Keputusan Najib Bersalah Umno Tentukan Hala Tuju Kerajaan Pn Dalam Masa Terdekat Kata Zahid




Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu "keputusan politik besar" susulan keputusan kes mahkamah Najib Razak hari ini.

Zahid berkata demikian selepas mahkamah mendapati Najib bersalah dalam tujuh tuduhan termasuk salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

"Saya amat simpati dan berasa sedih bukan hanya sebagai seorang presiden Umno, yang paling penting, beliau adalah sahabat saya. Tapi ini bukan penghujung dunia.

"[...] Namun, tentunya kita akan mengambil sesuatu keputusan politik yang agak besar hasil daripada keputusan (mahkamah) yang dibuat hari ini," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Zahid juga meminta ahli parti agar "berlapang dada" terhadap keputusan yang dibuat oleh parti berhubung perkembangan kes Najib ini.

"Dan saya harap kita berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap apa juga keputusan yang akan dibuat oleh parti," katanya.

Dalam kenyataan berasingan di Facebook, Zahid meminta semua pucuk pimpinan parti di semua peringkat dan ahli-ahli parti serta penyokong bertenang.

Kata Zahid dalam kenyataan itu, pihaknya percaya Najib masih ada ruang untuk mendapatkan keadilan melalui proses perundangan negara.

"Saya turut bersedih dengan keputusan ini dan yakin Najib seorang yang cekal dan tabah," katanya.
Citra baru
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan bahawa perkara yang berlaku hari ini sebagai satu lipatan sejarah untuk diambil iktibar.
Jelasnya, pemuda Umno akan maju ke hadapan dengan "citra baru".
"Pemuda Umno akur dan menghormati keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan Najib bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan meliputi salah guna kuasa, pecah amanah dan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International.
"Dalam masa yang sama, bagi Pemuda Umno, kami akan terus maju ke hadapan dengan citra baharu untuk memastikan agenda perjuangan yang masih belum selesai untuk membela kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara.
"Dengan menjadikan segala episod ini sebagai satu lipatan sejarah untuk diambil iktibar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib hari ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Tambah Asyraf berkata, walaupun Pemuda Umno sedih dan simpati dengan Najib, mereka menghormati kecekalan bekas presiden Umno itu.
"Pemuda (Umno) yakin Najib masih ada peluang dan ruang mendapatkan keadilan melalui proses perundangan negara hingga ke peringkat yang tertinggi.
"Pemuda Umno amat menghormati sifat cekal dan tabah Najib yang konsisten sejak daripada awal mahu membersihkan diri beliau melalui proses perundangan di mahkamah.
"...Dan keengganan beliau untuk tidak mahu mengheret parti dan rakyat dalam kes-kes pertuduhan yang dihadapinya," katanya lagi.
Najib hari ini disabitkan atas tujuh tuduhan - satu tuduhan penyalahgunaan kuasa, tiga pengubahan wang haram dan tiga lagi pecah amanah - berkaitan dengan dana SRC, yang merupakan bekas syarikat subsidiari 1MDB.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/keputusan-najib-bersalah-umno-tentukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akur Keputusan Umno Kata Najib

Akur Keputusan Umno Kata Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 324 hits
Najib berkata beliau sedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat Umno susulan penghakiman hari ini Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan pendirian secara terbuka Umno itu sejajar prinsipnya sendiri dirinya Tak tahu tapi saya ini orang ...
Nak Ke Najib Zahid Dengar Kata Ku Li

Nak Ke Najib Zahid Dengar Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 286 hits
Berkorban jika sayangkan orang Melayu itu pesanan diberi ahli politik kanan Umno Tengku Razaleigh Hamzah kepada dua orang kuat parti berkenaan ketika ini Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi Kata Tengku Razaleigh kedua dua mereka perlu melaku...
Beri Jalan Kepada Orang Lainlah Kata Ku Li Pada Zahid Dan Najib

Beri Jalan Kepada Orang Lainlah Kata Ku Li Pada Zahid Dan Najib

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 357 hits
Berkorban jika sayangkan orang Melayu itu pesanan diberi ahli politik kanan Umno Tengku Razaleigh Hamzah kepada dua orang kuat parti berkenaan ketika ini Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi Kata Tengku Razaleigh kedua dua mereka perlu melaku...
Keputusan Kes Src Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Tujuh Pertuduhan

Keputusan Kes Src Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Tujuh Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 342 hits
334 total views 334 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap ketujuh tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana S...
Walau Apa Pun Keputusan Mahkamah Ia Tidak Berakhir Kata Najib

Walau Apa Pun Keputusan Mahkamah Ia Tidak Berakhir Kata Najib

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berkata walau apa pun keputusan esok ia bukanlah penamat buat dirinya menjelang keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan beliau Najib berkata seki...
Video Kalau Umno Tak Keluar Pn Zahid Akan Senasib Najib

Video Kalau Umno Tak Keluar Pn Zahid Akan Senasib Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 333 hits
Ahli Parlimen Umno diingatkan agar berani bertindak untuk keluar daripada Perikatan Nasional Perkara ini ditegaskan oleh seorang penyokong Dato Seri Najib di luar perkarangan mahkamah yang berhimpun menyatakan sokongan terhadap mantan perda...
Zahid Umno Bn Tetap Kekal Sokong Kerajaan Perikatan Nasional

Zahid Umno Bn Tetap Kekal Sokong Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Ahli Parlimen Barisan Nasional kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi Pengerusi BN itu berkata UMNO membuat keput...
Keputusan Najib Bersalah Gugat Kerjasama Pn

Keputusan Najib Bersalah Gugat Kerjasama Pn

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM 27 JULAI Sebarang keputusan mahkamah kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad esok meletakkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam risiko politik Berdasarkan sumber dan penganalisis jika keputusan be...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Apom Balik Di Majlis Kenduri Abang

Tak Sampai Sebulan Dilahirkan Ain Edruce Sebak Anak Diserang Virus Rsv

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh