Bayangkan Jika Hari Ini Azmin Adalah Presiden




Berlakunya pergeseran dalam kepimpinan PKR antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim yang berterusan sehingga hari ini, salah satu faktornya barangkali adalah kerana tidak tercapainya hasrat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu untuk menjadi Presiden parti itu.Sesuai kerana sudah dinamakan sebagai calon PM8, hasrat Anwar mengambil alih teraju kepimpinan PKR daripada Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah bertujuan menambah keberkesanan kepimpinannya dalam PH dan kerajaan apabila sampai masanya beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Mahathir Mohamad.Bagaimanapun, beberapa bulan menjelang pemilihan PKR pada November 2018, Azmin dikatakan telah berjumpa Anwar di Turki untuk menyatakan hasratnya untuk menjadi Presiden PKR.Beliau difahamkan telah memujuk agar Anwar terus kekal sebagai Ketua Umum PKR saja, sementara jawatan Presiden diserahkan kepadanya, meskipun Ahli Parlimen Port Dickson itu telah dipersetujui PH sebagai pengganti Perdana Menteri.Berikutan Anwar tidak setuju dengan saranan dan pujukan Azmin itu, itulah yang menyebabkan pergeseran mereka berlarutan sehingga ke hari ini.Jika kita masih ingat, Azmin ketika itu lambat membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan kedudukan nombor duanya dalam PKR atau bertanding jawatan presiden yang dikosongkan oleh Dr. Wan Azizah dan dinyatakan kesediaan oleh Anwar mengambil alihnya.Dikatakan sehingga saat akhir beliau masih berharap Anwar akan berubah fikiran dan sedia menyerahkan jawatan peneraju parti itu kepadanya.Beliau akhirnya membuat keputusan hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden setelah Anwar tidak berganjak, tetapi kemudian dicabar oleh Rafizi Ramli dan menang dengan majoriti tipis saja.Kalau kita lihat kemelut dalam PKR dan mengimbas kembali soal peralihan kuasa yang masih kabur sehingga sekarang ini, bolehkah kita bayangkan apa jadi jika hari ini presiden parti itu adalah Azmin dan Anwar termakan pujukannya?Di mana agaknya kedudukan Anwar sebagai bakal PM8?Apa pula jadi kepada PKR dalam soal peralihan kuasa dan sokongan parti itu kepada Tun Mahathir?Mungkinkah PKR sudah sepenuhnya menyokong Tun Mahathir untuk jadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?Selain itu, sebagaimana yang telah kerapkali saya tulis sebelum ini, satu lagi sebab berlakunya krisis atau pergeseran dalam PKR sehingga sekarang tidak lain adalah disebabkan tindakan Tun Mahathir melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.Oleh kerana Azmin sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 lalu, namanya tidak pernah sama sekali dicalonkan oleh PKR untuk menjadi menteri di peringkat kerajaan persekutuan.Perlantikan Azmin adalah 100 peratus pilihan Tun Mahathir.Bermakna, kalaulah Azmin tidak dilantik sebagai menteri kanan oleh Tun Mahathir dan dianya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor, kemelut dalam PKR seperti yang ada hari ini tidak mungkin akan berlaku.Kalaulah tidak dilantik sebagai menteri kanan oleh Tun Mahathir juga, tidak mungkin Azmin sanggup terbang ke Turki untuk memujuk Anwar agar jawatan Presiden PKR diserahkan kepadanya.Sudah tentu kerana sudah menjadi menteri kanan itulah yang mendorong atau barangkali adanya dorongan juga untuk beliau menjadi Presiden PKR.Kalaulah Azmin bukan menteri kanan yang dilantik oleh Tun Mahathir, tidak mungkin soal peralihan kuasa kepada Anwar terus kabur seperti sekarang ini.Kalaulah Azmin masih Menteri Besar Selangor, mungkin hari ini beliau menjadi pemimpin paling lantang menyuarakan agar peralihan kuasa kepada Anwar dipercepat dan tidak lagi dilengah-lengahkan.Kalaulah…kalaulah…kalaulah dan banyak kali kalaulah kalau mahu difikir dan diungkapkan satu persatu.Cuma, marilah kita renungkan sejenak dalam semua kalaulah itu, siapakah “pendurjana” sebenar yang bukan saja menyebabkan PKR berpecah, malah menjadikan PH tidak harmoni? (ShahbudinHusin 30/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/bayangkan-jika-hari-ini-azmin-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjumpaan Azmin Ali Malam Tadi Bersama 30 Ahli Parlimen Adalah Untuk Membuat Headcount

Perjumpaan Azmin Ali Malam Tadi Bersama 30 Ahli Parlimen Adalah Untuk Membuat Headcount

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 432 hits
Malam tadi Azmin Ali berjumpa dengan 30 ahli parlimen Umno dan PKR untuk buat headcount Sekiranya Anwar Ibrahim bertindak untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cukupkah ahli parlimen yang menyokong Mahathir
Azmin Adalah Proxy Mahathir Dan Dap Pula Di Belakang Anwar

Azmin Adalah Proxy Mahathir Dan Dap Pula Di Belakang Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 377 hits
Permusuhan di antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya berpunca daripada usaha DAP untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan DAP di belakang Anwar...
Presiden Umno 17 Ahli Parlimen Umno Berjumpa Azmin Tanpa Pengetahuan Mt Akan Di Panggil Oleh Lembaga Displin Umno

Presiden Umno 17 Ahli Parlimen Umno Berjumpa Azmin Tanpa Pengetahuan Mt Akan Di Panggil Oleh Lembaga Displin Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 620 hits
Jelas pada kita semua perjumpaan sulit antara 17 Ahli Parlimen UMNO dari 22 Ahli Parlimen BN dengan Azmin adalah perjumpaan yang dilakukan tanpa pengetahuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Presiden UMNO DS Zahid Hamidi menjelaskan Lembaga Displ...
Hari Disabilitas Kesetaraan Hak Jadi Tantangan Presiden Jokowi

Hari Disabilitas Kesetaraan Hak Jadi Tantangan Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 258 hits
Dengan hari disabilitas Internasional Angkie berharap penyandang disabilitas dapat lebih menempatkan penyandang disabilitas sebagai subjek pembangunan unggul
Azmin Believed In Talks With Barisan Mps Tonight To Back Dr M

Azmin Believed In Talks With Barisan Mps Tonight To Back Dr M

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 268 hits
A stream of VIP cars and security personnel were seen going to Azmin Ali s home tonight watched by members of the media PETALING JAYA A group of Barisan Nasional MPs are believed to be at a meeting tonight at the home of PKR deputy presiden...
Laporan Azmin Dijangka Jumpa Mp Pkr Pula Petang Ini

Laporan Azmin Dijangka Jumpa Mp Pkr Pula Petang Ini

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 286 hits
BERITATimbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dijangka bertemu dengan ahli parlimen partinya di parlimen petang ini menurut laporan berita Star Online memetik sumber yang berkata mesyuarat itu dijadualkan pada jam 3 petang ini Kali ini ia a...
30 Bn Mps Meeting At Azmin Ali S House Tonight

30 Bn Mps Meeting At Azmin Ali S House Tonight

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 323 hits
Tonight Azmin Ali is having a meeting with 30 Barisan Nasional Members of Parliament at his house in Precint 10 Putrajaya If Azmin can get the support of these 30 Barisan Nasional Members of Parliament and combined with the pro Mahathir gro...
Mp Bn Pkr Berjumpa Di Rumah Azmin Semalam

Mp Bn Pkr Berjumpa Di Rumah Azmin Semalam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 458 hits
Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10 Putrajaya Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9 30 malam dan berlangsung selama dua jam Ahli parlimen BN mengu...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor