Kerjasama Ph Umno Boleh Berlaku Pru 15



Politik Malaysia yang tidak menentu sejak 10 bulan kebelakangan ini memerlukan pendekatan baharu untuk menyelesaikannya.
Menurut penganalisis politik, Dr Mazlan Ali, sebarang formula boleh dicuba ketika mana dijangkakan tidak ada parti yang akan memperolehi majoriti mencukupi membentuk kerajaan sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat, atau pun sehingga tamat penggal.
Katanya, tidak mustahil musuh politik sebelum ini seperti Pakatan Harapan (PH) akan melakukan kerjasama dengan Umno dan menjadi satu pakatan baharu menghadapi PRU ke 15.
Biarpun DAP dianggap tidak diterima dalam kalangan penyokong Umno, kata Dr Mazlan, namun sekiranya terdapat keazaman politik maka kerjasama tetap boleh dilakukan dengan formula tertentu.
“Kemungkinan Umno akan bekerjasama dengan PH itu tetap ada walaupun DAP dianggap faktor penghalang kerjasama ini.
“Bagaimanapun, politik adalah sesuatu yang dinamik dan elastik.
“Tidak mustahil kerjasama keduanya (PH-Umno) akan berlaku dan jika beberapa perbezaan yang wujud di antara PH dan Umno dapat diatasi,” katanya dipetik.
Bagaimanapun, Dr Mazlan berpendapat, situasi di dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) akan lebih bercelaru sekiranya Umno ingin meneruskan hasrat bekerjasama dengan PH.
Malah ketika ini pun, menurut beliau, soal pembahagian kerusi dilihat menggugat kerjasama dalam perikatan kerajaan tersebut.
Cuma menurut Dr Mazlan, pemimpin Pas tidak akan meninggalkan Bersatu dan mengikut kehendak Umno untuk hanya membahagi-bahagikan kerusi di dalam Muafakat Nasional.
“Saya menjangkakan Pas akan kekal bekerjasama dengan Bersatu kerana ikatan antara kedua parti ini sangat erat, dan kerjasama antara Pas serta Bersatu dijangka boleh membawa sokongan yang besar kepada PN dalam PRU-15.
“Realitinya memang terdapat beberapa pemimpin Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu, tetapi secara terbuka mahu bekerjasama dengan Pas.
“Sebenarnya, keadaan ini akan memberi dilema yang besar kepada Pas kerana Bersatu sangat penting kepada Pas, sedangkan Umno menolak Bersatu,” katanya.
Pembahagian kerusi yang tidak lancar di dalam PN, sekiranya Umno tidak bekerjasama dengan PH sekali pun, pada pendapat penganalisis politik, mungkin akan mencetuskan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PN dan PH.
Tidak sebagaimana di Sabah pertandingan tiga penjuru kekal memberi manfaat kepada PN di Semenanjung pertandingan seperti itu lebih merugikan PN yang terpaksa menghadapi BN di kerusi-kerusi Melayu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31184

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 259 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan mungkin inilah masa paling sesuai mengadakan pilihan raya umum memandangkan beberapa kelonggaran pergerakan rakyat diperkenalkan susulan pandemik COVID 19 Jikalau rakyat sudah dibenarkan merenta...
Umno Tidak Desak Pru 15 Dalam Masa Terdekat Kata Mahdzir Khalid

Umno Tidak Desak Pru 15 Dalam Masa Terdekat Kata Mahdzir Khalid

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 199 hits
Umno tidak memberi tekanan supaya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan dalam masa terdekat tetapi meminta diadakan selepas kes Covid 19 berada pada tahap yang rendah Naib Presidennya Mahdzir Khalid berkata mengambil kira kebajikan rakyat yang b...
Tidak Mustahil Ph Bersama Umno Pru 15

Tidak Mustahil Ph Bersama Umno Pru 15

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 238 hits
Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 atau selepasnya politik Malaysia akan menyaksikan penubuhan pakatan atau koalisi yang lebih majmuk Menurut Naib Presiden KEADILAN Datuk Dr Xavier Jayakumar tanpa pembentukan koalisi dari parti pelbagai lata...
Umno Patut Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Sesiapa Asalkan Perjuangan Tak Tersasar Kata Puad

Umno Patut Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Sesiapa Asalkan Perjuangan Tak Tersasar Kata Puad

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 243 hits
freemalaysiatoday com December 30 2020 9 00 AMPuad Zarkashi PETALING JAYA UMNO harus terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa asalkan tidak tersasar daripada perjuangan mempertahankan Perlembagaan Negara dan kontrak sosial kata Ahli Majlis ...
Kali Ini Dengarlah Nasihat Ku Li Umno Boleh Hidup Tanpa Bersatu Tapi Bersatu Akan Mati Tanpa Umno

Kali Ini Dengarlah Nasihat Ku Li Umno Boleh Hidup Tanpa Bersatu Tapi Bersatu Akan Mati Tanpa Umno

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 346 hits
Walaupun Tengku Razaleigh Hamzah merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO tetapi tidak pernah pun selama ini nasihatnya diminta didengari atau dipedulikan oleh pucuk pimpinan parti itu Bahkan kerana kedudukannya yang tiada fungsi itu tiada...
145 Ketua Bahagian Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

145 Ketua Bahagian Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 342 hits
MALAYSIA DATELINEAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa bukan rahsia lagi 145 Ketua Bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke 15 nanti Katanya ini kerana sikap Bersatu yang menikam Umno da...
Pemimpin Umno Saran Kaji Semula Kerjasama Dengan Pas Dalam Mn

Pemimpin Umno Saran Kaji Semula Kerjasama Dengan Pas Dalam Mn

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 334 hits
January 2 2021 Ketika bahang pilihan raya umum semakin terasa seorang pemimpin kanan Umno menyarankan agar parti itu membuat keputusan berani dengan menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional Tidak cukup dengan itu Timbalan Pengerusi Um...
Mantapkan Ph Tidak Perlu Grand Coalition Hanya Kerjasama Pru

Mantapkan Ph Tidak Perlu Grand Coalition Hanya Kerjasama Pru

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 288 hits
Pembangkang tidak perlu dijenamakan semula dengan Grand Coalition atau Gabungan Perdana Pembangkang dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke 15 Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim kerjasama berbentuk electo...
Perwakilan Umno Pagoh Sebulat Suara Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

Perwakilan Umno Pagoh Sebulat Suara Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 447 hits
malaysiadateline com Perwakilan Umno Bahagian Pagoh yang bermsyuarat semalam telah sebulat suara menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Bersatu pimpinan Ahli Parlimen kawasan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin Mereka juga menyokong sebu...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin