Bolehkah Saya Berniat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadhan Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan Kl


As Salam,Bolehkah Saya Berniat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan? Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan KL -Teringat masa kecik dulu, time baru belajar berpuasa, arwah abah akan ajar saya niat puasa sebulan dan akan mengingatkan saya supaya memperbaharui niat setiap hari setiap kali sebelum tidur sebelah malamnya. Zaman kecil saya memang banyak dihabiskan dengan arwah abah berbanding mak.Kira saya lebih close dengan arwah abah

Ramadan Qareem
Kini, giliran saya pula menjadi ibu dan bila hampir Ramadhan ni, banyak ilmu berkaitan puasa kena rujuk balik.Kali ini saya nak kongsikan salah satu permasalahan atau kemusykilan yang sering ditanyakan oleh orang awam tentang Hukum berniat puasa sebulan di bulan Ramadhan, adakah dibolehkan?
Sumber Infografik : Koleksi Infografik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Ini Penjelasan Yang Berbahagia, Sohibus Somahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-BakriMufti Wilayah Persekutuan :Jawapan:Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda ﷺ
Niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat. Firman Allah ﷻ:وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”

(Al-Bayyinah: 5)
Begitu juga dengan sabda Nabi ﷺ:إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِMaksudnya: Hanyasanya perbuatan-perbuatan itu dengan niatRiwayat Al-Bukhari (1)
Syarat-Syarat Niat
Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:
1. Al-Jazm (الجزم): yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu

2. Al-Ta’yiin (التعيين): iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa

3. Al-Tabyiit (التبييت): menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ riwayat Hafsah R.Anha:
مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut)

Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih

Adakah perlu memperbaharui niat pada setiap malam atau berpada dengan niat 30 hari sekaligus dipermulaan niat

Ini merupakan antara permasalahan yang sering timbul dikalangan masyarakat Islam dan menurut pembacaan kami, para ulama’ telah terbahagi kepada dua pendapat di dalam permasalahan ini:
• Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat. Ianya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar

• Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu

TarjihBerdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka kami katakan tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam
Wallahu a’lam

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah PersekutuanSemoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Ustaz dan dapat terus menabur ilmu kepada kita semua.aamin.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-BakriMufti Wilayah Persekutuan
7 Jun 2016 bersamaan 2 Ramadhan 1437H


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/04/bolehkah-saya-berniat-puasa-sebulan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 731 hits
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian Saya pasti ramai diantara tidak mengetahui sejarah permulaan disyariatkan puasa ramadhan atau dalam erti kata mudah bilakah umat islam mula diwajibkan be...
Tinggal Puasa Sebulan Sebab Bersalin Apa Nak Buat Kalau Tak Sempat Ganti Ini Penjelasan Mufti Wp

Tinggal Puasa Sebulan Sebab Bersalin Apa Nak Buat Kalau Tak Sempat Ganti Ini Penjelasan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 314 hits
Siapa yang due date mereka sekitar bulan Ramadhan nanti mesti dah terfikir bagaimana agaknya mereka nak kena ganti puasa Mana tidaknya bersalin ketika bulan Ramadhan biasanya menyebabkan ibu ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dapat me...
Mufti Wilayah Tangani Masalah Aqidah Rakyat Tepati Syariat Al Hamdulillah

Mufti Wilayah Tangani Masalah Aqidah Rakyat Tepati Syariat Al Hamdulillah

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 290 hits
Zulkifli Mohamad Al Bakri mendengar taklimat mengenai operasi pencarian Mohamad Ashraf Hassan di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang Gopeng Perak pada Selasa Gambar Astro AWANI Usaha mencari Acap perlu tepati syariat tidak pohon denga...
Semarak Rasa Ramadhan Di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung

Semarak Rasa Ramadhan Di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 881 hits
Semarak Rasa Ramadhan di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung Assalamualaikum dan salam sejahtera Beberapa hari lepas Sha berpeluang merasai buffet Ramadhan yang disediakan oleh Hotel Tower Reg...
Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan Puasa

Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1048 hits
Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan PuasaSekaya Telur antara kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan
5 Tips Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa

5 Tips Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 579 hits
Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan Tetapi ada juga yang mendapat kesan di sebaliknya Selepas sebulan berpuasa berat badannya naik dengan mendadak Seperti ...
Hukum Puasa Selepas Separuh Bulan Syaban

Hukum Puasa Selepas Separuh Bulan Syaban

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 646 hits
Berkenaan isu yang akan dibincangkan adalah satu isu yang penting yang sering menjadi persoalan dan perbincangan oleh sebahagian individu apabila menghampiri bulan Ramadhan Untuk itu Irsyad al Hadith pada kali ini akan membincangkan berkait...
Ada Resepi Air Soya Tak Tuan Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La

Ada Resepi Air Soya Tak Tuan Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 896 hits
Mestilah ada Bukan setakat air soya saya boleh bagi 20 RESEPI AIR BALANG termasuk resepi AIR HOT masa kini iaitu
Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 415 hits
Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi nak puasa kan Inilah bulan yang ditunggu tunggu untuk tingkatkan amal ibadat kita Jadi kita haruslah kekal cergas bertenaga ketika berpuasa di bulan Ramadhan Ini supaya kita dapat berpuasa...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa