Tidak Perlu Undi Percaya Pm Ismail Tiada Majoritikah



Pendapat Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkenaan usul Undi Percaya di Dewan Rakyat ke atas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai mengatasi kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dianggap tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, usul Undi Percaya tidak perlu dipertikaikan kerana telah menjadi tradisi dalam sistem pemerintahan Malaysia dan dilakukan oleh mana-mana individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri tidak melalui Pilihan Raya Umum.
Bahkan dalam keadaan semasa, katanya, usul tersebut telah menjadi ‘wajib’ jika tidak mahu dianggap menderhaka kerana telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika PM Ismail Sabri mengangkat sumpah.
“Dengan adanya amalan tersebut sebelum ini, khususnya pada 1976 dalam pelantikan Tun Hussein Onn sebagai PM ketiga, ia sudah menjadi sebahagian daripada amalan dan tradisi Perlembagaan negara.
“Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menyarankan usul tersebut (kepada Ismail). Dengan itu, kenyataan Peguam Negara adalah aneh dan menimbulkan persoalan. Ini dengan sendirinya menolak andaian Peguam Negara yang usul berkenaan mempersoal kuasa Yang Di-Pertuan Agong.
“Sepatutnya Peguam Negara menyokong cadangan yang jelas boleh menyuburkan tradisi Perlembagaan negara. Peguam Negara perlu sedar bahawa Perlembagaan tidak terbatas kepada peruntukan yang ada semata-mata. Segala amalan yang selari dengan Perlembagaan juga perlu diperkasakan,” kata Dr Aziz dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu lagi, kenyataan Peguam Negara itu telah menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan berhubung Perlembagaan, khususnya mengenai proses Undi Percaya.
Menurut beliau, usul Undi Percaya tidak boleh dianggap ketetapan undang-undang kerana tidak ditulis dalam Perlembagaan namun amalan usul seumpama itu di Malaysia dan negara-negara Komanwel lain mewajarkan ianya diadakan.
“Sebenarnya isu keabsahan (legitimacy) bukan isu undang-undang. Apa yang menjadi persoalan ialah isu yang lebih bersifat politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana Menteri.
“Seruan supaya diadakan usul percaya (motion of confidence) adalah supaya pelantikan tersebut disahkan. Meskipun ia bukan keperluan undang-undang, ia tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan,” katanya lagi.
Reaksi Peguam Negara semalam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik yang membayangkan kemungkinan kerajaan PM Ismail Sabri tidak lagi mempunyai 114 sokongan majoriti sebagaimana dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, dua minggu lalu.
Berbeza dengan pendahulunya, Tun Hussien Onn dan Tun Abdullah Ahmad Baawi yang mengambil alih tampuk pemerintahan dalam keadaan politik yang stabil, Ismail mengambil alih kerusi PM ketika wujud perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Bersatu, khususnya puak Azmin Ali dan puak Gabungan Parti Sarawak yang mahukan kedudukan berkenaan diberi kepada ahli politik dari Malaysia Timur.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32993

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Ismail Sabri Pusing Pusing Isu Undi Percaya Takut Apa

Pm Ismail Sabri Pusing Pusing Isu Undi Percaya Takut Apa

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 281 hits
Kenyataan Peguam Negara bahawa usul Undi Percaya di Dewan Rakyat seolah olah mengurangkan kuasa Yang di Pertuan Agong dalam hal melantik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan ahli polit...
Undi Percaya Ismail Takut Apa Jika Ada 114 Sokongan

Undi Percaya Ismail Takut Apa Jika Ada 114 Sokongan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 400 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu bimbang untuk membentangkan usul Undi Percaya di Parlimen ketika beliau dikatakan memilikki sokongan 114 kerusi Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ...
Usul Undi Percaya Pembangkang Tidak Mahu Sulitkan Sokong Ismail Sabri

Usul Undi Percaya Pembangkang Tidak Mahu Sulitkan Sokong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 308 hits
agendadaily com25 8 2021Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat mungkin tidak menentang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika usul undi percaya dibentangkan di Parlimen ...
Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 324 hits
ARIF ATANPengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh menganggap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob takut dengan parti parti dalam kerajaan berhubung tuntutan undi percaya Presiden PKR itu berkata proses undi percaya mer...
Bukti Keabsahan Ku Li Gesa Undi Percaya Segera Terhadap Ismail

Bukti Keabsahan Ku Li Gesa Undi Percaya Segera Terhadap Ismail

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 264 hits
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob diadakan segera bagi menguji jumlah sebenar sokongan dimiliki Ahli Parlimen Bera itu Katanya walaupun surat cara pelantikan ...
Panas Ini Dua Sebab Ismail Sabri Takut Hadapi Undi Percaya

Panas Ini Dua Sebab Ismail Sabri Takut Hadapi Undi Percaya

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 197 hits
September 6 2021 Dua kesimpulan dapat dibuat jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob enggan mengadakan undi percaya di Dewan Rakyat kata Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad Menurutnya kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa pe...
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 263 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 223 hits
Peguam Negara Idrus Harun berkata hari ini tidak perlu pengesahan terhadap pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri atau kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut undang undang Idrus menambah sekiranya masih memerluka...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat