Tidak Mungkin Muhyiddin Bebas Jika Pm Campurtangan Urusan Mahkamah




Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ditohmah oleh pembangkang kononnya berlaku akibat campurtangan pemimpin tertinggi negara dalam urusan mahkamah.





Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, kritikan seumpama itu amat tidak wajar dan seolah olah mahu menuduh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim campurtangan dalam urusan perundangan, biar pun tanpa mengemukakan bukti.





"Sejak Timbalan PM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan dari 47 pertuduhan, saya melihat pelbagai reaksi. Tidak kurang pelbagai pihak yang menuding jari terhadap PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.





"Saya rasa amat jelik dengan kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dalam kerajaan sendiri yang menuding jari kepada PM tanpa asas kukuh.





"Bila membaca kenyataan-kenyataan ini saya terfikir adakah kita mahu badan kehakiman yang bebas dari campur tangan politik atau kita ingin PM menyalahgunakan kuasanya untuk mencampuri urusan mahkamah?" tanya beliau dalam kenyataan.





Sebaliknya, Razeef berkata, pihak yang terlalu mengaitkan PM dalam perkara itu tidak pernahkah terfikir hujah yang lebih logik. Sekiranya beliau memang mencampuri urusan mahkamah sejak mula berkuasa tentunya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin akan dipastikan masuk penjara.





Maka amat mustahil 4 pertuduhan ke Muhyiddin boleh digugurkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu.





Atau, kata Razeef, pihak yang menuduh itu mempunyai masalah ingatan kerana peristiwa Muhyiddin bebas pertuduhan rasuah masih baharu.





"Mereka lupa bulan lalu Muhyiddin dibebaskan daripada 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta. Di sini jelas PM tidak menyalahgunakan kuasanya untuk menentang seteru politik," tegasnya.





Begitu juga, katanya, Presiden Muda yang mempunyai komen berbeza apabila mahkamah memutuskan DNAA ke atas Zahid kali ini berbanding pembebasan Zahid pada tahun lalu di mahkamah sama.





"Syed Saddiq pada September tahun lalu pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa beliau yakin dengan badan kehakiman selepas Zahid Hamidi bebas dari 40 pertuduhan, namun mengapa hari ini nada beliau berubah?





"Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang dilihat tidak berpuas hati juga panjang lebar bercerita tentang reformasi. Namun adakah beliau sedar ia seolah ingin Perdana Menteri campur tangan urusan mahkamah.





"Apatah lagi pemimpin PN yang dilihat sakan menunggang isu ini sedangkan hanya 2 tahun memerintah, sebanyak 101 kes berprofil tinggi telah digugurkan di bawah pentadbiran kerajaan PN," sinisnya.





Dalam pada itu, Razeef mengingatkan bahawa DNAA ke atas Zahid bukanlah bermakna beliau dibebaskan sepenuhnya.





Katanya, melalui penjelasan Hakim berkait kes Zahid, pihak pendakwaan telah menjalankan kuasa mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan memohon DNAA.





Beberapa alasan diberikan pihak pendakwaan termasuk terdapat keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan alasan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kandungan buku 'My Story: Justice in The Wilderness' oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menyentuh kes Zahid.





Oleh kerana siasatan masih dijalankan dan lanjutan daripada respresentasi yang dikemukakan pembelaan, kata Razeef, adalah wajar bagi pihak pendakwaan memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti representasi dan pihak berkuasa mengambil kenyataan daripada beberapa individu.





"(Dalam hal ini) saya juga melihat beberapa pemimpin politik cuba memesongkan maksud DNAA seolah-olah Zahid telah bebas sepenuhnya dan ini adalah salah.





"(Sedangkan) siasatan masih berjalan dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja menjadi asas keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zahid supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya," kata beliau lagi.





 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/tidak-mungkin-muhyiddin-bebas-jika-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Psap Tawar Diri Tanding Calon Bebas Di Pilihan Raya Kecil Dun Pelangai

Presiden Psap Tawar Diri Tanding Calon Bebas Di Pilihan Raya Kecil Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 261 hits
KUANTAN Presiden Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli menjadi individu pertama menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai pada 7 Oktober depan Me
Pendakwaan Mohon Zahid Lepas Tanpa Bebas 47 Tuduhan

Pendakwaan Mohon Zahid Lepas Tanpa Bebas 47 Tuduhan

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 329 hits
freemalaysiatoday com 04 Sep 2023Bagaimanapun peguam Zahid meminta mahkamah untuk membebaskan presiden Umno itu Zahid Hamidi berdepan 12 pertuduhan pecah amanah lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta r...
Ahmad Zahid Akan Bebas

Ahmad Zahid Akan Bebas

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi agar perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi 47 pertuduhan rasuah pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi diberhen...
Bahang Prk Pelangai Kian Terasa Siapa Aktivis Berani Tawar Diri Tanding Bebas

Bahang Prk Pelangai Kian Terasa Siapa Aktivis Berani Tawar Diri Tanding Bebas

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 272 hits
Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai pada Oktober ini kemungkinan akan turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional Perikatan Nasional dan BEBAS Ia berikutan terdapat desas desus ada calon dari kalangan aktivis akan menawa...
Prk Persaingan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen Pulai Antara Ph Pn Dan Bebas

Prk Persaingan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen Pulai Antara Ph Pn Dan Bebas

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 245 hits
JOHOR BAHRU Kerusi parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil yang akan berlangsung 9 September nanti Pakatan Harapan meletakkan bekas speaker Dewan Undangan Negeri Suhaizan Kayat manakala Perikatan Nasion...
Jangan Campuri Urusan Umat Islam Ppim Ingatkan Arun Malaysia Post 08 09 2023

Jangan Campuri Urusan Umat Islam Ppim Ingatkan Arun Malaysia Post 08 09 2023

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 258 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia mengingatkan Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia agar jangan yang mencampuri urusan umat Islam dinegara ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata ia susulan kenyataan Pengerusi persatuan itu Arun Dorasamy...
Pertembungan Tiga Penjuru Antara Ph Pn Dan Bebas Di Prk Simpang Jeram

Pertembungan Tiga Penjuru Antara Ph Pn Dan Bebas Di Prk Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 267 hits
MUAR Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan Perikatan Nasional dan Bebas sebaik sesi penamaan calon selesai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ...
Selepas Zahid Hamidi Bebas Mampukah Ph Menang Dua Prk Johor Dan Mampukah Anwar Bertahan Lagi Di Pru16

Selepas Zahid Hamidi Bebas Mampukah Ph Menang Dua Prk Johor Dan Mampukah Anwar Bertahan Lagi Di Pru16

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 239 hits
Pertama tamanya sebelum terlupa dan agar dilihat seperti tidak sama bersyukur ingin diucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kerana tidak lagi bergelar kluster mahkamah bermula hari ini Ia berikutan beliau telah ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul