Tiba Tiba Dengar Bunyi Tak Tak Tak Makhluk Hitam Bertanduk Anaknya Asyik Kacau Penyewa Tak Senang Duduk


Walaupun tak dapat dilihat dengan mata kasar, kita perlu mengakui wujudnya makhluk lain di sekeliling kita. Oleh itu, kita perlu menjaga segala perlakuan dan saling menghormati atas bumi yang dikongsi bersama ini.
Namun, bagaimana pula jika kita tidak melakukan apa-apa provokasi, namun tetap diganggu? Seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya diganggu di rumah yang baru disewa di Wangsa Maju.
Pengalamannya telah dikongsi laman Orang Wangsa Maju. Jom baca.
Rumah Flat Tingkat 5 Niat di hati, aku dan adik-adik aku nak sewa sebuah rumah kononnya. Tak nak duduk ramai-ramai sangat. Nak duduk dalam empat orang sahaja. Jadi ambil la keputusan nak sewa rumah flat. Memang gembiralah sebab masa itu memang dah terdesak sangat nak pindah sebelum hujung bulan.
Nak tengok dalaman rumah itu memang tak sempat sebab owner cakap, penyewa yang di rumah itu keluar tepat pada hujung bulan. Jadi, kami pun tak kisahlah kan. Kalau ada orang tinggal dalam rumah itu, mestilah bersih saja, kan?
Jadi, kami pun angkatlah barang-barang semua pada sebelah malam sebab petang itu owner kata nak bersihkan rumah dulu sebelum beri kami masuk. Memang lambatlah kami masuk rumah itu.
Tapi aku tak duduk rumah itu lagi. Adik aku dan seorang kawan saja yang kemas-kemas dan duduk di rumah itu. Siap pindahkan perabot TV. Wah! Rajin dan komited sungguh diorang berdua.
Ruma sewa kami itu di tingkat 5, tingat teratas. Tak ada lif, maklumlah flat saja kan? Ada dua bilik, 1 bilik air, dapur dan balkoni di belakang. Jiran rumah sebelah ini orang Bangladesh. Jarang tengok diorang sebab kerja syif. Jiran sebelah kanan pula, makcik yang tinggal dengan anaknya.
TAK.. TAK.. TAK.. bunyi tapak kaki Gambar hiasan. (Kredit: Long Island Press) Keseramannya bermula pada malam yang pertama kali aku tidur di rumah itu. Aku dah penat mengemas rumah di siang hari, tepat jam 12 aku pun nak masuk tidur dengan adik-adik aku.
Kami tak berani tidur secara berasingan. Jadi, kami empat orang tidur di katil queen dalam bilik di belakang. Bilik di depan kosong, aku tak tutup lampu luar dan terus masuk bilik nak tidur.
Tiba-tiba aku dengar bunyi ‘TAK.. TAK… TAK..” bunyi tapak kaki seperti kaki budak. Bunyinya tak kuat tetapi jelas kedengaran.
Mula-mula aku buat tak tahu tetapi lama kelamaan, aku dah macam tak boleh nak abaikan bunyi itu. Aku tengok adik aku pun macam tak tidur lagi, jadi aku cakap dengan dia.
“Dengar tak bunyi tu?”
“Biar je la,” adik aku kata.
Tetapi aku memang tak boleh nak abaikan bunyi itu. Semakin lama, aku jadi semakin takut pula. Aku suruh adik aku telefon kawan suruh temankan kami.
Lama juga baru kawan dia sampai. Kemudian bunyi itu dah tak ada. Kami semua borak di ruang tamu sampai jam 4 petang. Masa tu, semua dah mengantuk, esok paginya kena pergi kerja. Kami berempat pun masuk tidur di bilik. Kawan dua orang tidur di ruang tamu. Aku tidur paling hujung sekali.
“Kaki aku macam ditarik..” Masa itu memang panas gila. Masa aku tidur, asyik terkejut saja dan berdebar tiba-tiba. Aku memang mengantuk sangat sampai malas nak fikir benda itu. Tetapi aku berdebar-debar, tak tahu kenapa. Kuat pula tu.
Selepas itu kaki aku macam ditarik, sampaikan kaki aku jadi lurus. Aku terkejut dalam tidur tu.
Pastu aku tengok kawan aku yang tidur di sebelah, dia gerakkan kaki dan tiba-tiba buka mata macam terkejut. Sama juga dengan seorang lagi adik aku. Tiba-tiba saja dia luruskan kaki masa tidur. Aku tanya dia kenapa, dia kata tak ada apa-apa. Selepas itu aku pun sambung tidur.
Keesokan harinya, aku cerita kat kawan dan adik. Dia pun cakap benda yang sama. Aku dah agak seram dah. Benda itu main-main pula. Seorang adik aku kata, dia tak ada apa-apa cuma dia bermimpi lembaga hitam berambut panjang dan ada lembaga kecil.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Dengar suara orang menjerit Kebetulan ada seorang kawan pejabat yang adiknya pandai melihat benda-benda ghaib ini. Diorang pun datang ke rumah, buat bacaan Yassin semua. Masa diorang sampai dan nak mula bacaan yassin, tiba-tiba bunyi pintu tertutup kuat. Tapi ada ada pintu buka pun masa itu. Kami buat tak tahu.
Selesai bacaan Yassin, mulut adik itu terkumat-kamit membaca ayat Quran. Muka dia merah saja dan memandang ke satu arah.
Aku agak dia nampak benda itu. Dia tutup mata, tapi riak mukanya seperti nampak ‘benda’ yang menakutkan. Dia suruh kami pagar rumah tiga malam berturut.
Kami pun cuba buat. Masa maghrib itu, kitorang nak pagar rumah guna air yang sudah dibaca yassin.
Adik aku terdengar suara orang menjerit ketika tabur air itu di dinding. Kawan aku pula, hujung jari kakinya terasa sakit sangat. Aku pula tak mengalami apa-apa masalah. Gambar hiasan. (Kredit: Camera Viscera) Keesokannya di pejabat, seorang kawan sekerja ada makciknya yang boleh tolong tengokkan rumah sewa kami. Dia telefon makcik dia dan tanya rumah kami di mana. Tiba-tiba makcik itu kata,
“Rumah itu ada lembaga hitam bertanduk dan dua anak. Seekor itu betina, seekor lagi jantan. Yang betina itu macam baby lagi. Yang jantan pula suka main keliling rumah.”
Katanya, kami masuk rumah dan kemas rumah. Kitorang asyik terlanggar anak dia. Sebab itulah benda itu marah.
Aku terkejut juga sebab makcik itu tau ada ‘benda’ di rumah itu. Katanya benda itu duduk di bilik yang gelap sikit. Aku tak fikir lagi bilik yang kami duduk itu, tetapi memang di bilik itulah sebab kawan aku ternampak juga benda-benda itu akhir-akhir ini masa kami duduk situ. Seram.
Kami takut nak balik ke rumah. Rasa macam tak boleh nak tinggal di rumah itu lagi. Kami tidur di hotel yang berdekatan dengan Wangsa Maju, hotel murah-murah saja.
Tak kisahlah, yang penting ada tempat untuk tidur. Rasa nak menangis juga masa itu sebab macam orang tak ada rumah, kan? Aku dengan kawan balik rumah ambil baju saja la.
Satu hari aku dan kawan balik ke rumah. Tiba-tiba makcik rumah sebelah itu tegur sebab dia kata jarang nampak kami di rumah. Aku pun beritahu kami tidur di rumah kawan sebab tak nak dia fikir yang bukan-bukan. Tapi dia yang mula bertanya.
“Ada apa-apa tak kat rumah?” soal makcik itu. “Ada apa makcik? Makcik tahu ke?” soal aku.
Selepas itu, dia pun ceritakan tentang penyewa yang sebelum ini pernah nampak lembaga hitam di di bilik belakang. Aku pun dah agak, mesti ada orang yang tahu tentang rumah itu tetapi owner tak nak mengaku.
Akhirnya dia caj kami mengikut caj sewa beberapa hari kami tinggal di rumah itu. Kami pun ambil keputusan nak cari rumah lain, tak kisahlah di mana. Akhirnya Alhamdulillah kami dapat cari rumah lain.
Rumah flat itu dengar kata, ada orang lain yang nak sewa dan penyewa barunya adalah lelaki. Mungkin penyewa lelaki tidak kisah duduk serumah dengan benda itu atau diorang boleh keluarkan benda itu dari rumah.
Itulah pengalaman yang aku tak boleh lupakan.
Sumber: Orang Wangsa Maju


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/01/tiba-tiba-dengar-bunyi-tak-tak-tak-makhluk-hitam-bertanduk-anaknya-asyik-kacau-penyewa-tak-senang-duduk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tengah Solat Dengar Bunyi Kuat Dari Dapur Rupanya Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh

Isteri Tengah Solat Dengar Bunyi Kuat Dari Dapur Rupanya Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 515 hits
Semalam dilaporkan bahawa seorang lelaki warga emas telah dijumpai mati tertimbus selepas rumahnya di Kampung Teras Ijok dekat Baru Kurau dihempap tanah runtuh dalam kejadian kira kira pukul 6 petang Menurut Ketua Polis Daerah Selama DSP Mo...
Cakap Elok Elok Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

Cakap Elok Elok Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 488 hits
Tidak suka ikut apa yang diarahkan tetapi meniru apa yang ditunjukkan atau dilihat pada sekeliling Mendidih didih kemarahan ibu ayah dibuatnya kerana apa yang disuruh tidak dibuat Jom periksa 5 perkara ini Menurut Wan Roslina Wan Yusoff Psi...
Pernah Dengar Lagu Nursery Rhymes Ini Sejarah Hitam Disebaliknya Sebelum Jadi Lagu Kanak Kanak

Pernah Dengar Lagu Nursery Rhymes Ini Sejarah Hitam Disebaliknya Sebelum Jadi Lagu Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 342 hits
Sapa yang tidak kenal lagu lagu Nursery Rymes Hampir semua kanak kanak membesar dengan lagu lagu ini antaranya Baa Baa Black Sheep Three Blind Mice Ring Around The Rosie Puan Eleena M dalam satu bebenang di Twitternya telah berkongsi tentan...
6 Zodiak Yang Punya Manajemen Waktu Kacau Balau

6 Zodiak Yang Punya Manajemen Waktu Kacau Balau

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 209 hits
6 Zodiak yang selalu kesulitan mengatur waktu dua di antaranya adalah Scorpio dan Leo
Sepi Demo Aparat Asyik Nyawer Biduan Di Dpr

Sepi Demo Aparat Asyik Nyawer Biduan Di Dpr

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 256 hits
Penyanyi dangdut Irma Darmawangsa menghibur anggota TNI Polri di halaman Gedung DPR RI Jakarta Jumat Para artis tersebut menghibur Polri dan TNI yang bertugas mengamankan pelantikan Presiden dan wakil Presiden Sumber
8 Pria Di Jembrana Dibekuk Polisi Saat Asyik Pesta Ganja

8 Pria Di Jembrana Dibekuk Polisi Saat Asyik Pesta Ganja

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 238 hits
Dari penangkapan tersebut petugas berhasil mengamankan barang bukti berupa daun batang dan biji ganja kering serta ganja cair hasil olahan pelaku dengan total berat mencapai 2 kg
Kpn Asyik Tukar Pegawai 29 000 Kertas Siasatan Jenayah Belum Selesai

Kpn Asyik Tukar Pegawai 29 000 Kertas Siasatan Jenayah Belum Selesai

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 254 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi amaran bahawa setiap fail siasatan yang dibuka tidak boleh dianggap lapuk dan bukan senang untuk dibuang Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 6 Nov Sejumlah 29 000 kertas siasatan melibatkan kes kes jenayah ...
Makan Banyak Macam Membela Ibu Menyusu Memang Asyik Mengunyah Hanya Yang Bf Akan Faham

Makan Banyak Macam Membela Ibu Menyusu Memang Asyik Mengunyah Hanya Yang Bf Akan Faham

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 345 hits
Apabila seseorang wanita itu menyusukan bayinya adalah normal jika selera makannya bertambah Sekejap sekejap pasti mencari makanan untuk dikudap Itu adalah perkara biasa Orang sekeliling seharusnya memahami situasi ini terutamanya si suami ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je