Tiba Masa Bina Semula Umno Khairy Harap Parti Tak Diheret Dalam Kes Najib

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa  parti itu melakukan proses rejuvenasi, susulan sabitan bersalah ke atas  bekas presidennya, Najib Razak atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta  dana SRC International.
Menteri sains, teknologi dan inovasi itu berharap Umno tidak diheret  sekali dalam kes membabitkan Najib yang dijatuhkan hukuman 12 tahun  penjara dan denda RM210 juta.
“Walaupun beliau masih ada ruang merayu, ini adalah suatu keputusan  yang memberi kesan besar kepada Umno. Saya yakin ahli-ahli Umno akan  terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana  individu di dalam parti.
“Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat Umno ini dan untuk  kita melihat suatu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa  parti ke era baru,” tulisnya di blognya hari ini.
     Najib didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah  guna kuasa dan 3 dakwaan pengubahan wang, selepas kerajaan Barisan  Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun  dan denda RM210 juta atas kesalahan penyalahgunaan kuasa atau tambahan 5  tahun penjara.
Bekas perdana menteri berusia 67 tahun itu turut dijatuhkan hukuman  penjara 10 tahun bagi setiap satu daripada 3 pertuduhan pecah amanah dan  pengubahan wang.
Hakim mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak yang  bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun. Tiada denda  dikenakan atas pertuduhan pengubahan wang.
   Najib ialah bekas perdana menteri pertama yang dibicarakan dan  disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika  memegang jawatan itu. 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/tiba-masa-bina-semula-umno-khairy-harap.html