Tiap Kali Sakit Tanya Bila Tangan Nak Dipotong Ibu Rayu Doakan Neddim


Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya mendoakan anak saya cepat sembuh dan tidak perlu lagi menanggung kesakitan yang dialaminya kini.”
Itu luah Shahidatul Akma Sharin, 26, yang tersentak naluri keibuannya apabila setiap kali anak tunggalnya Muhammad Awal Neddim Muhammad Shahril, 4, merintih kesakitan.

Muhammad Awal Neddim menderita Hemangioma (Venous Malformation) iaitu sejenis penyakit salur darah tersumbat.
Mula perasan ketika usia 8 bulan
Menurut Shahidatul Akma, ibu jari pada tangan kanan anak kesayangannya itu mulai membengkak dengan mendadak sejak dua bulan lalu dan kerap sakit.
Hanya dengan benjolan kecil “Anak saya sudah menghidap penyakit ini sejak dia berusia lapan bulan lagi dan kami sentiasa ke hospital bagi rawatan susulan.
“Namun, sebelum ini anak tidak mengadu sakit dan saya fikir ia akan hilang dengan sendiri.
“Tanpa disangka semuanya berubah apabila jari anak membengkak dengan mendadak sehingga sebahagian besar tapak tangannya bertukar biru dan menyakitkan.

“Hinggakan anak saya bertanya bila tangannya akan dipotong kerana dia tidak tahan lagi dengan kesakitan yang ditanggung.
“Saya hanya mampu sapukan minyak bidara dengan harapan kesakitan itu hilang,” katanya.
Tak mampu bermain dengan rakan sebaya
Kata Shahidatul Akma lagi, dia sedih apabila melihat anaknya tidak mampu bermain seperti kanak-kanak sebaya yang lain dan hanya termenung dari jauh.
“Anak saya teringin untuk bermain basikal, namun keadaan tangannya membataskan pergerakan dan dia hanya mampu mengusung basikal.
“Dia beritahu saya ‘tidak mengapa mama, adik tak marah. Adik gembira dapat usung basikal’.
“Jika rakan sebayanya bermain permainan yang menggunakan tangan, anak akan gunakan mulut. Luluh hati saya melihat keadaannya begitu,” katanya.
Shahidatul yang juga suri rumah berkata, doktor yang merawat anaknya di Hospital Selayang tidak dapat memberikan jaminan sekiranya tangan anaknya boleh diselamatkan sekali gus terpaksa menanggung risiko kudung.“Ya, sebagai seorang ibu tidak dinafikan saya tidak sanggup tangan anak dipotong. Tapi itu bukan keputusan saya, Allah SWT yang lebih berkuasa dan Maha Mengetahui.
 
“Jika saya halang sekali pun, anak saya yang terpaksa menanggung sakit. Namun, saya akan sedaya upaya mencari alternatif untuk menyelamatkan tangan anak supaya dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik,” katanya.
Harap doa dari orang ramai
Katanya, dia tidak tahu apakah nasib yang bakal menimpa anaknya, namun dia percaya dengan kuasa doa dan berharap semua rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk anaknya.
“Doa adalah senjata umat Islam. Saya percaya jika kita berdoa, Allah akan bantu. Walau dengan apa cara sekalipun, saya percaya Allah akan mendengar doa hamba-Nya yang memerlukan.
“Saya merayu tolonglah doakan anak saya. Saya betul-betul mahukan dia hidup senormal mungkin seperti kanak-kanak lain dan tidak perlu menghadapi ujian seberat ini,” katanya.
Katanya lagi, dia turut kesal apabila terdapat pihak yang sengaja mengambil kesempatan ke atas penderitaan Muhammad Awal Neddim dengan menjual makanan kesihatan tambahan kepadanya seolah itu adalah penawar kepada penyakit berkenaan.
Penderitaan adik Muhammad Awal Neddim turut mendapat perhatian ramai, termasuk pakar perubatan dari Hospital MSU selepas kisahnya tular di laman Facebook kelmarin.
Difahamkan, pakar perubatan daripada hospital berkenaan sanggup menanggung keseluruhan kos rawatan kanak-kanak berkenaan dan akan berjumpa dengan keluarga berkenaan pada Isnin depan.
Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Shahidatul Akma di talian 016-2802454.
Sumber: Harian Metro & FB Shahidatul Akma Sharin
The post “Tiap Kali Sakit Tanya Bila Tangan Nak Dipotong.” Ibu Rayu Doakan Neddim appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tiap-kali-sakit-tanya-bila-tangan-nak-dipotong-ibu-rayu-doakan-neddim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 3 Bulan Dijaga Pengasuh Muka Anak Berbirat Patutlah Tiap Kali Hantar Nak Nangis

Baru 3 Bulan Dijaga Pengasuh Muka Anak Berbirat Patutlah Tiap Kali Hantar Nak Nangis

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 494 hits
Kes penderaan anak asuhan seolah olah seperti satu trend sejak kebelakangan ini Boleh dikatakan ada sahaja kisah bayi atau kanak kanak yang diperlakukan dengan kejam hingga meninggalkan kesan kecederaan dan trauma dalam diri mereka Mungkin ...
Memang Nervous Pertama Kali Nak Bersalin Doktor Ini Kongsi Tip Berguna Panduan Buat Ibu Baru

Memang Nervous Pertama Kali Nak Bersalin Doktor Ini Kongsi Tip Berguna Panduan Buat Ibu Baru

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 395 hits
Bagi ibu yang pertama kali hamil dan bakal melahirkan semuanya pasti rasa kekok dan janggal Pengalaman pertama dalam melalui Sembilan bulan tempoh kehamilan pastinya sesuatu yang cukup indah untuk dilalui Setiap orang ada cabaran dan dugaan...
Tangan Aidil Perlu Dipotong Untuk Selamatkan Nyawa Ahli Keluarga Mohon Orang Ramai Doakan Aidil

Tangan Aidil Perlu Dipotong Untuk Selamatkan Nyawa Ahli Keluarga Mohon Orang Ramai Doakan Aidil

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 322 hits
Susulan kes team leader tikam rakan sekerjanya kerana datang lewat dalam kejadian yang berlaku di sebuah syarikat kurier Balik Pulau ahli keluarga memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa serta dipantau oleh dokt...
Sebak Anak Yatim Piatu Belek Tangan Hero Malaya Puas Puas Lepas Impian Nak Jumpa Safawi Tercapai

Sebak Anak Yatim Piatu Belek Tangan Hero Malaya Puas Puas Lepas Impian Nak Jumpa Safawi Tercapai

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 302 hits
Hasrat seorang kanak kanak yatim piatu yang ingin bertemu penyerang Johor Darul Ta zim Muhammad Safawi Rasid pada hari terakhirnya dirawat di Hospital Dungun di sini akhirnya tercapai Muhammad Danish Irfan 11 bersama enam lagi adik beradikn...
Ibu Bapa Kena Rajin Cium Anak Kalau Nak Rasa Tenang Dan Hilang Stress

Ibu Bapa Kena Rajin Cium Anak Kalau Nak Rasa Tenang Dan Hilang Stress

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 455 hits
Peranan seorang bapa atau ayah sangat mustahak dalam perkembangan anak Nak mudah mendidik perlu ada bonding yang kuat antara bapa dan anak Memeluk dan mencium anak banyak faedahnya kepada ibu dan ayah Bagi ibu adalah normal untuk memeluk da...
Dapur Lama Tak Berasap Tengok Makanan Nak Muntah Hamil Kali Ini Sungguh Mencabar

Dapur Lama Tak Berasap Tengok Makanan Nak Muntah Hamil Kali Ini Sungguh Mencabar

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 886 hits
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua berkongsi bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir 31 dia juga sudah lama...
Sebaknya Baca Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa

Sebaknya Baca Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 1036 hits
SOSMED Kisah ini dikongsikan oleh seorang facebooker yang dikenali sebagai Ayu Jailani Ia adalah kisah benar Ayu kerana wanita itu juga sebenarnya sedang menjaga seorang kanak kanak yang sakit Gambar Ayu JailaniKisah ini dikongsikan Ayu pad...
Sayang Nak Tukar Sebab Pemberian Arwah Ibu Calon Spm Gigih Pakai Cermin Mata Kabur Amp Calar

Sayang Nak Tukar Sebab Pemberian Arwah Ibu Calon Spm Gigih Pakai Cermin Mata Kabur Amp Calar

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 433 hits
Baru baru ini tular satu tweet seorang remaja lelaki yang sanggup melancarkan satu kempen mengutip derma semata mata mahu membantu membelikan cermin mata baru untuk sahabatnya Tidak menyangka tweet tersebut menjadi tular remaja lelaki terse...
Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 988 hits
Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube kejadian yang berlaku di Ma...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation