Sektor Ekonomi Kembali Rancak Tetapi Sop Mesti Dipatuhi Kata Muhyiddin


Nora MahparSeorang anggota masyarakat mengikuti siaran langsung ucapan khas Perdana
Menteri Muhyiddin Yassin berhubung perkembangan pelaksanaan PKPP hari ini.PETALING JAYA: Kadar tempahan hotel yang semakin tinggi dan jumlah kenderaan yang meningkat di lebuh raya, terutama ketika hujung minggu memberi petanda yang baik kepada ekonomi negara.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, hampir semua ekonomi di negara yang terjejas teruk akibat Covid-19 sudah mula rancak dan jika trend itu berterusan, ekonomi negara juga mampu pulih dengan segera.
“Saya perhatikan ramai pelanggan mengunjungi restoran, pusat membeli belah, pusat penjaja dan kedai. Keadaan ini amat berbeza sekali berbanding ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Saya juga dimaklumkan bahawa hotel dan tempat penginapan di seluruh negara menerima banyak tempahan daripada pengunjung. Lebuh raya utama di negara kita juga kembali sesak dengan kenderaan, terutamanya pada hujung minggu.
“Ini petanda yang baik,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa kejayaan memerangi Covid-19 dalam fasa pemulihan bergantung pada kesedaran individu itu sendiri.
“Amalan kebiasaan baru mesti kita teruskan. Jangan kerana kes Covid-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Pakailah, jangan tak pakai,” katanya.
“Penjarakan sosial juga mesti diteruskan. Pastikan jarak anda sekurangkurangnya 1 meter dari orang lain. Elak tempat yang sesak dan sempit. Sentiasa beringat untuk elakkan sentuhan badan.”
Dalam pada itu, beliau memberi amaran sekiranya perintah kawalan pergerakan (PKP) terpaksa dikuatkuasakan semula, pertumbuhan ekonomi akan terus menguncup dan unjuran pertumbuhan KDNK antara 6.3% hingga 7.5% pada 2021 mungkin tidak akan tercapai.
“Perniagaan terpaksa ditutup semula dan kadar pengangguran di tahap 5.3% bagi Mei 2020 boleh meningkat secara mendadak. Ini adalah suatu keadaan yang mesti kita elakkan,” katanya.
Pertumbuhan KDNK pada tahun ini diunjur berada paras antara -2.0% hingga 0.5% berdasarkan situasi semasa ekonomi global ekoran pandemik Covid-19.
Sehingga kini, kerajaan memperuntukkan RM295 bilion menerusi pakej rangsangan ekonomi Prihatin, Prihatin Tambahan dan Penjana khusus untuk kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan dalam tempoh sukar.
Menerusi inisiatif itu, 2.75 juta pekerjaan berjaya diselamatkan dengan pakej itu dianggar menyumbang sebanyak 3.0% kepada pertumbuhan KDNK negara tahun ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/sektor-ekonomi-kembali-rancak-tetapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 398 hits
Walaupun tiada sidang media harian berkenaan perkembangan Covid 19 di televisyen pada hari ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih memuat naik laporan berhubung pendemik tersebut di media sosial Setakat hari ini jumlah kes sembuh dan...
Muhyiddin Layak Ketuai Mn Adakah Mat Hassan Tidak Mahu Lagi Najib Kembali

Muhyiddin Layak Ketuai Mn Adakah Mat Hassan Tidak Mahu Lagi Najib Kembali

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 345 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata UMNO boleh mengubah semula keputusan pemecatan Muhyiddin Yassin jika beliau berhasrat menyertai semula parti itu Tambahnya jika Perdana Menteri berbuat demikian ia akan memudahkan banyak perkara ...
50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 326 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata bermula esok warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan KUALA LUMPUR Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkat...
Umno Akan Bergolak Jika Muhyiddin Kembali

Umno Akan Bergolak Jika Muhyiddin Kembali

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 282 hits
Nicholas Chung PETALING JAYA Seorang penganalisis politik meramalkan Muhyiddin Yassin akan menghadapi kesulitan dalam politik jika beliau kembali ke pangkuan Umno yang memecatnya 4 tahun lalu Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia m...
Selamatkah Muhyiddin Jika Kembali Sertai Umno

Selamatkah Muhyiddin Jika Kembali Sertai Umno

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 251 hits
Daripada sudut yang lain kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang mahu Muhyiddin Yassin kembali kepada parti itu dengan UMNO sedia mengubah keputusan pemecatannya pada 2016 dahulu ia juga adalah suatu berita buruk buat Bersatu Ia...
Ramalan Pertumbuhan 2021 6 9 Terlalu Optimistik Kata Ahli Ekonomi

Ramalan Pertumbuhan 2021 6 9 Terlalu Optimistik Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 221 hits
Seorang ahli ekonomi meragui keluaran dalam negara kasar akan tumbuh 2021 sebanyak jangkaan kerajaan Mengulas ucapan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz minggu lepas Yeah Kim Leng di Universiti Sunway berkata ramalan pertumbuhan antar...
Laksana Pakej Pemulihan Kembali Perkukuh Ekonomi Negeri Mb

Laksana Pakej Pemulihan Kembali Perkukuh Ekonomi Negeri Mb

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 231 hits
SHAH ALAM 13 JULAI Kerajaan Negeri merangka pelan pemulihan bagi menghalang kejatuhan pasaran dan membangunkan semula ekonomi selepas terkesan akibat penularan Covid 19 kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata ia memfokuskan...
38 Sebab Kenapa Muhyiddin Mesti Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah Th

38 Sebab Kenapa Muhyiddin Mesti Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah Th

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 333 hits
Laman blog ini ada menulis secara ringkas bagaimana barisan Lembaga Pengarah Tabung Haji sekarang tidak layak dan tidak sepatutnya berada di barisan Lembaga Pengarah TH kerana mereka semua adalah lantikan politk yang membawa agenda peribadi...
Gambar Mural Agong Dr Noor Hisham Muhyiddin Diconteng Kata Kata Kesat

Gambar Mural Agong Dr Noor Hisham Muhyiddin Diconteng Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1028 hits
Gambar grafiti atau mural ini viral selepas malaysia dikatakan hampir berjaya menangani covid19 daripada tersebar dengan luasnya Sebagai simbolik jasa mereka yang terlibat pelukis telah membuat satu murah wajah wajah mereka yang menjadi fro...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package