Muhyiddin Tidak Boleh Bubar Parlimen Jika Kalah Bajet 2021



Semakin hampir tarikh pengundian Belanjawan 2021 pada 25 November ini, suhu politik Malaysia semakin hangat berikutan ketidakpastian kemampuan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meluluskan belanjawan itu di Dewan Rakyat.
Spekulasi kegagalan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin bertiup kencang apabila Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC), Najib Razak baru-baru ini memberi kata dua kepada kerajaan PN memasukkan syarat penyambungan moratorium pinjaman bank dan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM10,000 andainya Muhyiddin mahu Ahli Parlimen BN memberi sokongan.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, keadaan genting itu mungkin penamat kepada karier politik Muhyiddin selepas 25 November.
Katanya, jika Muhyiddin gagal maka beliau hilang kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dan hanya boleh memilih meletak jawatan.
“Perdana Menteri yang kalah di Dewan Rakyat kerana belanjawan kerajaannya ditolak oleh Ahli-ahli Parlimen hilang kedudukan atau locus standi untuk bertindak sebagai seorang PM yang sah menasihati Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
“Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh itu tiada pilihan lain. Beliau perlu meletakkan jawatan sebagai PM.
“Semua menteri kabinet juga secara otomatik gugur dari jawatan dan Kerajaan PN ikut tumbang,” kata Hassan dipetik.
Menurut beliau lagi, perisytiharan darurat juga tidak boleh dilakukan oleh kerajaan Muhyiddin kerana beliau telah kehilangan hak menasihati Agong sekiranya tewas pengundian belanjawan.
Apatah lagi, kata Hassan, negara tidak menghadapi sebarang situasi mendesak yang membenarkan darurat dikuatkuasakan
“Apabila Belanjawan 2021 ditolak itu bermakna Ahli Parlimen Pagoh kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Beliau sudah tidak ada locus standi sebagai PM untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Kalah dalam pengundian belanjawan tidak boleh dijadikan alasan perisytiharan darurat. Ada tiga sebab utama di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk darurat diisytiharkan.
“Pertama ada ancaman keselamatan negara; kedua ada ancaman terhadap kehidupan ekonomi; dan ketiga ada ancaman terhadap ketenteraman awam.Ketiga-tiga alasan itu tidak wujud sekarang atau pada 26 November nanti.
“Keselamatan Malaysia tidak terancam.Tidak ada tentera asing sedang atau akan menyerang Malaysia. Ekonomi akan terus berjalan walaupun Belanjawan 2021 kalah di Dewan Rakyat. Kilang dan industri berjalan. Bank-bank beroperasi seperti biasa.Rakyat bekerja walaupun setengahnya dari rumah kerana PKPB atau PKPD.
“Ketenteraman awam tidak terancam. Rakyat tidak ada yang berdemonstrasi atau merusuh sekarang. Semuanya akur ikut SOP dan berdisiplin. Jadi tidak ada asas untuk isytihar darurat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Hassan tidak melihat keadaan itu akan menjadikan Malaysia huru-hara atau sebagaimana digambarkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini kakitangan awam tidak dibayar gaji.
Menurut beliau, wujud duluan (presedent) pada 1999 apabila Belanjawan 2000 dibentangkan dan belum diundi tetapi Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU ke-10.
Perdana Menteri yang baharu selepas Muhyiddin, kata Hassan, boleh menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk menasihati Baginda supaya sidang khas Parlimen dipanggil seawal bulan Disember 2020 bagi meluluskan belanjawan di bawah Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara 102 (a) Perlembagaan Persekutuan itu membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan bagi sebahagian tahun 2021 sebelum lulus Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2021 tersebut.
“Pernah berlaku. PRU Malaysia tahun 1999 telah diadakan sebaik sahaja belanjawan dibentangkan pada bulan November. Sebelum Belanjawan diluluskan, Parlimen dibubar dan PRU tahun 1999 diadakan.
“Kerajaan baharu yang dibentuk selepas itu telah menggunakan peruntukkan Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan untuk menguruskan operasi kerajaan dan membayar gaji kakitangan awam,” ujarnya.
Sehubungan itu, Hassan menasihatkan rakyat agar bertenang sekiranya Belanjawan 2021 gagal diluluskan dan kerajaan PN jatuh. Tegasnya, negara boleh ditadbir dengan lebih baik oleh seorang Perdana Menteri baharu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30615

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Minta Muhyiddin Bubar Parlimen Tapi Mkn Nasihat Darurat Kata Sumber

Bersatu Minta Muhyiddin Bubar Parlimen Tapi Mkn Nasihat Darurat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 345 hits
BERSATU bulan lepas sudah memberi mandat kepada Muhyiddin Yassin untuk membubarkan Parlimen sehinggalah Majlis Keselamatan Negara menasihati sebaliknya dan mencadangkan perintah darurat untuk menangguhkan pilihan raya kata beberapa sumber M...
Tanpa Peruntukan Jasa 81j Bajet 2021 Boleh Dianggap Sempurna

Tanpa Peruntukan Jasa 81j Bajet 2021 Boleh Dianggap Sempurna

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 349 hits
Tak perlu menyamun untuk memberi kebajikan kepada rakyat Tak perlu manis dibibir dan rasuah rakyat untuk berlindung bermewah dan shopping sakanHarap momentum ini berterusan Muhyiddin seterusnya akan jadi perfect PM jika tidak mencampuri uru...
Sejarah 1999 Parlimen Bubar Selepas Pembentangan Bajet Ketika Pentadbiran Dr Mahathir Mungkin Berulang

Sejarah 1999 Parlimen Bubar Selepas Pembentangan Bajet Ketika Pentadbiran Dr Mahathir Mungkin Berulang

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 308 hits
Penganalisis politik Prof Sivamurugan Pandian berkata sejarah ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada tahun 1999 boleh berulang kembali Apa terjadi pada tahun 1999 di mana bajet dibentangkan pada 11 Nov pada tahu...
Najib Mendakwa Sokongan Ahli Parlimen Bn Terhadap Belanjawan 2021 Adalah Bersyarat

Najib Mendakwa Sokongan Ahli Parlimen Bn Terhadap Belanjawan 2021 Adalah Bersyarat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu sokongan beliau dan rakan rakan terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau mahu rakyat dibe...
Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan Capai Kata Sepakat Lulus Belanjawan 2021

Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan Capai Kata Sepakat Lulus Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 231 hits
nbsp KUALA LUMPUR Para pemerhati menggesa ahli Parlimen untuk mengetepikan perbezaan mereka dan mencapai kata sepakat untuk meluluskan cadangan Belanjawan 2021 pada sesi pengundian di Parlimen yang dijangka pada 25 November ini nbsp Penguru...
Jumaat 27 November Parlimen Bubar

Jumaat 27 November Parlimen Bubar

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 220 hits
Mengambil kira minggu depan adalah minggu terakhir perbahasan bajet di sambung minggu lagi satu ialah Kementerian menjawab atau Menteri menggulung perbahasan bajet kementerian masing masing maka Khamis 26 November 2020 ialah hari menggulung...
Parlimen Semalam Kita Kuasai Anwar Ibrahim Bajet Ini Adalah Misleading Budget Nampaknya Macam Fi

Parlimen Semalam Kita Kuasai Anwar Ibrahim Bajet Ini Adalah Misleading Budget Nampaknya Macam Fi

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 167 hits
Di Parlimen semalam sewaktu Anwar bahas bajet dan sehingga tamat persidangan jelas kita menguasai dewan Anwar berucap cara beliau bermula dengan tenang tegas dan membawa beberapa fakta dan angka sesekali tajam Di pihak sana hanya seorang ya...
Isu Jasa Dan Belanjawan 2021 Masih Bebas Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang

Isu Jasa Dan Belanjawan 2021 Masih Bebas Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 301 hits
ALOR SETAR Isu menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas dan Belanjawan 2021 masih bebas untuk dibahaskan oleh Ahli Parlimen pembangkang mahupun kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat sehingga 15 Disember depan Menteri di Jabatan Perdana M...
Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parlimen BN berjanji untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini Ahli ahli parlimen Barisan N...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing