Sebak Anak Yatim Piatu Belek Tangan Hero Malaya Puas Puas Lepas Impian Nak Jumpa Safawi Tercapai


Hasrat seorang kanak-kanak yatim piatu yang ingin bertemu penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid pada hari terakhirnya dirawat di Hospital Dungun di sini akhirnya tercapai.
Muhammad Danish Irfan, 11, bersama enam lagi adik beradiknya menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Norhapisah Idris, 34, dan Kamal Hisham Mustaffa Mohammad, 35, maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Felda Kerteh 2/3, dekat Ketengah Jaya, Dungun pukul 11.15 pagi, 4 Okt lepas.
Kanak-kanak itu, yang mengalami kecederaan kritikal akibat kemalangan itu, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dekat Kuala Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Dungun pada 30 Okt.
Ibu saudaranya, Shaidah Idris berkata Muhammad Danish Irfan adalah seorang murid yang sangat aktif dalam sukan terutama bola sepak namun terpaksa melupakan minatnya itu apabila terlantar di hospital hampir dua bulan.
“Dia memang meminati corak permainan Safawi dan keinginannya untuk bertemu Safawi semakin membuak-buak setelah menonton perlawanan antara Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas.
Alhamdulillah, impiannya tercapai apabila Safawi sudi datang menziarahnya pagi semalam. Walaupun Muhammad Danish Irfan tidak boleh bercakap dengan lancar, dari raut wajahnya terpancar rasa gembira yang sukar digambarkan apabila bertemu idolanya itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Selain Muhammad Danish Irfan, enam lagi adik beradiknya ialah Muhammad Danial, 12, Muhammad Darwish Iqbal, 9, Muhammad Dhiyauddin Aiman, 8, Muhammad Daim Amin, 6, Muhammad Dhiya Arsyad, 5, dan Dayyinah Athirah, 3.
Hasrat seorang kanak-kanak yatim piatu, Muhammad Danish Irfan, yg ingin bertemu Safawi Rasid pada hari terakhirnya dirawat di Hospital Dungun akhirnya tercapai.
Kanak-kanak itu mengalami kecederaan kritikal akibat kemalangan jalan raya.
📹: Facebook Shahiful Mohd Shah pic.twitter.com/YQCzpLtXx5
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 22, 2019

Safawi yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK 19) yang berlangsung Sabtu lepas adalah anak jati Dungun.
Pemain berusia 22 tahun itu turut merangkul dua lagi anugerah – Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Popular pada majlis itu.
Sementara itu, Safawi ketika dihubungi Bernama berkata beliau dimaklumkan mengenai hasrat kanak-kanak itu oleh kakak iparnya yang kebetulan bekerja sebagai doktor di Hospital Dungun.
Menurut Shahiful, kebetulan saya juga buat rawatan fisio skali dengan adik Danish kelmarin, tiba-tiba dia panggil nama saya. Terkejut jugak, disebabkan terharu dengan nasib adik Danish saya amik video ni untuk di sampaikan kepada kakak ipar Safawi yang juga merupakan doktor di hospital ni. Alhamdulillah termakbul jua permintaan adik Danish ni.
Walaupun kepenatan kerana baru sahaja tiba di kampungnya di Dungun dari Johor kira-kira pukul 10.00 malam Rabu, beliau tetap meluangkan masa melawat kanak-kanak terbabit kerana simpati dengan nasib yang menimpanya.
Menurut Safawi, beliau ke hospital kira-kira pukul 10 pagi semalam dengan ditemani seorang daripada adiknya dan menghabiskan masa lebih setengah jam bagi bertanya khabar serta menemani kanak-kanak malang berkenaan.
“Kakak ipar beritahu yang kanak-kanak itu banyak kali sebut nama saya dan kebetulan pula saya baru sahaja balik bercuti di kampung malam semalam sementara menunggu permulaan pramusim Liga Malaysia (Liga M).
“Walaupun adik Danish tak dapat bercakap banyak, beliau masih dapat mengenali saya dan ada jugalah sedikit kata-kata semangat yang saya sampaikan kepadanya,” katanya yang terharu dengan sokongan peminat cilik itu kepadanya.
Sumber: Bernama, Shahiful Mohd Shah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/22/video-sebak-anak-yatim-piatu-belek-tangan-safawi-puas-puas-lepas-impian-nak-jumpa-tercapai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumpa Hero Malaya Reaksi Anak Yatim Piatu Tak Lepas Belek2 Tangan Safawi Undang Sebak

Jumpa Hero Malaya Reaksi Anak Yatim Piatu Tak Lepas Belek2 Tangan Safawi Undang Sebak

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 542 hits
Hampir dua bulan seorang kanak kanak yatim piatu Muhammad Danish Irfan terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan jalan yang telah meragut nyawa ibu dan bapanya Baru baru ini kunjunga...
Sedih Dan Pilu Respon Anak Yatim Piatu Kehilangan Orang Tua Akibat Pemandu Mabuk Apabila Taiwan Cadangkan Hukuman Mati

Sedih Dan Pilu Respon Anak Yatim Piatu Kehilangan Orang Tua Akibat Pemandu Mabuk Apabila Taiwan Cadangkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 486 hits
Ini adalah respon seorang yatim piatu yang kehilangan kedua ibu bapanya kerana dilanggar pemandu mabuk apabila negara Taiwan mencadangkan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian Sumber Sungguh hebat dugaan yang diala...
Ada Cara Mudah Nak Beri Anak Makan Ubat Tak Perlu Berperang Lagi Lepas Ni

Ada Cara Mudah Nak Beri Anak Makan Ubat Tak Perlu Berperang Lagi Lepas Ni

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 432 hits
Berperang nak beri anak makan ubat supaya cepat sembuh situasi yang biasa yang perlu ibubapa hadapi Sampaikan ada anak meraung raung macam kena dera semata mata terpaksa makan ubat Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh ikuti perkongsian dari ...
Abah Nak Cuba Boleh Abah Tak Pernah Pakai Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

Abah Nak Cuba Boleh Abah Tak Pernah Pakai Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 592 hits
Masih lagi dengan musim graduasi pasti ramai yang berasa teruja untuk bergaya dengan jubah graduasi masing masing Ibu bapa juga pasti berasa gembira teruja dan bangga dengan kejayaan yang dirangkul anak anak mereka Kehadiran ibu bapa ahli k...
Tak Ada Istilah Accident Kena Pandai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak

Tak Ada Istilah Accident Kena Pandai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 370 hits
Baru sahaja melahirkan anak tidak lama selepas itu ke klinik atau hospital semula untuk buat pemeriksaan Pemeriksaan kehamilan pula tu Ada beberapa sebab mengapa pakar perubatan kesihatan wanita menyarankan agar ibu yang baharu melahirkan a...
Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 452 hits
Selain nasi roti antara makanan wajib yang sentiasa ada di rumah kita Pun begitu bukan semua kepingan roti ini dapat dihabiskan sebelum tarikh luputnya Belum sempat di makan roti sudahpun bakal menghampiri waktu tarikh luputnya Jangan buang...
Jangan Stres Kalau Anak Menangis Itu Cara Dia Beritahu Apa Dia Nak

Jangan Stres Kalau Anak Menangis Itu Cara Dia Beritahu Apa Dia Nak

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 295 hits
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam Malah si manja yang masih belum boleh bercakap menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan...
Dah Tahu Nak Ada Anak Kan Didakwa Tak Setuju Wujudnya Cuti Bersalin Untuk Suami Lelaki Ini Dikecam Netizen

Dah Tahu Nak Ada Anak Kan Didakwa Tak Setuju Wujudnya Cuti Bersalin Untuk Suami Lelaki Ini Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 501 hits
Isu berkaitan Majikan Majikan malaysia bersetuju dengan pemberian cuti bersalin kepada suami selama tiga hari berturut turut kepada individu yang bekerja di sektor swasta dan bukan tujuh hari yang dicadangkan kerajaan Hal ini demikian isu i...
Nak Seronok Bawa Anak Mandi Kolam Tak Sangka Boleh Buat Sakit

Nak Seronok Bawa Anak Mandi Kolam Tak Sangka Boleh Buat Sakit

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 264 hits
Musim cuti persekolahan sudah bermula Selain bawa anak bercuti di hotel biasanya ibu ayah cenderung untuk membawa mereka bergembira di taman tema air Kalau di hotel pun biasanya anak anak akan dibawa berenang di kolam Sekiranya anak anak di...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders

Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord