Tibanya Bulan Mulia Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Tibanya Bulan mulia Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan | Assalamualaikum. Tinggal kurang tiga minggu lagi Ramadhan akan datang menjenguk kita. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus hidup dibumi Allah. Sedikit mencabar kerana cuaca sekarang amat panas. Aku sendiri baru sahaja pulih dari pening-pening. Memang tunggang terbalik dunia. Ini kali kedua aku kena penyakit pening macam ni. Kalau ikut apa aku baca di internet, ia salah satu simtom vertigo. Malas ke klinik sebab ubat yang doktor beri masih ada. Tapi, walau apa pun perasaan teruja nak sambut bulan mulia, ahlan wa sahlan ya Ramadhan masih meninggi. Jiran-jiran dah pun selesai buat majlis kesyukuran ringkas untuk menyambut puasa



Persiapan Sambut Bulan Ramadhan

Untuk keluarga kecil aku ni, persiapan lebih kepada diri aku sendiri. Tak tahu lah keadaanya nanti. Tahun lepas banyak kali juga aku kecundang sebab masa tu mengandungkan Airis. Bersyukur Agama Islam banyak kelonggaran. Tahun ni harapnya aku dapat puasa penuh, datang bulan tu lain cerita la kan. Menyusu anak kecil sambil berpuasa memang mencabar terutama untuk aku yang kuat makan ni. Bila anak menyusu tu rasanya macam dia sedut segala tenaga. Lemah mak.

Persiapan anak-anak pula aku cuma buat ulangkaji dengan Ikhwan la. Hafal niat puasa, terangkan tentang perkara yang batalkan puasa dan berkaitan. Memandangkan dia dah masuk umur lapan tahun, aku memang galakan dia untuk berpuasa penuh. Hari persekolahan in sya Allah boleh dia survive sebab dia akan termotivate dengan kawan-kawan lain yang berpuasa. Hari cuti je selalunya dia akan buat muka belas kasihan nak berbuka. Harap sangat dia mampu tahan dan belajar.

Persiapan Waktu Sahur

Kalau ikut kan perut suami, dia tak kisah kalau tak makan nasi masa waktu sahur. Bagi dia cukup roti, kurma dan air. Tapi, bagi aku pula memang tak sah kalau tak dapat nasi masa waktu sahur. Nasi kosong dengan ayam goreng pun dah cukup. Pernah aku puasa tanpa sahur, perasaan dia Allah je lah yang tahu. Kalah budak-budak belajar berpuasa.

Tahun ni aku dah sediakan acar ikan masin untuk dimakan waktu sahur nanti. Faham-faham sajalah waktu sahur tu selera pun belum bangun lagi. Acar ni aku beli dari Mimilicious. Acar yang setiap kali Ramadhan je dia akan keluar. Rasa dia masin, masam, manis. Bila makan dengan nasi panas memang sedap. Acar ni nama dia Acar Ikan Masin Utara. Meriah dengan ikan masin, bawang, lada dan bahan-bahan lain. Memang terbaik. Kalau korang teringin nak beli boleh contact no dekat bawah ni.



Mimie Mnoor www.wasap.my/60192234650

Acar Ikan Masin Utara
Sambal Ijooo Pedas Berapiii
Sambal Garenggg Power
Sambal Itam Mak Ngah Garang
Serunding Ayam Makkk Kaww
Serunding Daging Makkk Kaww
Bahulu 💯Tahun
Karipap Moncet Serunding IKan

Buka Puasa Di Kampung

In sya Allah kalau tiada aral melintang niat nak berbuka dengan mak dekat kampung. Atleast kena ada sekali la bebruka dengan mak dan apak. Sementara mereka masih ada, nak guna peluang sebaik mungkin. Memandangkan hanya boleh balik masa hujung minggu jadi kena susun jadual sebaik mungkin. Urusan beli baju raya dah hampir selesai. Sengaja siapkan awal supaya tak terkejar masa bulan puasa. Tahun ni giliran beraya di rumah mak sebelah suami. lepas tu baru balik ke Pahang. Giliran rumah siapa pun yang penting kami gembira.

Sekadar semakan sebelum Ramadhan, mak dah awal-awal ingatkan tentang bayaran fidyah puasa arwah abah. Memang jadi amalan bulanan kami adik beradik, beri sumbangan untuk majlis tahlil dan bayarkan fidyah puasa arwah abah. Moga usaha tak seberapa kami diterima oleh Allah. Macam tahun sebelumnya, aktiviti sedekah mas bulan puasa aku agak terhad. Plan tak berapa nak kena jadi asyik lupa. Jadi tahun ni aku nak tukar cara sedekah pula. Selalu payah nak derma online jadi tahun ni aku nak buat tabung khas untuk sedekah. Cukup seminggu aku akan keluar sedekah. Itu rancangan awal la. Moga tercapai la hendaknya.


Sebelum aku akhiri entri sambut puasa ni, aku nak ucapkan selamat menyambut puasa untuk semua pembaca blog aku. Terima kasih kerana masih sudi singgah. Semoga ukhwah kita akan kekal dan moga nanti di akhirat kelak nama kita disebut untuk perkara yang baik-baik. in sya Allah. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/04/tibanya-bulan-mulia-ahlan-wa-sahlan-ya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Bersedia Ke Untuk Ketibaan Bulan Ramadhan

Dah Bersedia Ke Untuk Ketibaan Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 320 hits
Hye semua Hari ni dah masuk 15 April April dah oiii Apa je la yang saya dah buat tahun ni Rasa macam tak de apa ni Kalau masuk sekolah ni mesti saya lah orang paling sikit dapat sticker bintang Dan mungkin juga yang tak dapat langsung stick...
Sajian Tradisi Buffet Bersempena Dengan Bulan Ramadhan Di The Wembley Penang

Sajian Tradisi Buffet Bersempena Dengan Bulan Ramadhan Di The Wembley Penang

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 458 hits
Assalamualaikum Holla Entri Ramadhan buffet lagi Yeah Bulan Ramadhan bakal tiba dalam masa beberapa hari saja lagi Tak sabar rasanya kan Apa yang hampa dah siapkan menjelangnya Ramadhan ni Jangan cakap la pasal baju raya kuih raya etc Maksu...
Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440h

Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440h

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 819 hits
As Salam Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440H Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal kita lalui Entah sampai entahkan tidak Allahuakbar Ya Allah pilihlah kami dalam kalangan hamba Mu yang mendapat rahmat p...
Seminar Penyusuan Di Bulan Ramadhan 1 Mei 2019

Seminar Penyusuan Di Bulan Ramadhan 1 Mei 2019

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 485 hits
Assalamualaikum Bulan Ramadhan bakal menjelma Persoalan persoalan di bawah ini pasti bermain di fikiran si ibu yang menyusukan anak kecil mereka Laratkah nanti saya berpuasa Cukupkah
Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 422 hits
Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi nak puasa kan Inilah bulan yang ditunggu tunggu untuk tingkatkan amal ibadat kita Jadi kita haruslah kekal cergas bertenaga ketika berpuasa di bulan Ramadhan Ini supaya kita dapat berpuasa...
Hukum Berkumur Ketika Wuduk Bulan Ramadhan

Hukum Berkumur Ketika Wuduk Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 386 hits
Jom dengar penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus Semoga manfaat untuk kita masuk Ramadhan tahun ini
Bolehkah Saya Berniat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadhan Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan Kl

Bolehkah Saya Berniat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadhan Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan Kl

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1243 hits
As Salam Bolehkah Saya Berniat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan KL Teringat masa kecik dulu time baru belajar berpuasa arwah abah akan ajar saya niat puasa sebulan dan akan mengingatkan saya supaya mempe...
Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2019

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2019

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 518 hits
Tarikh melihat anak bulan cara penetapan dan tarikh permulaan bulan puasa Ramadan Berikut adalah maklumat mengenai tarikh melihat anak bulan Ramadan tarikh mula puasa serta info mengenai cara yang digunakan Malaysia untuk penetapan tarikh b...
4912 Program Marhaban Ya Ramadhan 1440h Ppim 29 4 19

4912 Program Marhaban Ya Ramadhan 1440h Ppim 29 4 19

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 317 hits
Ketua Aktivis PPIM toqqi menghadiri Program Marhaban Ya Ramadhan 1440H 2019M Ramadhan Tanpa Pembaziran bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand