Tidak Mustahil Ph Bersama Umno Pru 15



Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 atau selepasnya politik Malaysia akan menyaksikan penubuhan pakatan atau koalisi yang lebih majmuk.
Menurut Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Xavier Jayakumar, tanpa pembentukan koalisi dari parti pelbagai latar belakang tidak mungkin sesebuah kerajaan yang mempunyai majoriti stabil boleh dibentuk berikutan parti-parti tidak mungkin mendapat kerusi yang cukup banyak untuk membentuk kerajaan sendiri.
“Saya ingat koalisi ini bukan satu perkara baru di dalam negara kita. Dari dulu kita ada banyak koalisi politik. Alliance Party, BN dan sebagainya. Tetapi di dalam sistem politik sekarang, pembentukan kerajaan-kerajaan di negara lain, saya boleh katakan 95% adalah kerajaan coalition. Ada beberapa negara sahaja memiliki majoriti mutlak, seperti di India. AS guna sistem dua parti, itu pun tiada majoriti mutlak.
“Di Malaysia saya tidak nampak pada masa hadapan kita akan ada single party system. Saya nampak semua parti sama ada dalam Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan (PH) tidak ada satu parti akan muncul pemenang mutlak dalam PRU akan datang.
“Sebab itu saya kata kita kena bina koalisi sekarang untuk PRU. Apa koalisi yang kita mahu? Di Malaysia kita nampak banyak eksperimen koalisi yang telah dibuat tetapi koalisi yang berjaya dalam masa terdekat adalah PH di mana kita telah ada beberapa pemimpin utama dalam gabungan ini yang ketepikan isu peribadi untuk kesejahteraan negara,” katanya dalam forum bertajuk ‘Melakar landskap politik baharu Malaysia 2021’ anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.
Menurut Dr Xavier lagi, PH telah merintis penubuhan satu koalisi pelbagai latar belakang politik yang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 14. Namun menuju PRU 15, katanya, formula yang sama agak sukar untuk sukses sekali lagi.
Oleh itu, satu formula baharu perlu diperkenalkan sama ada PH membentuk koalisi dengan lebih banyak parti pembangkang atau bersama musuh politik yang boleh menerima prinsip perjuangan untuk mencipta Malaysia yang lebih baik
“Kita mesti berfikiran terbuka dalam pembentukan koalisi. Kita tidak boleh berfikiran sempit, inilah koalisi yang saya boleh ada, tidak koalisi lain.
“Sekarang sistem politik Malaysia telah berubah. Kita katakan demokrasi dalam negara sudah mencapai satu tahap di mana koalisi, mereka (rakyat) mula persoal apakah bentuk koalisi dan dengan siapa kita akan buat?
“Tidak kisah dengan siapa, mana tahu PH akan boleh bersama dengan Umno (akan datang). Tidak tahu lagi. Boleh jadi. Sebab ini fikiran orang ramai (penyokong) yang katakan kita kena wujudkan satu kerajaan yang stabil. Tidak boleh ada kerajaan seperti sekarang di mana PM boleh diugut oleh segelintir orang. Sebab hanya ada 2 – 3 majoriti saja,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Dr Xavier lagi, sekiranya masalah pembentukan koalisi tidak berjaya disesesaikan sebelum PRU maka ianya akan berlanjutan dengan perbincangan selepas PRU bagi membentuk kerajaan yang stabil dan mampu membuat perubahan kepada negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31144

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional jelas menunjukkan tindakan tegas UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya D...
Kerjasama Ph Umno Boleh Berlaku Pru 15

Kerjasama Ph Umno Boleh Berlaku Pru 15

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 302 hits
Politik Malaysia yang tidak menentu sejak 10 bulan kebelakangan ini memerlukan pendekatan baharu untuk menyelesaikannya Menurut penganalisis politik Dr Mazlan Ali sebarang formula boleh dicuba ketika mana dijangkakan tidak ada parti yang ak...
Umno Gua Musang Pimpinan Ku Li Usul Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Jika Pru Tak Diadakan

Umno Gua Musang Pimpinan Ku Li Usul Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Jika Pru Tak Diadakan

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA UMNO Gua Musang yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah mengusulkan parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sekiranya pilihan raya umum ke 15 tidak dapat diadakan dalam masa terdekat Menurut usul mesyuarat ...
Ahli Umno Berjuang Dengan Bijak Fokus Hala Tuju Menang Pru 15 Ismail Sabri

Ahli Umno Berjuang Dengan Bijak Fokus Hala Tuju Menang Pru 15 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 571 hits
umno online myBERA 3 Jan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa anggota UMNO untuk berjuang dengan bijak dan fokus hala tuju bagaimana mahu menang dalam setiap kerusi yang UMNO Barisan Nasional tandingi pada Pilihan Raya...
Mampukah Umno Bangkit Dalam Pru 15

Mampukah Umno Bangkit Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 347 hits
di Istana Besar Johor Baru lahir sebuah parti yang akan diberikan mandat oleh rakyat Malaysia untuk menerajui pemerintahan di Malaysia selama lebih dari 6 dekad selepas itu UMNO parti politik yang mendapat jolokan sebagai parti keramat oran...
Ppbm Selangor Tidak Ketagih Simpati Umno Sedia Lawan Jika Terpaksa Pada Pru Kata Rashid

Ppbm Selangor Tidak Ketagih Simpati Umno Sedia Lawan Jika Terpaksa Pada Pru Kata Rashid

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA PPBM Selangor masih berusaha berunding dengan UMNO mengenai pengagihan kerusi di Selangor namun bersedia bertembung dengan parti itu pada pilihan raya umum ke 15 jika terpaksa kata Pengerusi PPBM Selangor Abdul Rashid Asari Be...
Umno Sertai Pru 15 Secara Bersendirian

Umno Sertai Pru 15 Secara Bersendirian

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 241 hits
Dr Kamarul Yusoff Menarik sekali bila menerima perkhabaran bahawa majoriti UMNO Bahagian di Kelantan yang sudah bermesyuarat meluluskan usul mendesak pucuk pimpinan menamatkan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh B...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan