Tidak Menolak Bajet Bukan Bererti Menyokong Pn Yang Tiada Keabsahan




 1. Tak ada sesiapa yang terima bajet 2021 dari blok PH ++ bulat-bulat. Penerimaan awal Bajet peringkat dasar bukan bermakna noktah berakhir. Peringkat jawatankuasa adalah tindakan susulan untuk meneliti setiap perincian kerana asal bajet telah dibuat berbagai perubahan dalam penggulungan Menteri Kewangan.
2. Adapun keputusan untuk ‘stand down’ undi (tak jadi mengundi tolak bajet) dari Ketua Pembangkang, ianya dibuat pada saat akhir semasa penggulungan sedang berlangsung.
3. Perubahan keputusan pada saat akhir menimbulkan berbagai kekeliruan di kalangan MP blok PH ++ sehingga membuatkan MP Pokok Sena mencadangkan usul belah bagi. Sebagai rekod, kelayakan mengundi disyaratkan 15 MP bangun menyokong usul.
4. Oleh kerana ketua-ketua parti menerima arahan ‘stand down’, bilangan 15 MP tidak mencukupi untuk undian, bagi AMANAH tidak semua MP nya berdiri tanda sokongan, dari PKR hanya seorang, DAP seorang manakala yang lain ialah dari Pejuang menjadikan bilangan mereka 13 MP sahaja.
5. Dari sudut etika, MP dari blok PH tertakluk kepada arahan Ketua Pembangkang untuk menyelaraskan tindakan mereka di dewan. Ketua Whip parti masing-masing akan menerima arahan untuk tindakan. Samada arahan saat akhir tidak diterima, atau arahan samar-samar ataupun sengaja dibuat, itu adalah sesuatu yang belum dapat dipastikan.
6. Dalam keadaan demikian, pada pendapat saya, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa tetapi pada waktu yang sama, kita tidak boleh menyalahkan penyokong2 PH dari berasa marah terhadap insiden yang berlaku. Untuk itu, saya secara peribadi memohon maaf jika tindakan kami menimbulkan keresahan, keliru dan marah atas arahan ‘tarik handbrake’ dari menolak bajet 2021 pada saat-saat akhir.
7. Atas garis yang sama, saya perlu bersikap adil untuk memahami mengapakah arahan saat akhir ini bertukar arah. Alasan Ketua Pembangkang secara asasnya bersandarkan kepada keperluan rakyat adalah lebih utama dari keperluan politik di dalam dewan.
8. Hakikatnya inilah yang berlaku…Semasa penggulungan 26hb Nov, Menteri Kewangan ternyata mengalah kepada tuntutan blok PH ++ dan BN backbencher berbanding dari janji-janji dalam pembentangan awal. Antara lain ialah morotorium pinjaman bank hingga Mac 2021, keluaran otomatik KWSP 10ks secara meluas dan pemotongan peruntukan untuk JASA.
9. Penyokong PH perlu memahami, ini adalah antara tuntutan PH dan BN backbencher yang disuarakan dalam perbahasan mereka. Adalah sesuatu yang merugikan jika kita menolak bajet yang tunduk kepada sebahagian kehendak kita. Bayangkan jika PH ++ menolak bajet ini, kita akan dilihat memperbodohkan diri sendiri dan mengundang kemarahan rakyat.
10. Ketua Pembangkang menegaskan bahawa semua pindaan yang disebut oleh Menteri Kewangan perlu diteliti di peringkat jawatankuasa bajet dan tidak menolak kemungkinan membawa usul belah bagi jika perincian tidak mencerminkan pindaan-pindaan yang dijanjikan. Perjuangan Bajet yang benar-benar menfaatkan rakyat belum berakhir. Saya merayu kepada penyokong PH janganlah cepat membuat rumusan dan andaian yang tidak membantu memperkukuhkan kesatuan dalam PH.
Apa sahaja yang berlaku pada 26hb Nov lalu tidak sama sekali menyokong keabsahan (legitimasi) kerajaan PN yang hingga kini tanpa majoriti yang terbukti. Perjuangan lebih besar ialah membawa usul tidak percaya kepada TSMY dan sekaligus mempertahankan demokrasi berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.
DS Dr Mujahid Yusof Rawa/Ahli Parlimen Parit Buntar/Naib Presiden AMANAH/28hb Nov 2020.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/tidak-menolak-bajet-bukan-bererti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpan Emas Ikut Bajet Dengan Gold Accumulation Program

Simpan Emas Ikut Bajet Dengan Gold Accumulation Program

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 315 hits
Simpan emas ikut bajet Public Gold menyediakan satu platform yang lengkap kepada kita bagi memudahkan urusan simpanan dan pelaburan emas kita mempunyai pilihan mengikut bajet kita melalui 3 kaedah mudah 1 Gold Accumulation Program Beli emas...
Berita Terkini Menjelang Pengundian Bajet 2021 Muhiyiddin Semakin Gelabah

Berita Terkini Menjelang Pengundian Bajet 2021 Muhiyiddin Semakin Gelabah

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 330 hits
1 MUHYIDDIN HANTAR AZMIN DAN TENGKU ZAFRUL BERTEMU DENGAN AHLI PARLIRMEN BN MEMUJUK SOKONG BELANJAWAN 2 BN TETAP DENGAN PENDIRIAN ASAL3 BINCANG SOAL KERUSI TETAPI ANNUAR MUSA TIDAK DIBENARKAN MASUK KERANA DIANGGAP ANNUAR MUSA SEBAGAI PEMBEL...
Cara Buat Blueberi Cheese Tart Bajet Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Cara Buat Blueberi Cheese Tart Bajet Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 512 hits
Ada ketika kita teringin nak cuba buat Blueberi Cheese Tart atau Tat Keju Bluberi tapi agak ragu ragu kerana bimbang tidak menjadi Kalau nak beli harga boleh tahan mahal juga Jika keluarga besar memang tak puas makan Bagi anda yang nak cuba...
Muhyiddin Tidak Boleh Bubar Parlimen Jika Kalah Bajet 2021

Muhyiddin Tidak Boleh Bubar Parlimen Jika Kalah Bajet 2021

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 293 hits
Semakin hampir tarikh pengundian Belanjawan 2021 pada 25 November ini suhu politik Malaysia semakin hangat berikutan ketidakpastian kemampuan Kerajaan Perikatan Nasional meluluskan belanjawan itu di Dewan Rakyat Spekulasi kegagalan pentadbi...
Bajet 2021 Jelas Abaikan Barisan Hadapan

Bajet 2021 Jelas Abaikan Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 265 hits
Kami tidur dengan selamat kerana lelaki dan wanita yang bersedia pada waktu malam yang berjaga bertugas pada waktu malam untuk berdepan dengan keganasan yang akan mengancam kita George Orwell Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan dan Kesatuan P...
Kalau Bajet Lulus Pun Kerajaan Meminjam Bayar Gaji

Kalau Bajet Lulus Pun Kerajaan Meminjam Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 248 hits
Ipohmali Kata menteri Banker Jika Belanjawan tidak diluluskan Kemungkinan Kerajaan tak mampu bayar gaji kakitangan awam terutama frontliner Sebenarnya aku bimbang Jika Belanjawan ini diluluskan pun belum tentu tentu kerajaan mampu bayar gaj...
Jika Pn Jatuh Tiada Masalah Pentadbiran Anwar Buat Bajet Baru

Jika Pn Jatuh Tiada Masalah Pentadbiran Anwar Buat Bajet Baru

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 258 hits
Amaran Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa kerajaan menghadapi kesukaran membayar gaji kakitangan awam sekiranya Belanjawan 2021 tidak lulus pada sesi pengundian 26 November ini dianggap mengarut Bagi Ahli Parlimen Selayan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti