Mukhriz Pura Pura Tak Tahu Ganti Rugi Rm1 5 Bilion Dituntut Pembalak Kata Mb




ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bekas menteri besar tahu sepenuhnya ganti rugi RM1 bilion yang dituntut kira-kira 40 pemegang konsesi balak selepas hak pembalakan di hutan simpan kekal ditarik balik.
Beliau berkata demikian selepas bekas menteri besar, Mukhriz Mahathir mendakwa tidak tahu tuntutan berbilion ringgit yang belum dijelaskan kepada pemegang konsesi dan tidak pernah dengar tuntutan sedemikian ketika memegang jawatan itu.
Mukhriz berkata demikian selepas Sanusi mencadangkan pemberian hutan ganti kepada pemegang konsesi untuk membalak bagi mengelakkan bayaran tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 bilion kepada pembalak.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.Hari ini, Sanusi berkata, jumlah ganti rugi itu kini meningkat kepada RM1.5 bilion yang perlu dibayar kepada 40 syarikat pembalakan memiliki 131 konsesi pembalakan daripada kerajaan negeri.
Katanya, keadaan ini timbul selepas kerajaan terdahulu memutuskan untuk menghentikan pembalakan di kawasan tertentu di Hutan Simpan Ulu Muda pada 30 Ogos 2018.
Beliau berkata, hak pembalakan kepada 40 syarikat itu diberikan untuk kawasan hutan seluas 22,098ha. Negeri itu sudah menerima premium RM107.5 juta daripada pemegang konsesi itu dengan RM79.5 juta belum dijelaskan.
Sanusi berkata, jumlah kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan ialah 107,197ha.
Katanya, untuk mengelakkan Kedah membayar ganti rugi RM1.5 bilion, Jabatan Perhutanan sudah menghantar cadangan menawarkan hutan ganti kepada syarikat itu bagi menjalankan aktiviti pembalakan.
“Saya tak kata saya sudah membuka kawasan pembalakan baru. Saya kata saya hanya mempertimbangkan pilihan ini.”
Bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir.Beliau berkata, Mukhriz “berpura-pura” tidak tahu isu hak pembalakan sedangkan Jabatan Perhutanan memaklumkan Jawatankuasa Hasil Bumi dan Sumber Asli Kedah yang dipengerusikan Mukhriz sebagai pengerusi pada 5 Mei lalu.
“Mukhriz maklum mengenai semua hal tersebut, tetapi bersikap berpura-pura (tidak tahu mengenainya).
“Saya memimpin sebuah kerajaan yang mengendalikan isu ini sekarang. Saya tidak akan mengambil sikap menyapu masalah masuk bawah karpet, seolah-olah kerajaan saya ini tidak menghadapi apa-apa masalah.”
Beliau memuji tindakan Mukhriz mewartakan beberapa kawasan di Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air.
“Tetapi di dalamnya, ada kawasan yang diluluskan untuk pembalakan. Ia bukanlah kawasan hutan dara, tetapi ia adalah kawasan sudah kerja (KSK) lebih 30 tahun.
“Bukan (diluluskan) kerajaan 2 minggu ini. Ada orang menggambarkan seolah-olah kawasan-kawasan itu diluluskan kerajaan Perikatan Nasional, tidak.
“Ada yang telah lulus lebih 10 tahun dulu…ada 5 tahun, ada 6 tahun, ada 2 tahun. Jadi banyaklah kawasan itu.”
Sanusi kemudiannya menggunakan analogi petani malas bagi menggambarkan kepimpinan Mukhriz.
Katanya, seorang petani malas hanya akan menebas lorong yang dilaluinya dan mengabaikan baki kebunnya sehingga menyebabkan ia dipenuhi lalang.
Katanya, semak itu kemudiannya menjadi rumah kepada ular, kala jengking dan haiwan berbahaya lain yang akan membawa masalah kepada pemilik serta kawasan sekitarnya.
Beliau berkata, Mukhriz kemudiannya akan kelihatan terkejut dengan masalah yang timbul.
“Bekas MB itu terus bertanya: ‘Bila masalah ini berlaku?’ Kalau duduk berulang balik Kuala Lumpur kerap sangat, tak dan baca surat kan?”
Dalam perkembangan lain, Sanusi turut meminta Mukhriz menyelesaikan isu kewangan Persatuan Bola Sepak Kedah, yang disifatkan “sakit” dari segi kewangan, sebelum meletak jawatan sebagai presidennya.
Katanya, di bawah kepimpinan Mukhriz, persatuan itu mengambil komitmen kewangan besar.
FMT cuba menghubungi Mukhriz untuk mendapatkan komennya.
MR :  Anak Mahathir, tipu buat tak tahu, salahkan orang lain biasalah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/mukhriz-pura-pura-tak-tahu-anak-bapak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Rugi Rm1 06 Bilion Setiap Bulan Beri Moratorium Tengku Zafrul

Bank Rugi Rm1 06 Bilion Setiap Bulan Beri Moratorium Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 203 hits
KUALA LUMPUR Sektor perbankan dianggarkan mengalami jumlah kerugian sebanyak RM6 4 bilion sepanjang tempoh moratorium selama enam bulan atau sebanyak RM1 06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafru...
Mahkamah Tinggi Arah Najib Bayar Cukai Sebanyak Rm1 69 Bilion Selepas Dituntut Lhdn

Mahkamah Tinggi Arah Najib Bayar Cukai Sebanyak Rm1 69 Bilion Selepas Dituntut Lhdn

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 310 hits
Mari kita lihat perkembangan terbaru kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hari ini telah diminta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar semua tunggakan cukai pendapatan yang dikira berjumlah sehing...
Najib Perlu Bayar Rm1 69 Bilion Kepada Lhdn

Najib Perlu Bayar Rm1 69 Bilion Kepada Lhdn

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1 69 bilion kepada Kerajaan Malaysia Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan L...
Macau Scam Warga Emas Berputih Mata Rugi Lebih Rm1 Juta

Macau Scam Warga Emas Berputih Mata Rugi Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 27 JULAI Berputih mata itulah yang berlaku pada seorang warga emas di Petaling Jaya yang menjadi mangsa sindiket penipuan Macau scam selepas mengalami kerugian lebih RM1 juta Wanita berusia 71 tahun itu menerima panggilan darip...
Saksi Rosmah Minta 15 Dari Rm1 25 Bilion

Saksi Rosmah Minta 15 Dari Rm1 25 Bilion

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 231 hits
KITA harap pemimpin Pas Muhyiddin Yassin dan ahli ahli Umno tak miss cerita Rosmah Mansor di mahkamah sehari dua ini Cerita bagaimana kontraktor JUMPA Rosmah di rumah beliau Cerita nya begini Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datin Seri R...
Tawaran As 3 9 Bilion Goldman Sachs Terlalu Kecil Kata Dr Mahathir

Tawaran As 3 9 Bilion Goldman Sachs Terlalu Kecil Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 379 hits
Tawaran AS 3 9 bilion Goldman Sachs terlalu kecil kata Dr Mahathir Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Jul 2
Tuduh Orang Lain Mencuri Anak Dia Kaya Berbilion Bilion Kata Najib

Tuduh Orang Lain Mencuri Anak Dia Kaya Berbilion Bilion Kata Najib

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 256 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menuduh orang lain mencuri tetapi yang kaya berbilion bilion adalah anaknya sendiri kata Najib Razak secara sinis dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini Pepagi lagi dah start Tak habis habis di...
Rm1 5 Bilion Logistics Hub In Johor Confirmed By Sanichi And The Partner Is Pdz

Rm1 5 Bilion Logistics Hub In Johor Confirmed By Sanichi And The Partner Is Pdz

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 420 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRM1 5 Bilion Logistics Hub in Johor Confirmed by Sanichi and the Partner is PDZSanichi Technology Bhd today told the New Straits Times that the company will develop a regional e commerce logistics hub in J...
Dulu Zafrul Kata Kewangan Kukuh Sekarang Kena Pinjam Rm35 Bilion Pula

Dulu Zafrul Kata Kewangan Kukuh Sekarang Kena Pinjam Rm35 Bilion Pula

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 253 hits
Kerajaan akan meminjam sehingga RM35 bilion dari dalam negara untuk membiayai inisiatif rangsangan ekonomi menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang keseluruhannya bernilai RM295 bilion Ment...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan