgu Zul Salah sebuah parti yg Reformis yang cuba d...
Kenyataan Media Isu Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Presiden Parti

Kenyataan Media Isu Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Presiden Parti

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 320 hits
KENYATAAN MEDIAISU TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF DARIPADA PRESIDEN PARTIKEADILAN memandang serius kenyataan segelintir pemimpin KEADILAN yang mendesak agar Datuk Seri Anwar bin Ibrahim memohon maaf di atas keputusan pemecatan dua anggota parti S...
Penyokong Azmin Dicabar Tubuh Parti Baru

Penyokong Azmin Dicabar Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 258 hits
Penyokong Mohammed Azmin Ali dicabar dengan sukarela keluar parti dan menubuhkan sebuah parti politik baharu jika mahu terus membuat penentangan terhadap keputusan parti itu Kenyataan itu dibuat Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Syed Badli ...
Pkb Usulan Pbnu Soal Presiden Dipilih Mpr Kajian Para Ulama

Pkb Usulan Pbnu Soal Presiden Dipilih Mpr Kajian Para Ulama

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 191 hits
Tentu rekomendasi dari PBNU agar presiden dipilih oleh MPR bahkan kepala daerah dipilih oleh MPR berdasarkan kajian para ulama PBNU yang mempertimbangkan maslahat dan mudaratnya ujar Jazilul
Bayangkan Jika Hari Ini Azmin Adalah Presiden

Bayangkan Jika Hari Ini Azmin Adalah Presiden

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 300 hits
Berlakunya pergeseran dalam kepimpinan PKR antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim yang berterusan sehingga hari ini salah satu faktornya barangkali adalah kerana tidak tercapainya hasrat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu untuk menjadi Presiden p...
Ada 1 001 Kisah Sejarah Kenapa Petik Kisah Si Kitul Soal Azmin

Ada 1 001 Kisah Sejarah Kenapa Petik Kisah Si Kitul Soal Azmin

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 340 hits
BERITANews Diterbitkan Hari ini 10 58 malamTimbalan Presiden PKR Azmin Ali sekali lagi membangkitkan tindakan presiden parti Anwar Ibrahim membangkitkan kisah Si Kitul dan Raja Mandeliar dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional PKR ke 20 s...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp