Tidak Percaya Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Ss Tetap Dengan Pendirian Pegang Fatwa Ulama Arab Saudi
Kata pihak Mufti, fakta bumi itu bulat adalah yang paling tepat sejajar dengan pendapat ulamak zaman dulu termasuk kajian sains moden.
Dalam pada itu, Suhaimi Saad telah menulis respon balas kepada Mufti tentang hal ini.
Malam tadi, Suhaimi Saad telah ketahui bahawa Mufti ada beri respon tentang isu bentuk bumi.
Ini komen penyanyi ini:
“Nampaknya dah jadi isu negara
Sampai mufti pun nak join sama.
Esok ss jawab kenyataan mufti tu.
“Esok je ss jawab pasal mufti tu ya
Nak menjawab dengan orang berilmu ni kena ambil masa lebih sikit.
kena solat dulu.
“Bukan macam korang..
Otak letak di punggung.
Nafsu letak di jari.
Pagi ini nampaknya Suhaimi Saad telahpun memberi respon balas tentang komen mufti itu.
Ini komen balas Suhaimi Saad:
INI BALASAN ss UNTUK PEJABAT MUFTI
Bismillah.
Tanpa mengurangi sedikit pun rasa hormat ss terhadap seluruh para asatizah,ulama dan mufti di atas penjelasan yang mereka berikan.
ss hanya ingin katakan :
” Terima kasih ”
Walau bagaimana pun,
Itu tidak akan menghalang ss untuk terus mengkaji dan membuktikan kebenaran yang sebenar. in sya Allah
Demi Allah,
Di belakang ss, ada ribuan malah mungkin jutaan lagi manusia di seluruh dunia ini yang masih mengkaji dan mempercayai bahawa bumi ini bukanlah sfera
ss tidak pernah menterjemahkan sendiri Al Quran melainkan membaca terjemahan yang sama dengan Al Quran terjemahan yang kalian baca.
Apakah kalian baca dan telah memahaminya?
Demi Allah,
ss takut dan tidak akan ‘mengatakan’ apa apa yang tidak Allah dan RasulNya perkatakan.
Sehingga hari ini,
ss masih percaya dan berpegang kepada fatwa dan pendapat dua ulamak yang ditertawakan oleh majoriti ummat islam ini.
1. Sheikh Ibn Baaz ( mantan mufti Arab Saudi )
2. Sheikh Ibn Soleh Al ‘Uthaimin.
Secara peribadinya,
ss mengira dan percaya bahawa mereka ini lebih ‘alim dan tsiqqah berbanding ramai ulamak yang ada pada zaman ini.
Apatah lagi bila beliau mengatakan bahawa fatwa tersebut merupakan ijmak para ulamak salaf. (sila rujuk video di bawah)
Al Quran itu tidak pernah tersalah.
Yang selalu salah adalah manusia yang gagal menafsirkan dan memahami maksud Allah disebabkan kelemahan iman dan pengaruh duniawi.
Ada beza antara bujur telur mentah dengan bulat telur dadar😊
Akhirnya,
Dengan rendah hati,
ss menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas khilaf dan fitnah ini.
Semoga apa yang berlaku ini menjadi asbab untuk kita semua terus belajar mendalami, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al Quran sesuai dengan kehendak Allah dan rasulNya.
Allahumma amiiin.
SubhanaKAllahumma wa bihamdiKa
Asyhadu an la ilaha illa Anta
AstaghfiruKa
Wa atubu ilayK.
WAllahu a’lam
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2019/02/tidak-percaya-penjelasan-mufti-wilayah.html