Sebaknya Baca Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa


SOSMED | Kisah ini dikongsikan oleh seorang facebooker yang dikenali sebagai Ayu Jailani.

Ia adalah kisah benar Ayu kerana wanita itu juga sebenarnya sedang menjaga seorang kanak-kanak yang sakit.Gambar : Ayu JailaniKisah ini dikongsikan Ayu pada 24 November lepas dan kini telah dikongsikan lebih dari 1,400 kali setakat ini.

Apa yang membuatkan rata-rata netizens sebak membaca kisah ini ialah kisah adik Najib yang diibaratkan tidak mempunyai ibu bapa walaupun sebenarnya ibu bapanya masih hidup. 

Sebaliknya ibu bapanya menyerahkan tanggungjawab menjaga anak syurga mereka kepada pekerja-pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Nak share kisah pesakit katil sebelah. Kalau kita rasa keadaan kita paling sedih, ingatlah ada lagi hidup yang lagi sedih. Nama budak ni Najib. 

Pada awalnya kita ingat dia anak india.. sebab malam pertama yang jaga dia aci india. Pastu esok malam tengok uncle chinese pulak. Eh aku dah heran.. budak ni chindian ke.. okaylah, diam lagi. Kadang bukan kita sombong tp ada org tak suka cerita kisah dorang. Fine lah.. wa lek wa peace lagi... tiba-tiba, hari ke 3 incess tutup keliling langsir sebab masa melawat doktor sarankan tutup katil dia sebab taknak kena infection dari pelawat-pelawat sebelum operation. Tengah duduk-duduk dengar orang mengaji kat katil sebelah. Selak la langsir, ada pak haji mengaji kat tepi telinga Najib. 

Masa ni otak 1 malaysia aku pun dah start confuse. Maka dengan itu, aku keluar la duduk depan katil. Masa ni aci india yang jaga tapi bukan aci kelmarin. Aci lain... lepas habisnya pak haji tu ngaji kan baru lah tahu kisah sebenar dia. Oh NAJIB rupanya... selama ni dengar macam RANJIT tu yang dok pikir anak aci tu!

Chronology cerita :

Najib anak yang masih ada ibu bapa tapi dihantar ke rumah kebajikan. Ibu bapa Najib tak boleh terima keadaan najib sakit macam ini. Dulu Najib normal, sekarang tak tahu kenapa makin lama dia makin sakit sampai sekarang mata dia dah separa buta. Tak boleh bangun tak boleh jalan tak boleh cakap tak boleh semua. Mampu baring macam incess je.

Rupanya najib dah 4 bulan lebih kat hospital ni.. dia dah masuk banyak hospital termasuk private hospital semua ditanggung Jabatan Kebajikan Masyarakat. Barulah aku paham yang datang jaga bertukar orang tu rupanya pekerja kebajikan. Mak bapak Najib mana?

Ada. Duduk dekat je dari hospital ni. Tapi selama 4 bulan kat sini, berapa kali mak bapak dia datang? 2. Yer! 2 kali je. Sekali mak dia datang untuk selfie dengan ambil gambar je. Sekali lagi bapak dia tanya dah berak? Dah kencing? Dah susu? Dah makan? Tanya kat penjaga pekerja kebajikan tu. Pastu balik!

Rumah kebajikan cuba cari waris lain selain mak bapa najib, ada sorang. Pakcik dia. Bila contact pakcik dia untuk tanggungjawab jaga najib kat hospital sebab kaki tangan rumah kebajikan tak ramai, pakcik dia jawab apa? Kalau sehari RM60 bolehlah. Seriously? Camtu korang layan anak syurga ni? Haii lah manusia 😔

Sekarang shift aci tadi dah habis, dia pun balik... Najib tinggal sorang dan aku mampu tengok kan aja, kesian awak Najib. Sampai hati mak ayah awak buat mcmni. Sekurang-kurang nya incess akak ni mak dia taknak, ayah akak dengan adik beradik lain sayang incess. Tapi awak? Allahu... anak-anak yang sihat semua mak ayah awak jaga. Anak-anak yang sakit dia hantar rumah kebajikan. Bukan ke patutnya yang sakit perlukan sokong keluarga lebih dari yang sihat?

Sumber cerita : kita dapat dari aci penjaga najib. Sekian cerita untuk munasabah diri ❤️," tulisnya panjang lebar dalam kenyataan itu.

Sama-sama kita doakan kesembuhan adik Najib dan dibukakan hati ibu bapanya untuk menerima adik Najib kembali. Mengutuk memang mudah tetapi malangnya itu tak membantu menyelesaikan masalah adik Najib pun. Bagi mereka yang kenal dengan adik Najib dan keluarganya, nasihatilah keluarga itu, usahlah ditinggalkan anak yang kesakitan itu. Sesungguhnya anak itu walaupun sakit, lemah, tanpa suara dan hampir buta, tetap memerlukan perhatian dan kasih sayang keluarga. - 26 November 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/11/sebaknya-baca-anak-sakit-ditinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fasih Baca Doa Dalam Bahasa Arab Ibu Pelajar India Tak Kisah Anak Belajar Di Tadika Islam

Fasih Baca Doa Dalam Bahasa Arab Ibu Pelajar India Tak Kisah Anak Belajar Di Tadika Islam

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 810 hits
Memang banyak pusat Pendidikan awal yang ada di Malaysia dewasa ini Salah satunya adalah Pusat Asuhan Tunas Islam yang biasanya akan dipenuhi dengan pelajar pelajar melayu kerana ia menawarkan pembelajaran berasaskan Islam kepada kanak kana...
Ramai Ibu Bapa Melakukan Kesilapan Ini Ketika Waktu Makan Anak Anak

Ramai Ibu Bapa Melakukan Kesilapan Ini Ketika Waktu Makan Anak Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 354 hits
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak mereka untuk membesar dengan sihat dan sempurna Antara aspek yang paling penting untuk merealisasikan hasrat ini adalah pemakanan anak anak Namun begitu ia juga merupakan aspek yang agak sukar untuk dil...
Kerajaan China Larang Ibu Bapa Ajar Anak Solat

Kerajaan China Larang Ibu Bapa Ajar Anak Solat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 461 hits
BEIJING China mengharamkan ibu bapa dan penjaga di Xinjiang wilayah paling ramai umat Islam di negara itu daripada menggalak anak mereka melakukan aktiviti keagamaan Akhbar Xinjiang Daily melaporkan kerajaan menguatkuasakan peraturan pelaja...
Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 Ibu Bapa Baca

Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 Ibu Bapa Baca

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 1084 hits
SOURCE appeared first on Undang Undang Car Seat Wajib Umur ketinggian yang ditetapkan Jumlah kematian yang membabitkan kanak kanak dan bayi di Malaysia sangat tinggi Bagi mengelakkan anak anak kecil anda ditimpa kecederaan parah apatah lagi...
Ambil Anak Tengok Muka Berbirat Ibu Bapa Buat Laporan Polis Terhadap Pengasuh Yang Disyaki Mendera Bayi

Ambil Anak Tengok Muka Berbirat Ibu Bapa Buat Laporan Polis Terhadap Pengasuh Yang Disyaki Mendera Bayi

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 571 hits
Hendak mendapatkan khidmat pengasuh ini bukanlah semudah yang disangka Ia seperti menyerahkan kepada orang lain untuk menjaga anak kita dengan baik Jika pengasuh yang diupah menjaga anak dengan baik Alhamdulillah syukur Jika sebaliknya Pelb...
Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 367 hits
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang Sihat dan Berkeyakinan Seiring dengan peredaran masa pada masa kini semua maklumat kini semuanya dihujung jari saja Apa maklumat yang kita nak cuma taip je kemudian searc...
Ibu Bapa Dera Anak Kurung Dalam Sangkar Kucing Simbah Air Panas

Ibu Bapa Dera Anak Kurung Dalam Sangkar Kucing Simbah Air Panas

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 601 hits
SINGAPURA Sepasang suami isteri mendera kejam anak lelaki mereka yang berusia lima tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata mata tidak mahu mandi sehingga menyebabkan kematian kanak k...
Ibu Bapa Yang Cepat Takut Atau Risau Akan Pindahkan Ketakutan Itu Pada Anak

Ibu Bapa Yang Cepat Takut Atau Risau Akan Pindahkan Ketakutan Itu Pada Anak

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 383 hits
Apabila anda menjerit melompat berpeluh dan cemas apabila terlihat LIPAS kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan itu kepada anak juga Perkongsian dari Perunding Keibubapaan Parent Connect Puan Noor Afidah Abu Bakar ini menjelaskan...
Ibu Bapa Kena Rajin Cium Anak Kalau Nak Rasa Tenang Dan Hilang Stress

Ibu Bapa Kena Rajin Cium Anak Kalau Nak Rasa Tenang Dan Hilang Stress

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 455 hits
Peranan seorang bapa atau ayah sangat mustahak dalam perkembangan anak Nak mudah mendidik perlu ada bonding yang kuat antara bapa dan anak Memeluk dan mencium anak banyak faedahnya kepada ibu dan ayah Bagi ibu adalah normal untuk memeluk da...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation