Tiada Perbincangan Izzah Sebagai Menteri Besar Selangor Pm Anwar


Tiada Perbincangan Izzah Sebagai Menteri Besar Selangor – PM Anwar
JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tidak ada sebarang perbincangan mengenai kemungkinan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.
“Itu pandangan beliau (Amirudin). Dia tidak berbincang dengan saya pun,” katanya ketika diminta mengulas saranan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari supaya Nurul Izzah menggantikan tempatnya.
Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata beliau telah menyampaikan cadangan tersebut kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan.
Mengenai kesediaan Ahli Parlimen Gombak itu menerima tanggungjawab di peringkat Persekutuan, Anwar menjawab: “Pilihan raya bila? Masih lama lagi… kita bincang kemudian.”
Perdana Menteri juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kemungkinan rombakan Kabinet.
“Rombakan itu bagi mengisi kekosongan. Boleh cadangkan beberapa nama? Saya akan pertimbangkan,” katanya secara berseloroh ketika ditanya mengenai perkara itu selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini.
BACA: Amirudin Cadang Nurul Izzah Pengganti MB Selangor Mengulas pandangan bahawa Amirudin bersedia menyertai pentadbiran Persekutuan, Anwar berkata: “Itu satu jawatan sahaja. Sekurang-kurangnya ada tiga kekosongan.”
Sementara itu, dalam sesi soal jawab, beliau menyambut baik cadangan supaya kerajaan menubuhkan Pusat Pengajian Afrika bagi memperluas pemahaman terhadap 54 negara di benua tersebut.
“Saya akan pertimbangkan. Cadangan yang baik,” katanya.
“Kita ada Pengajian Eropah, kita memahami sejarah Amerika, dan kita biasa dengan tamadun India, tetapi kita kurang memahami Afrika secara keseluruhan, termasuk Amerika Latin,” kata Anwar yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20.
Mengenai gesaan supaya lebih banyak pelaburan Malaysia dibawa ke benua Afrika, Anwar berkata komuniti perniagaan merupakan pihak terbaik untuk meneroka peluang dan membuat keputusan komersial.
“Peranan kerajaan adalah menggalakkan dan memudah cara,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Anwar menggesa rakyat Malaysia di luar negara untuk sentiasa memberikan yang terbaik dan tidak cepat berpuas hati.
“Lakukan yang terbaik. Kita perlu menimba ilmu, tetapi bukan sekadar memperoleh atau menyerap ilmu. Kita juga mesti komited menyebarkan perkara yang benar, yang betul dan yang adil,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Tiada Perbincangan Izzah Sebagai Menteri Besar Selangor – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/22/tiada-perbincangan-izzah-sebagai-menteri-besar-selangor-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Jadi Mb Selangor Pm Anwar Tegaskan Tiada Sebarang Perbincangan

Nurul Izzah Jadi Mb Selangor Pm Anwar Tegaskan Tiada Sebarang Perbincangan

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 178 hits
Perdana Menteri menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebarang perbincangan berkaitan kemungkinan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor Tiada sebarang perbincangan tentang MB Selangor Memetik laporan...
Nurul Izzah Sebagai Calon Mb Selangor Ini Cuma Pandangan Amirudin Pm Anwar

Nurul Izzah Sebagai Calon Mb Selangor Ini Cuma Pandangan Amirudin Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 205 hits
Hafiz MarzukhiJOHANNESBURG Itu pandangan dia Dia tidak bincang dengan saya Ini jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas cadangan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari agar Timbalan Presiden PKR Nu...
Pm Anwar Terima Peletakan Jawatan Shamsul Iskandar Sebagai Setiausaha Politik Kanan

Pm Anwar Terima Peletakan Jawatan Shamsul Iskandar Sebagai Setiausaha Politik Kanan

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 165 hits
PM Anwar Terima Peletakan Jawatan Shamsul Iskandar Sebagai Setiausaha Politik Kanan KUALA LUMPUR 26 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau Datuk Seri Shamsul Iskandar...
Susulan Kes Shamsul Anwar Gesa Menteri Pantau Rapat Pegawai

Susulan Kes Shamsul Anwar Gesa Menteri Pantau Rapat Pegawai

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 134 hits
Qistina NadiaPerdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua menteri agar memantau secara rapat pegawai masing masing susulan dakwaan rasuah yang mengaitkan bekas pegawai kanannya Shamsul Iskandar Md Akin Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil be...
Usaha Memerangi Rasuah Perlu Memberi Keutamaan Kepada Kes Besar Pm Anwar

Usaha Memerangi Rasuah Perlu Memberi Keutamaan Kepada Kes Besar Pm Anwar

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 163 hits
Usaha Memerangi Rasuah Perlu Memberi Keutamaan Kepada Kes Besar PM Anwar KUALA LUMPUR 21 November Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha memerangi rasuah perlu memberi keutamaan kepada kes kes besar yang melibatkan kerugian besar ...
Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Program Townhall Rakyat Bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang diadakan di sini menerima sambutan amat menggalakkan daripada rakyat negeri itu Datuk Seri Wan Rosdy berkata program berkenaan menjadi platfor...
2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri Tengku Zafrul

2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 176 hits
2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri Tengku Zafrul KUALA LUMPUR Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan bahawa 2 Disember 2025 akan menjadi hari terakhir beliau berkhidmat ...
Amirudin Cadang Nurul Izzah Pengganti Mb Selangor Terpulang Kepada Beliau

Amirudin Cadang Nurul Izzah Pengganti Mb Selangor Terpulang Kepada Beliau

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 180 hits
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan beliau telah mencadangkan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu embedded content Amirudin sudah suarakan cadanga...
Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand

Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 194 hits
Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebentar tadi bagi membincangkan perkembangan terkini sempadan ...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan

Lawan Petanque Makan Ayam Gepuk Bang Ujang Minum Penang Ais Tingkap

8 Contoh Kata Sambutan Pembukaan Acara Resmi Singkat

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh