Mati Pucuk Lelaki Meniti Usia 40 Tahun Wajib Tahu



Mati pucuk atau erectile dysfunction adalah sebuah keadaan dimana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang (penile erection) ketika terlibat dengan aktiviti seks dan ia turut merujuk kepada keadaan dimana seseorang lelaki tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar atau alat kelaminnya ketika melakukan hubungan seksual.

Mati pucuk turut dikenali sebagai lemah tenaga batin dan ianya merupakan satu penyakit yang bersifat semula jadi.

Integrasi antara sistem saraf pusat, sistem saraf periferi, sistem pembuluh darah dan hormon akan menyebabkan ketegangan zakar lelaki dan sebarang perkara yang menyebabkan salah satu sistem ini tidak berfungsi secara normal akan memberi kesan terhadap zakar lelaki seperti masalah ereksi, orgasm atau ejakulasi.

Perlu diingati, mati pucuk tidak merujuk kepada keadaan mandul atau ketidakupayaan seseorang untuk memancutkan air mani atau berejakulasi, namun keadaan-keadaan tersebut boleh berkait rapat dengan kedaan mati pucuk.

Kelompok yang berisiko mendapat mati pucuk
Masalah mati pucuk pada kebiasaannya berlaku kepada kaum lelaki apabila mereka mula meniti usia 40 tahun.

Penyelidikan turut menyatakan bahawa dalam setiap 10 orang lelaki, 4 daripadanya mempunyai masalah mati pucuk ketika berusia 40 tahun dan ia akan bertambah teruk seiring dengan peningkatan umur.

Kajian bebas oleh Pfizer pula mendapati bahawa seorang daripada setiap lima orang lelaki di Malaysia mengalami permasalahan mati pucuk. Antara mereka yang berisiko tinggi adalah :

Mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, PerokokTidak aktif secara fizikal Mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik seperti :Darah tinggi, Kencing manis, Hiperkolestrolemia (kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah) Sindrom metabolisme.

Kriteria-kriteria mati pucuk :

Zakar mengalami kesukaran untuk menegang ketika melakukan hubungan seksual. Zakar mengalami kesukaran untuk mengekalkan ketegangan atau ereksi sehinggalah pada akhir hubungan seksualZakar terlihat tidak mempunyai ketegangan yang ketara atau memuaskanTanda-tanda tersebut berlaku secara berterusan dalam tempoh selama 6 bulanTanda-tanda tersebut menjadikan seseorang individu mengalami tekanan yang ketara

Punca mati pucuk
Secara umumnya, mati pucuk terjadi apabila terdapatnya halangan yang menyebabkan pengurangan aliran darah atau aliran darah yang tersekat yang menyebabkan gangguan kepada zakar untuk menegang.

Ini memberi kesan kepada keadaan zakar yang tidak boleh menegang ke tahap yang sepatutnya dan memuaskan.

Terdapat juga pelbagai faktor lain yang boleh menjejaskan keupayaan seorang lelaki untuk mengalami ereksi zakar. Antaranya:


Gangguan fikiran serta emosi: gangguan kesihatan mental seperti tekanan, kemurungan, kegelisahan dan gangguan stres selepas trauma (PTSD). Masalah rumahtangga dan kurang rangsangan daripada pasangan turut termasuk dalam gangguan fikiran dan emosi.Masalah saraf: ini termasuklah kecedaraan pada bahagian saraf tunjang, angin ahmar, strok, epilepsy, alzheimer dan slipped discMasalah salur darah dan penyakit kronik: kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan hati, penyakit buah pinggang, atherosclerosis dan kerosakan pembuluh darah daripada rawatan kanser prostat dan radioterapiKecederaan pada zakarKekurangan dan ketidakstabilan hormon: ini termasuklah kekurangan hormon testosteron, endorphin dan penyakit berkaitan thyroidTabiat yang merisikokan kerosakan saraf dan saluran darah: tabiat yang memberi kesan kepada mati pucuk termasuklah merokok dan pengambilan minuman beralkohol secara melebihi had yang sepatutnyaPenyalahgunaan dadah: ganja dan kokainFaktor kesan ubat-ubatan: ubat-ubatan seperti Amphetamines, Barbiturates, ubat jenis beta-blocker bagi tekanan darah tinggi, anti depresi dan anti psychotic turut memberikan kesan terhadap mati pucukFaktor peningkatan umur individu: penyakit Parkinson boleh mengurangkan hormon Dopamine berkurangan yang akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada pengekalan ketegangan zakar

Kesan mati pucuk kepada individu
Mati pucuk memberikan perasaan rendah diri dan malu kepada seseorang individu lelaki yang kemudiannya akan memberikan kesan terhadap psikologi individu.

Masalah gangguan psikologi seperti tekanan dan kemurungan yang akan menambah keterukan kepada keadaan mati pucuk tersebut. Perkara seperti ini sememangnya akan menjejaskan hubungan intim antara pasangan.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda mati pucuk?
Langkah awal yang perlu dilakukan adalah berjumpa dengan doktor perubatan terlebih dahulu bagi mengenalpasti gejala dan mendapatkan khidmat nasihat yang sepatutnya daripada pengamal perubatan yang bertauliah.

Elakkan daripada mengambil sebarang jenis ubat-ubatan yang didakwa sebagai ubat kuat yang banyak terdapat di pasaran.
Sebahagian besar daripadanya adalah ubat-ubatan tidak berdaftar seperti produk Nan Bao Capsule yang terkandung racun berjadual sildenafil dan tadalafil yang boleh membahayakan nyawa pengguna.

Pemeriksaan doktor adalah penting bagi memastikan risiko serangan jantung sebelum memulakan apa-apa rawatan ubat kepada penghidap mati pucuk.

Ini memandangkan ubat bagi rawatan mati pucuk boleh menyebabkan penurunan darah secara mendadak sekiranya diambil bersama dengan ubat nitrate bagi rawatan jantung.

Alternatif bagi rawatan mati pucuk
Secara umumnya, rawatan bagi mengatasi masalah mati pucuk boleh dikategorikan kepada tiga; rawatan melalui penggunaan ubat-ubatan, rawatan melalui penggunaan alat dan pembedahan.

1. Rawatan ubat-ubatan

Phosphodiesterase-5 inhibitors: contoh ubat adalah seperti slidenafil, verdenafil dan avanafil. Fungsinya adalah untuk membantu mengembangkan saluran darah agar lebih banyak darah boleh memasuki zakar dan memudahkan ereksi untuk berlakuAndrogens: ia adalah ubat untuk individu yang mengalami kekurangan hormon testosterone dalam darah.Intraurehtral Prostaglandin E1 pellet: ubat jenis ini dimasukkan terus ke dalam saluran urehtra (saluran air kencing) yang bertindak membuka saluran darah bagi membantu proses ereksi atau ketegangan

2. Penggunaan alat

Alat penyempitan pangkal kelamin: sesetengah individu mempunyai masalah mati pucuk yang berpunca daripada masalah pembuluh darah. Alat ini digunakan dengan tujuan untuk menghimpit pangkal zakar agar darah tidak mudah mengalir keluar daripada zakar dengan cepat. Ia membantu zakar agar dapat mengekalkan ketegangan dalam satu tempoh yang lebih lama.Alat vakum zakar: ia digunakan untuk menarik aliran darah untuk masuk ke bahagian zakar untuk memudahkan ia mengalami ereksi.

3. Pembedahan


Sekiranya masalah mati pucuk masih berlaku setelah rawatan melalui penggunaan ubat atau alat, terdapat alternatif lain yang boleh dilaksanakan iaitu melalui kaedah pembedahan. Salah satunya adalah melalui pembedahan kemasukan implan ke dalam alat kelamin, dan ia berfungsi membantu penetrasi ketika hendak melakukan hubungan seksual walaupun individu tersebut tidak mengalami ketegangan atau ereksi. Implan ini hanya membantu proses penetrasi dan bukannya membantu pesakit untuk mendapat ereksi zakar.

Apakah cara untuk mencegah mati pucuk?
Terdapat beberapa langkah pencegahan yang bersesuaian dan berkesan dalam mengelakkan mati pucuk daripada berlaku.

Antaranya melalui pengubahsuaian gaya hidup kearah yang lebih sihat.

Semua individu dinasihatkan untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal dengan lebih kerap, mengamalkan diet pemakanan secara sihat, menguruskan stres atau tekanan dengan baik, menghentikan tabiat merokok selain memastikan tekanan darah dan penyakit kencing manis agar lebih terkawal.

Penyalahgunaan dadah terlarang seperti kokain dan ganja beserta pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan hanya akan menjejaskan aliran darah ke bahagian zakar lelaki.

Disebabkan itu, hormon akan turut berkurangan dan akhirnya menyebabkan mati pucuk kepada seseorang individu.

Selain itu, rujukan dan pemeriksaan melalui doktor dan pengamal perubatan yang bertauliah amatlah penting.

Doktor berkelayakan untuk memberikan nasihat dan panduan kesihatan untuk mencegah penyakit mati pucuk daripada menjadi lebih teruk disamping mengelakkan sebarang risiko untuk mengalami mati pucuk.

Sebelum anda menggunakan sebarang produk ubat kuat atau ubat mati pucuk, adalah amat penting untuk anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Ketika anda berjumpa dengan pihak doktor, maklumkan kepada mereka mengenai sebarang pengambilan produk yang telah atau sedang digunakan dan ini termasuklah produk-produk persediaan tradisional, suplemen kesihatan mahupun sebarang krim sapuan.

Selain itu, pengambilan sebarang produk ubat-ubatan dan suplemen kesihatan perlulah diteliti samada ia berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia ataupun tidak.

Anda boleh membuat semakan secara online di laman web rasmi Agensi Regulatori Farmasi Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia di alamat http://npra.moh.gov.my.

Sila buat laporan kepada KKM sekiranya anda mendapati produk yang digunakan tidak berdaftar bagi tujuan penghentian pengedaran produk berbahaya yang boleh memberi kesan kepada orang lain di pasaran.

Selain itu, anda juga boleh membuat laporan sekiranya sesuatu produk mati pucuk atau ubat kuat yang anda gunakan membuatkan anda berasa kurang sihat akibat daripada kesan sampingan produk tersebut.

Rujuk dengan ahli farmasi berkenaan bantuan untuk mengisi dan menghantar laporan kesan sampingan produk.

Penyakit mati pucuk merupakan salah satu masalah yang jarang diperkatakan atau dibincang secara terbuka oleh masyarakat.

Memandangkan ia bersifat hal ehwal dalaman alat sulit lelaki, ia sangat jarang dibincang untuk mengelakkan timbulnya perasaan malu oleh individu yang mengalaminya.

Disebabkan oleh situasi ini, muncul pelbagai individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memasarkan produk-produk perangsang seks atau ubat kuat yang boleh diperolehi melalui pembelian atas talian, tanpa perlu bersemuka dengan penjual.

Aktiviti penjualan cara ini telah menggalakkan individu yang mengalami mati pucuk untuk mendapatkan ubat-ubatan secara mudah tanpa berasa malu dan ia turut didorong oleh beberapa faktor lain seperti dakwaan testimoni penggunaan tanpa pembuktian saintifik yang sah.

Kaedah penjualan produk merawat mati pucuk ini bertujuan bagi melariskan jualan ubat-ubatan tersebut tanpa kawalan dan pemeriksaan yang sepatutnya.

Selain produk berbentuk pil atau kapsul, pengeluar atau penjual turut memasarkan produk perangsang seks dengan cara mencampurkannya bersama-sama dengan produk makanan seperti kopi pracampur, gula-gula dan minuman kesihatan.

Cara ini bertujuan untuk mengelakkan produk mereka daripada tersenarai dibawah kategori ubat-ubatan yang perlu didaftarkan dengan pihak PBKD, KKM.

Antara kesan sampingan akibat penggunaan produk mati pucuk tiruan atau yang tidak berdaftar adalah tekanan darah rendah yang boleh menyebabkan seseorang hampir pitam, kerosakan hati, kerosakan buah pinggang, gangguan mental dan gangguan terhadap fungsi jantung yang boleh merisikokan pengguna terhadap kejadian kematian secara mengejut.

Pesakit perlu bersikap terbuka bagi menyelesaikan masalah mati pucuk dan berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang tepat.

Cuba berbincang dengan pasangan sekiranya seseorang individu mengalami masalah mati pucuk, memandangkan sifat kengganan dalam mengakui kegagalan untuk berereksi hanya akan menjejaskan hubungan antara pasangan masing-masing.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blogpetua.blogspot.com/2020/03/mati-pucuk-lelaki-meniti-usia-40-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Fakta Kasus Pembunuhan Anak Usia 6 Tahun Palaku Puas Setelah Melancarkan Aksi

5 Fakta Kasus Pembunuhan Anak Usia 6 Tahun Palaku Puas Setelah Melancarkan Aksi

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 213 hits
Pelaku mengaku melakukan pembunuhan karena terinspirasi oleh film film yang ditontonnya Bahkan Ia mengaku melakukan aksi keji itu dengan sadar dan tanpa adanya rasa penyesalan
Tiada Rahim Di Usia 33 Tahun Placenta Percreta Baby 33 Weeks

Tiada Rahim Di Usia 33 Tahun Placenta Percreta Baby 33 Weeks

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 407 hits
Tiada Rahim di usia 33 tahun Placenta Percreta baby 33 weeks Aku tiada lagi rahim di usia 33 tahun Namun aku bersyukur sangat kerana aku sudah mempunyai 5 orang cahaya mata Amanah dariNya yang akan aku jaga sebaiknya Seorang lelaki dan 4 or...
Jangan Tertipu Dengan Usia Muda Syarat Mati Tidak Harus Tua

Jangan Tertipu Dengan Usia Muda Syarat Mati Tidak Harus Tua

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 272 hits
Kalau jodoh itu rahsia Allah kematian juga rahsia Allah Kita sebagai hamba di muka bumi lebih mengingatkan tentang kematian Usia muda dan tubuh badan yang sihat bukan satu jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua Umat Islam...
Bapa Maut Kemalangan Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah

Bapa Maut Kemalangan Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 518 hits
Seorang pemandu lori ais Abdul Rani Abdullah maut selepas kenderaan yang dinaikinya melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth Kulim dari Kubang Semang menghala ke Lunas Kulim Isnin lalu Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan...
Ubat Terkawal Mati Pucuk Merbahaya Ini Kkm

Ubat Terkawal Mati Pucuk Merbahaya Ini Kkm

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 446 hits
Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy Sumber KKMKKM keluar amaran pengambilan Energy Candy mengandungi ubat mati pucukKL Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini berkata pihaknya tel...
Tinggalkan Anak Semasa Usia 9 Tahun Kini Ibu Goo Hara Demand 50 Harta Peninggalannya

Tinggalkan Anak Semasa Usia 9 Tahun Kini Ibu Goo Hara Demand 50 Harta Peninggalannya

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 453 hits
Sebelum selebriti popular iaitu Goo Hara mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri gadis itu didedahkan telah hidup sengsara sepanjang hayatnya Bukan sahaja ditinggalkan keluarga sejak kecil bahkan bekas teman lelakinya juga pern...
Tapak Kaki Kanak Kanak Anggaran Usia 2 3 Tahun Digonggong Anjing

Tapak Kaki Kanak Kanak Anggaran Usia 2 3 Tahun Digonggong Anjing

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 340 hits
Tiga tapak kaki bersaiz kanak kanak dianggar berusia dua hingga tiga tahun ditemui di belakang sebuah bengkel di Pelabuhan Sepanggar di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata perkara itu dis...
Mati Itu Tak Mengenal Usia Dan Saiz Badan

Mati Itu Tak Mengenal Usia Dan Saiz Badan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 470 hits
Last week masa Abam Bocey pergi ramai jugaklah yang sebut pasal physical Abam yang overweight kena jaga kesihatan kuruskan badan sekian sekian Harini macam Allah nak tunjuk pula Ashraf yang badan dia seems fit for a 40y o workout 3x week pu...
Besok Aku Akan Mencoba Tertawa Melihat Ayahku Mati Selamanya Pesan Menakutkan Remaja Pembunuh Bocah 5 Tahun

Besok Aku Akan Mencoba Tertawa Melihat Ayahku Mati Selamanya Pesan Menakutkan Remaja Pembunuh Bocah 5 Tahun

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 479 hits
Peristiwa pembunuhan sadis yang dilakukan oleh seorang siswi SMP berinisial NF cukup menyita perhatian publik Sebab pelaku yang merupakan seorang pelajar SMP itu melakukan pembunuhan sadis kepada bocah 6 tahun berinisial APA yang merupakan ...
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Silat Gayong


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Bila Bunga Di Laman Orang Leon

Mh370 Australia Enggan Dedah Rakaman Audio

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

New Order