Ppbm Akan Kembali Ke Pangkuan Umno Atau Ahli Baru Muafakat Nasional



Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

Apa yang dapat kita tafsirkan dari gambar di atas?


8 Jun yang lalu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan telah memberikan gambaran akan ada satu bentuk kerjasama di antara Muafakat Nasional dan PPBM (BACA DI SINI).

Menurut beliau, isu yang sering dimainkan oleh pembangkang iaitu pembahagian kerusi di dalam Pilihanraya Umum nanti, terutamanya antara UMNO dan PPBM telah pun diselesaikan malah telah pun dimuktamadkan secara perbincangan antara ketiga-tiga presiden parti, UMNO, PAS dan PPBM.

Apakah ini tanda bahawa PPBM akan kembali ke pangkuan UMNO (BACA DI SINI)?

Atau PPBM akan menjadi anggota baru Muafakat Nasional?

Tapi dari sumber, kuat mengatakan PPBM akan menjadi anggota baru Muafakat Nasional berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Takiyuddin.

Ini merupakan tanda yang amat jelas bahawa Pilihanraya Umum bakal diadakan dalam tempoh terdekat dan seperti yang dijangkakan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

Kalau PPBM mahu kembali ke pangkuan UMNO maka itu adalah urusan antara Zahid dan Muhyiddin tanpa penglibatan Presiden PAS, TG Hj. Hadi.

Apa pun persetujuannya nanti, pemerhati politik berpendapat perkembangan terbaru antara ketiga-tiga parti politik Melayu Islam itu, ianya akan mampu mengakhiri kemelut politik baharu yang cuba diwujudkan oleh Pakatan Harapan.

Tindakan Muhyiddin mengadakan kerjasama antara Muafakat Nasional dilihat sebagai tindakan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan menimpa PPBM memandangkan 5 orang ahli PPBM yang dipecat telah memfailkan tuntutan pemberhentian keahlian mereka dari PPBM dalam Mahkamah Tinggi memalui peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdullah (BACA DI SINI).


Maszlee Malik, salah seorang ahli PPBM yang dipecat cuba menjadi batu api dan penghasut dengan mengatakan denagan adanya kerjasama tersebut, maka kedudukan PPBM akan lebih tersisih kerana tidak mungkin PAS atau UMNO akan mengorbankan bilangan kerusi yang akan mereka tandingi dalam Pilihanraya Umum 15 nanti.

Namun pada pendapat admin, dakwaan Maszlee nyata adalah satu dakwaan yang langsung tidak berasas dan semata-mata bersifat dendam dan berniat jahat.

Dari sumber mengesahkan, UMNO dan PAS telah bersetuju mengorbankan sebahagian dari kerusi yang akan mereka tandingi bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru.

Ini bermakna, isu PPBM tersisih atau perbalahan pembahagian kerusi di Pilihanraya Umum 15 telah selesai dan dimuktamadkan dan dakwaan Maszlee ternyata tersasar.

Apa yang penting bagi rakyat Malaysia ialah sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat seperti yang ada sekarang ini dan bukannya kerajaan yang asyik berpolitik dan menabur fitnah seperti Pakatan Harapan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/06/ppbm-akan-kembali-ke-pangkuan-umno-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hello Hello Presiden Umno Muafakat Nasional Harus Diperkasa

Hello Hello Presiden Umno Muafakat Nasional Harus Diperkasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 316 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Muafakat Nasional harus dimantapkan dan diperkasa demi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Jelas beliau kerana itulah sesuatu yang berbeza harus dilakuk...
Umno Pekan Puji Ppbm Tak Letak Calon Bukti Parti Melayu Kembali Bersatu

Umno Pekan Puji Ppbm Tak Letak Calon Bukti Parti Melayu Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 313 hits
PETALING JAYA Umno Pekan hari ini memuji keputusan PPBM tidak bertanding pilihan raya kecil DUN Chini pada 4 Julai Setiausaha Ahmad Aazmey Abu Talib berkata ini membuktikan parti Melayu kembali bersatu perkembangan yang boleh membantu jente...
Umno Patut Fokus Memperkukuhkan Muafakat Nasional

Umno Patut Fokus Memperkukuhkan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 419 hits
UMNO Bahagian Batu Pahat sebulat suara menolak UMNO menjadi komponan Perikatan Nasional jika didaftarkan sebagai badan formal seperti Barisan Nasional atau Pakatan Harapan Justeru ia mendesak supaya pemimpin UMNO menjarakkan diri daripada s...
Barisan Nasional Muafakat Nasional Atau Perikatan Nasional

Barisan Nasional Muafakat Nasional Atau Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 584 hits
Muafakat Nasional yang kini sudah kehadapan dengan piagamnya tentunya sukar untuk diketepikan begitu sahaja Mungkin adanya pemimpin2 elit UMNO dan PAS yang hanya menganggapkan kemajuan permuafakatan diantara dua buah parti orang Melayu dan ...
Umno Pas Muafakat Nasional Says Ready For Ge15

Umno Pas Muafakat Nasional Says Ready For Ge15

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 310 hits
Umno and PAS Muafakat Nasional collaboration is prepared to face the 15th general elections if called anytime in the near future Umno vice president Mohamed Khaled Nordin told Malaysiakini the two parties have regularly met to discuss curre...
Pemerhati Politik Muafakat Nasional Dun Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada Pas

Pemerhati Politik Muafakat Nasional Dun Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada Pas

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 292 hits
Buat pertama kalinya BN akan bertanding dalam pilihan raya kecil atas platform Muafakat Nasional dibawah Kerajaan Perikatan Nasional Sebelum ini semua PRK Muafakat Nasional adalah pembangkang ketika Pakatan Harapan berkuasa Ramai pemerhati ...
Umno Ppbm Tak Mungkin Bergabung

Umno Ppbm Tak Mungkin Bergabung

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 420 hits
Dua penganalisis politik menolak kemungkinan penggabungan Umno dan PPBM dalam masa terdekat walaupun mempunyai persamaan dalam agenda politik mereka Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia dan James Chin dari Institut Asia Universiti...
Azmin Kunci Muafakat Nasional Kuasai Pru15

Azmin Kunci Muafakat Nasional Kuasai Pru15

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 289 hits
PERCATURAN UMNO dan Pas dalam memeterai piagam Muafakat Nasional sejak kekalahan pada Pilihan Raya Umum lalu semakin membuahkan bibit bibit kejayaan untuk terus memperoleh keyakinan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 15 Keputusan positif itu ...
Muafakat Nasional Bincang Strategi Pertahan Pn Hingga Pru15

Muafakat Nasional Bincang Strategi Pertahan Pn Hingga Pru15

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 410 hits
SHAH ALAM Muafakat Nasional akan terus memastikan kerajaan Perikatan Nasional dapat dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 berdasarkan kepada kepentingan rakyat dan situasi politik semasa negara Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Waj...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp