Tiada Rahim Di Usia 33 Tahun Placenta Percreta Baby 33 Weeks


[Tiada Rahim di usia 33 tahun | Placenta Percreta |baby 33 weeks]
Aku tiada lagi rahim di usia 33 tahun. Namun aku bersyukur sangat kerana aku sudah mempunyai 5 orang cahaya mata. Amanah dariNya yang akan aku jaga sebaiknya. Seorang lelaki dan 4 orang perempuan. 
Sepanjang berada dalam pengawasan doktor selama 9 hari kerana air ketuban turun, aku tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Ujian darah ok. Tekanan darah ok. Semuanya ok. 
Cuma aku kena cucuk ubat matangkan paru-paru baby dose ketiga. Aku warded 28 minggu dah kena cucuk ubat matangkan paru-paru 2 dose. Sakit taktau nak cakap macam mana kena cucuk tu. Sampai menangis

Bila dah cucuk ubat matangkan paru-paru, gula dalam darah pula tinggi. Kena on insulin apabila bacaan gula tinggi. Disebabkan aku ada kencing manis under diet control, pemakanan aku di kawal. Sehari 7x bacaan gula di ambil. 
Pada 13 Februari, aku mula sakit contraction. Doktor kata kalau baby nak keluar hari ni, kita takkan simpan. 
Jalan dah terbuka 3cm. Aku sakit yang teramat sangat. Jantung baby lemah. Aku di bawa ke Operation Room untuk Emergency Ceaser. 
Tepat 3.25 petang, baby selamat dilahirkan. Baby lambat menangis. Namun alhamdulillah, baby hanya perlukan sedikit bantuan oksigen. Itu yang doktor maklumkan pada aku. "Baby awak kuat.", kata doktor

Semasa doktor keluarkan uri, uri aku jauh ke dalam. Sukar dikeluarkan dan sangat mencurigakan. 
Rupanya uri melekat kuat pada rahim. Rahim juga ada bengkak di sebelah kiri. 
Doktor maklumkan pada suami keadaan aku di mana rahim perlu dibuang untuk selamatkan aku. 
4 doktor pakar mengambil alih membedah aku. 1.8L darah hilang diganti dengan 2 pint darah. Pembedahan bermula 4 petang dan selesai 6 petang. 
Bila aku sedar doktor cakap "Puan, kita dah buang rahim puan". Itu saja yang aku dengar dengan mamai-mamai. linkLepas aku dah agak stabil, aku minta doktor jelaskan sekali lagi. 
Baby puan lahir 1.66kg berada di NICU. Selepas lahirkan baby, kita dapati uri puan melekat pada rahim. Jadi kita terpaksa buang rahim puan. 
Puan tak ada rahim, jadi lepas ni puan takkan ada period lagi. Puan tak perlu buat papsmear. Kami tak buang kilang ovari. Puan masih seperti biasa. Cuma puan akan menapous lebih awal dari biasa. 
Aku tanya doktor "Suami saya tahu tak?"

"Kami dah maklumkan dengan suami puan. Nanti kita panggil suami puan masuk."
Aku lihat doktor kelam kabut apabila tekanan darah aku rendah. Doktor cucuk sana sini untuk tambah air. Tambah plasma darah sebab darah cair. Aku dipantau rapi di High Dependency Room selama 48jam. 
"Allah dah permudahkan jalan kita, jalan puan, jalan saya. Alhamdulillah. Kalau beranak normal, disaster semalam. Selama 15 tahun saya bekerja, pertama kali saya jumpa kes begini.", kata salah seorang pakar yang membedah aku.

Selepas 24 jam pembedahan
Aku ok. Alhamdulillah. Cuma aku haus. Doktor takut ada pendarahan dalaman, jadi aku perlu berpuasa. Haus sangat sampai aku minta nurse bagi tisu basah untuk aku lap muka. Bagi segar dan kurangkan rasa haus

Aku minta gambar baby, sebab selama ni beranak, aku akan terus dapat bersentuhan dengan baby. Aku dapat tengok gambar pon jadi lah. Alhamdulillah, tenang hati aku dapat tengok gambar baby. 
8.45 suami masuk menemui aku. Aku dah lupa apa kami sembang. Tapi yang ni aku ingat, "Kita memang nak anak 5 kan.". 
Sebelum keluar suami cium dahi dan kata "Terima kasih". Cukup untuk buat aku tenang

Sepanjang di HDR, aku tak ada pening. Tak ada muntah. Alhamdulillah semuanya ok. Lepas 48 jam baru dipindahkan ke wad biasa. Lepas aku dah boleh buang air besar, baru doktor benarkan aku pulang

Allah Maha Besar. Alhamdulillah, aku masih mampu bernyawa hingga ke hari ini. Aku selamat melahirkan seorang bayi yang cukup kuat bertahan dalam rahim yang hampir pecah. Menurut doktor pakar yang merawatku, kebiasaan bayi hanya mampu bertahan sehingga 12 minggu melihatkan keadaan rahimku. Kalau tak beranak lagi, rahim akan pecah ketika 34 atau 35 minggu. "Satu cm pecah akan membahayakan nyawa kamu."
"Apa punca rahim saya jadi macam tu doktor?"
"Kita tak tahu apa punca. Puan tak ada sejarah ceaser, malah anak yang lain semua lahir normal."
"Ini rahmat dari Tuhan. Bersyukurlah.", kata doktor pakar berbangsa cina. 
"Kamu sangat positif. Suami kamu sangat positif. He's very nice.", sambung doktor lagi. 
Aku kadang-kadang rasa tak percaya aku lalui semua ni. Bila perut sakit, oh ya aku masih dalam pemulihan major operation; melahirkan satu amanah Allah dan kehilangan satu organ

Moga aku cepat sembuh dan baby Aara Insyirah cepat membesar dengan sihat. Mommy tak sabar nak jaga Aara sendiri

Mommyirra,Tiada lagi rahim tidak bererti bukan wanita sempurna 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.irrayyan.com/2020/02/tiada-rahim-di-usia-33-tahun-placenta-precreta-baby-33weeks.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Sebatang Kara Nenek Masuk Islam Pada Usia 85 Tahun

Hidup Sebatang Kara Nenek Masuk Islam Pada Usia 85 Tahun

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 301 hits
Seorang warga emas yang hidup sebatang kara membuat keputusan untuk memeluk Islam pada usia 85 tahun Warga emas bernama Mariam itu mengucap dua kalimah syahadah pada penghujung tahun lalu di hadapan seorang imam masjid setelah beberapa keti...
Bapa Maut Kemalangan Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah

Bapa Maut Kemalangan Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 525 hits
Seorang pemandu lori ais Abdul Rani Abdullah maut selepas kenderaan yang dinaikinya melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth Kulim dari Kubang Semang menghala ke Lunas Kulim Isnin lalu Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan...
29 February 2020 Baby Leap Year Dah 4 Tahun

29 February 2020 Baby Leap Year Dah 4 Tahun

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 413 hits
29 February 2020 Baby Leap Year Dah 4 Tahun Alhamdulillah Akhirnya jumpa juga Tarikh kelahiran sebenar selepas menunggu selama 4 tahun hahaha Itu lah siapa suruh lahir tahun lompat kan Kalau ikut due date awak pertengahan bulan March baru k...
47 Tahun Berpisah Kakak Beradik Di Kamboja Bertemu Di Usia 92 Dan 101

47 Tahun Berpisah Kakak Beradik Di Kamboja Bertemu Di Usia 92 Dan 101

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 255 hits
Dikutip dari laman BBC pada Sabtu LSM lokal mengatakan bahwa Bun Sen dipertemukan kembali dengan kakaknya yang berusia 101 tahun yang selama ini ia kira meninggal dunia
Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 518 hits
Hosni Mubarak mentadbir Mesir selama 30 tahun sehingga digulingkan berikutan protes besar besaran pada 2011 menerusi revolusi Arab Spring Hosni Mubarak meninggal dunia KAHERAH Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital t...
Tapak Kaki Kanak Kanak Anggaran Usia 2 3 Tahun Digonggong Anjing

Tapak Kaki Kanak Kanak Anggaran Usia 2 3 Tahun Digonggong Anjing

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 345 hits
Tiga tapak kaki bersaiz kanak kanak dianggar berusia dua hingga tiga tahun ditemui di belakang sebuah bengkel di Pelabuhan Sepanggar di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata perkara itu dis...
Mati Pucuk Lelaki Meniti Usia 40 Tahun Wajib Tahu

Mati Pucuk Lelaki Meniti Usia 40 Tahun Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 759 hits
Mati pucuk atau erectile dysfunction adalah sebuah keadaan dimana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika terlibat dengan aktiviti seks dan ia turut merujuk kepada keadaan dimana seseorang lelaki tidak dapat mengekalkan keteganga...
5 Tahun Umi Tunggu Adik Tapi Allah Pinjamkan 9 Bulan Sahaja Dalam Rahim Umi

5 Tahun Umi Tunggu Adik Tapi Allah Pinjamkan 9 Bulan Sahaja Dalam Rahim Umi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 393 hits
Hanya tinggal beberapa hari untuk menyambut kehadiran orang baru kegembiraan hati seorang ibu bertukar saat menyedihkan apabila mengetahui anak yang dikandung 9 bulan tidak bernyawa menjelang tiga hari sebelum tarikh bersalin Apa yang lebih...
Ingin Menurunkan Berat Badan Di Atas Usia 40 Tahun Ini Hal Yang Bisa Kamu Coba

Ingin Menurunkan Berat Badan Di Atas Usia 40 Tahun Ini Hal Yang Bisa Kamu Coba

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 270 hits
Mulai usia 30 tahun metabolisme bakal terus menurun sehingga menurunkan berat badan bakal semakin sulit Masalah ini bakal lebih sulit dialami setelah usia 40 tahun
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game