5 Tahun Umi Tunggu Adik Tapi Allah Pinjamkan 9 Bulan Sahaja Dalam Rahim Umi


Hanya tinggal beberapa hari untuk menyambut kehadiran orang baru, kegembiraan hati seorang ibu bertukar saat menyedihkan apabila mengetahui anak yang dikandung 9 bulan tidak bernyawa menjelang tiga hari sebelum tarikh bersalin.
Apa yang lebih menyedihkan kandungan ini telah dinantikan selama 5 tahun selepas kehadiran dua orang anak sebelum itu.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang ibu, Sofea Shafie di Facebooknya dengan meluahkan rasa sedih akan kehilangan anak dalam kandungannya lebih-lebih lagi apabila segala persiapan menyambut kelahiran cahaya matanya itu telah hampir siap sepenuhnya.
5 tahun menanti
Sakitnya bila kena berpantang sorang-sorang tanpa anak syurga umi disisi. Kuat kan diri ini ya Allah.Selalunya tengok orang lain yang di uji.Tapi kali ni tak sangka Allah uji diri ini. Segala persiapan dah dibuat untuk menyambut kehadiran anak umi.

Umi tak sabar sangat nak jumpa, nak peluk cium adik. 5 tahun umi tunggu adik. Tapi Allah pinjamkan adik 9 bulan sahaja di rahim umi. Hanya badan kaku tak bernyawa yang umi sambut. Cantik sangat adik, bibir masih merah,kulit seputih salju kemerahan. Masya Allah. Sakit melahirkan adik tidak sesakit melihat adik diam kaku tidak bergerak.
Umi bahagia sangat bila dapat tau umi mengandung. Segala persiapan ibarat menyambut anak sulung, teruja sangat-sangat. Umi tak sangka sebab adik sihat-sihat saja dalam perut umi, setiap hari aktif bergerak, lagi 3 hari je nk due, adik pergi meninggalkan umi. Menangis kakak Aisya dan abang Akiff bila tahu adik yang selalu tendang-tendang di perut umi, sudah tak bergerak lagi. Menangis-nangis depa suruh umi hidupkan balik adik. Allahh. Umi tak kuat.
‘Allah lebih sayangkan adik’
Umi redha tapi umi rindu. Allah lebih sayangkan adik. Umi dah cuba buat yang terbaik untuk adik. Tapi umi tau, walaupun sebanyak mana umi sayangkan adik, tapi Allah lebih sayangkan adik. Berlari-lari lah sayang di syurga bersama kakak adik yang umi keguguran dulu. Dua anak syurga umi sedang menanti umi di sana. Semoga asbab pemergian adik dan kakak, dapat menarik umi dan abi kesyurga.
Untuk yang bertanya. Anak syurga saya meninggal di dalam perut pada hari Jumaat 21/02/2020. Tiada sakit apa-apa. Selepas solat zohor, tiba-tiba baby tak bergerak. Bila terus ke klinik, doktor sahkan jantung baby dah stop.

Sepatutnya due 24/02/2020. Buat ibu-ibu diluar sana, pesanan saya, pantau lah pergerakan baby betul-betul. Jangan terlalu stress, jangan push diri buat kerja walaupun kita mampu. Sebab kita tak tau keadaan baby di dalam, bila kita tak larat akan beri kesan pada baby juga di dalam. Buat yang termampu sahaja. Selebihnya serahkan pada suami.
Berpantang tanpa anak disisi
Pada 22/02/2020, saya selamat melahirkan anak syurga ini secara normal dengan berat 3.4kg dan diberi nama Muhammad Ammar bin Aliff Haikal.Mudah sangat melahirkan adik. Bila pergi hospital untuk induce, doctor cek laluan dulu, alhamdulillah dah ada bukaan 4cm tanpa sakit apa-apa masa ni. Doktor pecahkan air ketuban, lepas tu terus sakit. Sakit yang tak sampai sejam, terus adik selamat dilahirkan. Terima kasih Allah sebab permudahkan.

Rindu yang sakit, tiada penghujungnya
Al fatihah buat anak-anak syurga yang lain. Doakan saya semoga kuat untuk menempuh ujian dari Allah, doakan saya kuat menempuh setiap hari berpantang tanpa anak disisi. Doakan saya kuat.. Itu saja yang saya harapkan dari semua sekarang ni. Saya tak meratapi. Tapi izinkan saya untuk meluah. Hanya ini dapat menenangkan rasa sarat rindu buat anak syurga umi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Umi redha walaupun pahit untuk telan. Rindu yang sakit, tiada penghujungnya. Penantian yang perit untuk dilalui.
Sumber: Sofea Shafie
The post “5 Tahun Umi Tunggu Adik. Tapi Allah Pinjamkan 9 Bulan Sahaja Dalam Rahim Umi” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/5-tahun-umi-tunggu-adik-tapi-allah-pinjamkan-9-bulan-sahaja-dalam-rahim-umi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Ini Rindu Sangat Sangat Hanya Demam Biasa Allah Pinjamkan Baby Na 5 Bulan

Hati Ini Rindu Sangat Sangat Hanya Demam Biasa Allah Pinjamkan Baby Na 5 Bulan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 390 hits
Anak yang dilahirkan sihat dan normal dengan berat 3 05 kilogram hanya sempat 5 bulan saja bersama keluarga Itu janji Allah Mulanya hanya demam saja siapa sangka ia menjadi asbab untuk anak ini bertemu pencipta Nya Menurut pemergian Putri Q...
Adakah Nama Nama Allah Swt Hanya 99 Nama Sahaja

Adakah Nama Nama Allah Swt Hanya 99 Nama Sahaja

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 378 hits
SOALAN Adakah nama nama Allah hanya 99 nama JAWAPAN Pada asasnya nama nama Allah SWT hanya diketahui melalui apa yang dikhabarkan oleh Nya sendiri di dalam al Quran atau melalui lisan Rasul Nya Nama nama tersebut adalah bersifat tauqifiyyah...
Tiada Rahim Di Usia 33 Tahun Placenta Percreta Baby 33 Weeks

Tiada Rahim Di Usia 33 Tahun Placenta Percreta Baby 33 Weeks

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 404 hits
Tiada Rahim di usia 33 tahun Placenta Percreta baby 33 weeks Aku tiada lagi rahim di usia 33 tahun Namun aku bersyukur sangat kerana aku sudah mempunyai 5 orang cahaya mata Amanah dariNya yang akan aku jaga sebaiknya Seorang lelaki dan 4 or...
Anak Perempuan 7 Tahun Asal Inggris Ini Hafal Al Qur An Cuma Dalam Waktu 24 Bulan

Anak Perempuan 7 Tahun Asal Inggris Ini Hafal Al Qur An Cuma Dalam Waktu 24 Bulan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 300 hits
Maariya dari Luton bocah perempuan asal Lutton Inggris telah menghafal seluruh Al Qur an pada usia tujuh tahun Mengagumkan Maariya mulai menghafal Quran pada usia 5 tahun Ketika itu dia menghafal Surah Yasin sebagai amal untuk mengumpulkan ...
Tolong Ambil Vaksin Influenza Setiap Tahun Jangan Tunggu Ada Penyakit Baru Ambil

Tolong Ambil Vaksin Influenza Setiap Tahun Jangan Tunggu Ada Penyakit Baru Ambil

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 274 hits
Data dari Kementerian kesihatan menunjukkan peninkatan kes influenza 2019 Kes kes di hospital swasta seluruh negara juga menunjukkan lebih ramai lagi kes influenza Menurut Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail Consultant Paediatrician Paediatric Ca...
Berhenti Kerja Tapi Mampu Bagi Duit Duit Kat Mak Ayah Tiap Bulan

Berhenti Kerja Tapi Mampu Bagi Duit Duit Kat Mak Ayah Tiap Bulan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 386 hits
Walaupun dah berhenti kerja tapi mampu bagi mak ayah duit tiap tiap bulan tanpa gagal Mampu bagi mak ayah vitamin vitamin shaklee setiap bulan Alhamdulillah Ada time freedom so bebas nak spend time dengan anak keluarga dan dalam masa yang s...
Adik Tunggu Ya Saman Akan Sampai Nanti

Adik Tunggu Ya Saman Akan Sampai Nanti

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 398 hits
Nassir DaniBanyak benor duit adik ni SAMAN Sumber Pejabat Menteri Pertahanan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas posting fitnah ini
Orang Yang M Lukaimu Akan T Rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan Luput

Orang Yang M Lukaimu Akan T Rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan Luput

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 191 hits
Orang yang M lukaimu Akan T rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan LuputM rasa g ram kar na dip rlakukan buruk itu adalah rasa yang manusiawi tidak t rima dan ingin s kali m mbalas Tapi k tika kamu m mbalas d ngan h...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Creating Timeless Portraits Techniques Used By Professional Photographers In Dubai

Pengawal Keselamatan Rebah Tunggang Motosikal Akibat Terlalu Penat Bekerja

Artis Kelantan Ditahan Sungai Golok Didakwa Miliki Dadah

Immigration Officers Involved In Counter Setting Case Transferred Says Dg

Kerajaan Perkenal Undang Undang Lebih Tegas Tangani Buli Siber Kata Anwar

Malaysiaweeklyrecap 30 September