Tiada Siapa Peduli Kami Kata Wira Skuad Olimpik 1972


Robin AugustinWira bola sepak skuad Olimpik 1972 yang dilupakan (Gambar level-field.blogspot.
com)PETALING JAYA: Bahwandi Hiralal sedih apabila bercakap tentang rakan seperjuangan dalam pasukan bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik 1972.
“Seorang demi seorang tinggalkan kita, yang masih hidup hanya beberapa kerat sahaja,” kata bekas pemain tengah itu kepada FMT.
Di Munich tahun itu, Bahwandi dan pasukannya menjadi rakyat Malaysia pertama yang pernah bermain bola di peringkat final.
Kira-kira 48 tahun kemudian, mereka satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah berbuat demikian. Satu lagi skuad layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi terlepas kerana boikot tahun itu.
Nama kebanyakan pemain skuad 1980 itu terkenal termasuk dalam kalangan generasi muda, tetapi Bahwandi, Lim Fung Kee, Rahim Abdullah dan rakan lain agak tidak dikenali.
“Saya rasa agak malang apabila kami tidak mendapat pengiktirafan. Ketika itu rakyat begitu bersemangat kerana kita menang perlawanan di tanah air dan layak ke sana,” katanya.
Namun, Bahwandi yang juga bekas polis berkata, hakikatnya skuad 1972 juga layak ke Sukan Olimpik, termasuk menewaskan pasukan Amerika Syarikat.
Sebelum ini, bekas penyerang James Wong, yang menjaringkan gol kemenangan untuk membawa Malaysia ke Sukan Olimpik 1980, antara yang kecewa skuad 1972 tidak mendapat pengiktirafan sama.
“Walaupun negara mengiktiraf kami sekarang, bagaimana dengan mereka yang sudah meninggal dunia? Mereka semua ada isteri dan anak, bagaimana dengan mereka? ” kata Bahwandi.
Mengenai bagaimana dia mahu pasukan itu diiktiraf, Bahwandi berkata memadai dengan menerbitkan buku kisah mereka, yang beraksi ketika tiada pemain bola sepak profesional di Malaysia.
“Saya tidak minta apa-apa kepada sesiapa pun, tiada siapa peduli tentang kami,” katanya.
Lim, yang kini berada di Hong Kong berkata, mereka tiada apa-apa status dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia.
“Dulu kami ada pas pemain, jadi kami boleh tonton perlawanan. Sekarang, kalau saya mahu tengok Malaysia bermain, apa yang perlu saya buat? Beli tiket? Sejujurnya saya tidak tahu,” katanya.
Bekas penjaga gol kebangsaan Lim Fung Kee.Lim berkata, pemain bola sepak dulu bukannya sepenuh masa dan hanya bermain untuk negara.
“Kami bangga memakai jersi kebangsaan. Bagi saya, saya tidak berharap untuk dapat pengiktirafan sekarang, saya tak nampak apa gunanya minta diiktiraf,” katanya.
Dia sedih melihat bekas rakan sepasukannya, yang menderita seperti Namat Abdullah yang sedang melawan barah.
“Baguslah kalau diiktiraf tapi lebih penting kebajikan bekas pemain dijaga. Bagi saya itu sudah cukup,” katanya.
Sementara itu, Rahim yang bermain di posisi tengah berkata ketika pasukan kembali dari Munich, kisah mereka tidak ditonjolkan seperti pasukan 1980.
“Selepas kami layak, kami mengimpikan untuk melangkah ke padang itu dan ketika pulang, ada perarakan kereta membawa kami ke rumah Harun Idris,” katanya.
Harun ketika itu menteri besar Selangor dan pengurus pasukan skuad 1972.
Rahim percaya anggota skuad berkenaan layak mendapat gelaran Datuk kerana hanya segelintir yang mengecapi tahap itu.
Selepas bersara daripada bola sepak, hanya beberapa anggota skuad 1972 diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan.
“Ramai antara kami dilupakan. Standard bola sepak kita merosot sekarang, saya rasa pengalaman kami perlu dimanfaatkan, seperti untuk mencari bakat baru.
“Kami masih mahu berkhidmat untuk negara, kami juga tidak perlu dibayar, kami akan melakukannya secara percuma, hanya babitkan kami,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/tiada-siapa-peduli-kami-kata-wira-skuad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Busuknya Hati Mural Wajah Wira Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah Ydp Agong Diconteng Ditulis Kata Kata Kesat

Busuknya Hati Mural Wajah Wira Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah Ydp Agong Diconteng Ditulis Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1042 hits
144 total views 144 views today Tular lukisan potret mural wajah wira negara yang bekerja keras untuk mengendali krisis Covid 19 di negara telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab Antaranya potret Yang di Pertuan Agong Perd...
Mukhriz Pura Pura Tak Tahu Ganti Rugi Rm1 5 Bilion Dituntut Pembalak Kata Mb

Mukhriz Pura Pura Tak Tahu Ganti Rugi Rm1 5 Bilion Dituntut Pembalak Kata Mb

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 251 hits
ALOR SETAR Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata bekas menteri besar tahu sepenuhnya ganti rugi RM1 bilion yang dituntut kira kira 40 pemegang konsesi balak selepas hak pembalakan di hutan simpan kekal ditarik balik Beliau berk...
Rupanya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Kongsi Cara Betul

Rupanya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Kongsi Cara Betul

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 314 hits
Wahai ibu rupanya bila anak tak dengar kata sebab salah doa dan ikuti nasihat Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sebagai panduan dalam mendidik anak Mendidik anak anak dalam dunia teknologi ini semestinya menjadi semakin mencabar Banyak ...
Harga Ayam Mula Turun Kata Kpdnhep

Harga Ayam Mula Turun Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 248 hits
Harga ayam standard menurun daripada RM8 kg hingga RM8 50 kg kepada RM7 60 kg hingga RM7 90 kg pada minggu ke 2 bulan ini PUTRAJAYA Pemantauan harga ayam semasa oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal P...
Sektor Ekonomi Kembali Rancak Tetapi Sop Mesti Dipatuhi Kata Muhyiddin

Sektor Ekonomi Kembali Rancak Tetapi Sop Mesti Dipatuhi Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 304 hits
Seorang anggota masyarakat mengikuti siaran langsung ucapan khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung perkembangan pelaksanaan PKPP hari ini PETALING JAYA Kadar tempahan hotel yang semakin tinggi dan jumlah kenderaan yang meningkat di...
Kata Saya Penyamun Tapi Kenapa Tidak Dituduh Azeez Cabar Dr M

Kata Saya Penyamun Tapi Kenapa Tidak Dituduh Azeez Cabar Dr M

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 270 hits
PARLIMEN l Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim hari ini membidas Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa beliau mencuri dana Tabung Haji tetapi tidak pernah didakwa ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Untuk maklumat YB Langkawi saya...
Mana Satu Yang Betul Tapi Semuanya Daplah Kata Pemutus

Mana Satu Yang Betul Tapi Semuanya Daplah Kata Pemutus

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 236 hits
Kerajaan sibuk dgn Covid dan program nak bantu rakyat puak mangkok hayun ni tak habis nak berebut kerusi PM Dah jadi PM nanti sibuk pulak nak sakau harta negara Mereka ni semua sangat confident dengan diri mereka Sifat yang terpuji TAPI tah...
Warga Depok Dihebohkan Makhluk Diduga Babi Ngepet Berkeliaran Dini Hari Ini Kata Bpbd

Warga Depok Dihebohkan Makhluk Diduga Babi Ngepet Berkeliaran Dini Hari Ini Kata Bpbd

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 271 hits
Beberapa waktu yang lalu warga di Jalan Tarumanegara IV Sukmajaya Kota Depok digegerkan dengan penampakan sesosok binatang yang diduga babi Binatang ini terekam kamera pengawas salah seorang warga dan menjadi viral usai diunggah di media so...
Dulu Kata Ph Sembunyikan Pembunuh Adib

Dulu Kata Ph Sembunyikan Pembunuh Adib

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 260 hits
Kredit Omar Mat Nor Genap setahun Dulu cakap pung pang pung pang kononnya kerajaan PH hantar pembunuh Adib keluar negara dan Tony Thomas terlibat sama Tapi sekarang dah tak ada protes dan kemana pergi pembela Adib Begini lah nasib Adib bila...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever