Apa Itu Kurkumin Dalam Kunyit Yang Mampu Mencegah Kanser


Berdasarkan laporan oleh Google 2016 Food Trend Report, carian tentang kunyit (turmeric) atau curcumin meningkat sebanyak 56% daripada November 2015 hingga Januari 2016, menunjukkan minat masyarakat dunia kepada bahan curcumin yang terkandung dalam kunyit.


Berdasarkan laporan oleh University of Maryland Medical Centre menyatakan, WHO telah membuat anggaran bahawa 80% penduduk dunia mula bergantung kepada ubat-ubatan herba dalam perubatan primari mereka.

Di Jerman, lebih kurang 600 ke 700 ubat-ubatan berasaskan tumbuhan herba boleh di dapati dipasaran dan 70% daripada di berikan preskripsi oleh doktor-doktor disana.

Di USA juga sejak 20 tahun yang lepas, akibat ketidakpuasan hati masyarakat di sana dengan ubat preskripsi biasa maka terdapat ramai masyarakat disana telah mula menggunakan ubat-ubatan herba.

Bahan aktif didalam kunyit adalah 'kurkumin' (curcumin) iaitu sejenis bahan anti oksidan dan anti radang yang kuat. Disamping itu kunyit juga mengandungi mineral seperti manganese, zat besi, vitamin B6, kalium, vitamin C, magnesium dan serat yang tinggi.

Keradangan atau inflammasi adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti obesiti, kanser, sakit jantung, darah tinggi, sindrom metabolik, pengerasan saluran darah (atherosklerosis) dan penyakit Alzheimer.

Komponen utama dalam kunyit adalah 'kurkumin' yang merupakan bahan anti keradangan dan pengambilan kurkumin daripada kunyit boleh membantu melawan dan mencegah pelbagai penyakit kronik ini.

Kurkumin bertindak sebagai agen anti keradangan di peringkat molekul dengan menghalang molekul NF-κB masuk ke bahagian nukleus dalam sel yang akan mengaktifkan gen yang berkaitan dengan keradangan atau inflammasi.

Kajian terkini juga menunjukkan kurkumin boleh membantu dalam penyakit-penyakit akibat keradangan seperti penyakit keradangan usus besar (IBS), keradangan sendi rheumatoid, bengkak sendi dan mengurangkan sakit sendi dan urat.

Kurkumin juga didapati boleh menurunkan paras kolesterol, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan masalah penghadaman dan meningkatkan fungsi hati.

Masyarakat moden hari ini sentiasa terdedah dengan pelbagai kerosakan akibat radikal bebas daripada pencemaran udara, air dan makanan disamping faktor stres dan merokok.

Antioksidan

Kajian membuktikan radikal bebas adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti kanser, kardiovaskular dan sebagainya dan Kurkumin adalah bahan anti oksidan yang melawan kesan radikal bebas dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang sel-sel di otak, buah pinggang, hati dan jantung.

Menurut laporan oleh Institute Linus Pauling di Oregon State University, kurkumin yang diambil secara oral akan mencapai kepekatan yang mencukupi dalam gastro usus kita untuk menentang radikal bebas yang menyebabkan kesan oksidatif kerosakan DNA pada lapisan mukosa usus.

Disamping itu, kurkumin juga mencetuskan ekspressi Fasa II enzim anti oksidan termasuklah 'glutamate-cysteine ligase' (GCL) dan enzim untuk sintesis glutathione (GSH).

Glutathion ini adalah anti oksidan semulajadi dalam sel-sel tubuh kita yang sangat penting untuk sel-sel tubuh menghadapi stres atau tekanan.

Kajian menunjukkan curcumin meningkatkan ekspressi GCL dengan mengaktifkan pelbagai laluan isyarat dan lain-lain enzim detoksifikasi.

Kurkumin Mencegah Kanser

Kajian menunjukkan kurkumin boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Terdapat juga kajian menunjukkan kurkumin boleh merencat perkembangan dan pertumbuhan sel-sel kanser di peringkat molekul lagi.

Kajian khusus dalam makmal dan juga kepada haiwan menunjukkan kurkumin mencegah kanser kolorektal.

Disamping itu, kurkumin juga menghalang pertumbuhan saluran darah baru (angiogenesis) kepada ketumbuhan kanser dan juga ia membantu menghalang merebaknya kanser atau metastases.

Kurkumin juga boleh membunuh sel-sel kanser secara terus. Satu kajian yang menarik melibatkan 44 orang peserta yang mempunyai ketumbuhan (lesion) dalam usus besar yang boleh berubah menjadi kanser.

Selepas di berikan 4 gram kurkumin selama 30 hari didapati 40% pengurangan jumlah ketumbuhan tersebut.

Kajian lain juga menunjukkan kurkumin boleh mencegah penyakit neurodegeneratif Alzheimer dan tiada rawatan untuk pemulihan penyakit ini dan cara terbaik adalah mencegahnya sebelum terkena.

Kurkumin adalah bahan yang boleh merentasi halangan lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan kajian menunjukkan ia boleh membantu meningkatkan fungsi kecerdasan otak seseorang.

Kajian menunjukkan kurkumin mengurangkan pengumpulan bahan plak beta amyloid, mengurangkan degradasi sel saraf otak, 'chelation' logam berat, mengurangkan penghasilan sel mikroglia, anti keradangan dan anti oksidan.

Secara umumnya didapati kurkumin meningkatkan memori pesakit Alzheimer apabila mengambilnya.

Kajian oleh Stanford University School of Medicine menunjukkan bahan protin beta amyloid merosakkan sinapses saraf sebelum ia bergumpal sebagai plak yang akan membunuh sel-sel saraf. Kerana itulah seseorang pesakit Alzheimer mempunyai masalah ingatan kerana kerosakan.

Cara Pengambilan Curcumin (Kunyit) Yang Betul

Kandungan kurkumin dalam kunyit hanyalah 3% setiap gram berat. Oleh itu ekstrak kurkumin adalah cara terbaik untuk mendapat kesan yang optimum kerana hanya dengan pengambilan melalui makanan seperti kari dan masakan tidak akan mampu mencapai dosage yang diperlukan iaitu melebihi 1 gram sehari.

Kurkumin juga lebih susah di serap ke dalam saluran darah dan cara terbaik untuk meningkatkan penyerapannya adalah dengan pengambilan lada hitam sekali dengannya kerana lada hitam mengandungi bahan 'piperine' yang meningkatkan penyerapan kurkumin sehingga 2,000 peratus.

Kunyit adalah secara umumnya selamat dimakan, tetapi pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kembung angin, loya, cirit-birit, reaksi kulit, pedih ulu hati, sakit kepala dan darah cair.

Amalkan pengambilan kunyit setiap hari dalam masakan harian kita dan untuk mendapatkan kesan terbaik, bolehlah mengambil suplemen curcumin setiap hari sebagai satu kaedah menjaga kesihatan kita.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
10 Tanda-tanda Lelaki Mungkin Menghidap KanserKanser Sembuh Selepas Minum Daun Rerama Dan Durian Belanda!
sumber: drnorman



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/apa-itu-kurkumin-dalam-kunyit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Mendapati Vitamin D Mampu Mencegah Jangkitan Covid 19

Kajian Mendapati Vitamin D Mampu Mencegah Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 747 hits
Tahap vitamin D yang rendah di dalam badan seseorang boleh menyebabkan risiko kematian akibat jangkitan wabak Covid 19 yang lebih tinggi demikian hasil satu kajian yang telah dijalankan bagi melihat tahap purata vitamin D dari 20 negara Ero...
Redmi Note 9 Pro Peranti Dari Kelas Pertengahan Yang Berkuasa Dan Mampu Milik

Redmi Note 9 Pro Peranti Dari Kelas Pertengahan Yang Berkuasa Dan Mampu Milik

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 500 hits
Kini hampir kesemua syarikat pengeluar peranti pintar berlumba lumba dalam menawarkan telefon pintar mampu milik bagi memenuhi kehendak setiap golongan pengikut mereka Bagi Redmi sendiri umum mengetahui bahawa jenama ini membawakan identiti...
Kebaikan Kecil Yang Mampu Mengubah Hidupmu

Kebaikan Kecil Yang Mampu Mengubah Hidupmu

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 304 hits
Jika kamu mengira berbuat baik adalah hal yang sulit maka kamu salah Kebaikan tidak selalu harus dilakukan dengan cara yang besar dan luar biasa Namun bisa dengan berbagai hal sederhana Jika kamu This is a content summary only Visit my webs...
Kalau Nak Anak Makin Bijak Lakukan 10 Aktiviti Ini Yang Mampu Merangsang Otak Bayi

Kalau Nak Anak Makin Bijak Lakukan 10 Aktiviti Ini Yang Mampu Merangsang Otak Bayi

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 321 hits
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi Bagaimana caranya Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat mer...
Amazon Terbocor Harga Sebenar Ps5 Ps5 Digital Lagi Harga Mampu Milik

Amazon Terbocor Harga Sebenar Ps5 Ps5 Digital Lagi Harga Mampu Milik

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 353 hits
Amazon sekali lagi secara tak sengaja terbocorkan harga bagi Sony PlayStation 5 dan kemudian memadamnya semula tapi sempat dikesan oleh pengguna Jadi berapa harga sebenar PS5 ini Nampaknya harga anggaran yang dikeluarkan oleh OMG Gaming Esp...
Tentera Turki Kini Mempunyai Dron Kamikaze Yang Mampu Menyerang Secara Berkumpulan

Tentera Turki Kini Mempunyai Dron Kamikaze Yang Mampu Menyerang Secara Berkumpulan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 266 hits
Ramai meramal di masa hadapan robot dan dron akan menggantikan tugas manusia di medan perang Di Turki dron kamikaze yang dilengkapi bahan letupan kini digunakan oleh tentera negara ini Dron Kargu 2 ialah dari jenis kuad kipas dengan bahan l...
Oneplus Bakal Hadir Dengan Televisyen Pintar Mampu Milik Dengan Kualiti Skrin Yang Hebat

Oneplus Bakal Hadir Dengan Televisyen Pintar Mampu Milik Dengan Kualiti Skrin Yang Hebat

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 279 hits
OnePlus tahun lepas telah melancarkan televisyen mereka ia adalah televisyen pintar premium yang menggunakan skrin QLED Televisyen pula telah dirancang sejak tiga tahun lepas dan akhirnya menjadi realiti Sedar dengan permintaan ramai televi...
Qualcomm Snapdragon 690 Menyokong 5g Untuk Telefon Mampu Milik

Qualcomm Snapdragon 690 Menyokong 5g Untuk Telefon Mampu Milik

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 321 hits
Qualcomm melancarkan cip terbaru iaitu Snapdragon 690 yang menyokong rangkaian 5G sub 6GHz menerusi modem X51 namun tidak menyokong mmWave yang lebih pantas Berbanding Snapdragon 675 Snapdragon 690 membawa peningkatan 20 pada CPU dan 60 pad...
Ibu Di Makassar Ditolak Bersalin Tak Mampu Bayar Tes Corona Bayi Meninggal

Ibu Di Makassar Ditolak Bersalin Tak Mampu Bayar Tes Corona Bayi Meninggal

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 286 hits
Ervina Yana seorang ibu di Makassar harus kehilangan bayi yang dikandungnya setelah ditolak beberapa rumah sakit saat hendak melahirkan Ibu tersebut ditolak karena ia tidak mampu membayar biaya tes COVID 19 yang harus ia lakukan sebelum pro...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri