Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak Di Pahang Johor Dan Terengganu Pagi Ini


Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak Di Pahang, Johor Dan Terengganu Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 18 Disember (Bernama) — Situasi banjir di beberapa negeri semakin serius apabila jumlah mangsa terus meningkat pagi ini, dengan Pahang mencatat jumlah tertinggi yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat dengan mendadak kepada 8,226 orang daripada 2,653 keluarga dan ditempatkan di 69 PPS berbanding 3,796 orang daripada 1,206 keluarga di 48 PPS petang semalam.
Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan mangsa paling tinggi direkodkan ialah di Kuatan, iaitu 6,609 orang di 41 PPS, diikuti Maran sebanyak 770 orang di 15 PPS, Pekan (514 mangsa, tujuh PPS) dan Rompin (333 mangsa, enam PPS).
Laman web public infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan 10 stesen pemantau paras air sungai pagi ini merekodkan bacaan melebihi tahap bahaya antaranya di stesen Kampung Merting, Sungai Tembeling, Jerantut, stesen Sri Damai, Sungai Belat di Kuantan, stesen Jalan Pekan–Kuantan, Sungai Soi dan stesen Empangan Chereh serta Kampung Sungai Puteri, Rompin.
Jumlah mangsa banjir di JOHOR turut bertambah kepada 347 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 240 orang yang direkodkan semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman dalam kenyataan hari ini berkata sebuah lagi PPS dibuka di Mersing, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Labong, menjadikan jumlah PPS yang beroperasi di daerah itu kepada tiga.
Katanya, PPS berkenaan menempatkan 69 mangsa daripada 13 keluarga, manakala dua lagi PPS melibatkan SK Pusat Air Tawar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chiao Ching, masing-masing menjadi tempat perlindungan bagi 148 orang daripada 36 keluarga dan 130 orang daripada 41 keluarga.
Beliau berkata lima kawasan yang terjejas di daerah itu ialah Kampung Baru Air Tawar, Kampung Hubong, Kampung Belukar Juling, Kampung Semaloi dan Kampung Orang Asli Labong, manakala di daerah Batu Pahat, Sungai Lenik di Ladang Chaah telah melebihi paras bahaya dengan bacaan 7.24 meter (m).
“Sementara itu, Jalan Johor Bahru–Endau (ladang tenusu) hanya dibuka kepada satu lorong, manakala Jalan Mawai Lama untuk kegunaan kenderaan berat sahaja, sementara Jalan Kota Tinggi–Kluang (Kim Long) pula hanya dibuka kepada kenderaan ringan, susulan dinaiki air banjir,” katanya.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 913 orang daripada 258 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 94 orang daripada 25 keluarga petang semalam.
Menurut Sekretariat JPBN Terengganu, Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 205 mangsa daripada 59 keluarga dipindahkan ke dua PPS, iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor.
Di Kemaman, sebanyak 708 mangsa daripada 199 keluarga berlindung di sembilan PPS termasuk Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Dewan Orang Ramai Batu 14, Masjid Kampung Batu 16 Tebak dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabor.
PPS lain yang terlibat ialah Dewan Ketengah Dadong dan Dewan Semai Bakti Felda Neram 2, Surau Blok 28 Kampung Baru Felda Neram 1, Dewan Sivik Air Putih dan Dewan Sivik Felda Seberang Tayor.
Menurut laman web public infobanjir JPS, paras air sungai di enam stesen telah melepasi tahap bahaya melibatkan Stesen Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut; Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu; Sungai Kemaman di Rumah Paya Pam Paman, Kemaman; Sungai Berang di Kampung Menerong (F1), Hulu Terengganu; Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih (F2), Kemaman dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1), Hulu Terengganu.
Di KELANTAN, Infobencana JKM melaporkan sebuah PPS dibuka di Gua Musang pagi ini, iaitu di SK Lebir bagi menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Lebir.
BACA: Keadaan Terkini Banjir Di Kuantan, Air Hampir Cecah Paras Bumbung Rumah  BACA: Tak Mampu Lagi Hadapi Situasi Bencana, Ada Penduduk Aceh Kibar Bendera Putih Sumber: Bernama
The post Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak Di Pahang, Johor Dan Terengganu Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/18/jumlah-mangsa-banjir-meningkat-mendadak-di-pahang-johor-dan-terengganu-pagi-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat Kepada 10 740 Orang Berbanding 2 027 Mangsa Yang Direkodkan Semalam

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat Kepada 10 740 Orang Berbanding 2 027 Mangsa Yang Direkodkan Semalam

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 50 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 10 740 orang berbanding 2 027 orang yang direkodkan semalam Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Che Adam A Rahman berkata kesemua mangsa daripada 3 566 keluarga...
Operasi Pengurusan Banjir Di Pahang Berjalan Lancar Dan Juga Terkawal Walaupun Merekodkan Peningkatan Jumlah Mangsa

Operasi Pengurusan Banjir Di Pahang Berjalan Lancar Dan Juga Terkawal Walaupun Merekodkan Peningkatan Jumlah Mangsa

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 49 hits
KUANTAN Operasi pengurusan banjir di Pahang setakat ini berjalan lancar dan terkawal walaupun merekodkan peningkatan jumlah mangsa kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail nbsp Beliau berkata pihak berkaitan setakat ini telah mela...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbang makanan kepada mangsa banjir di sini hari ini Kesultanan Pahang menerusi hant...
Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 136 hits
KUANTAN Seramai 2 603 mangsa daripada 8 104 keluarga berada di 68 pusat pemindahan sementara di Pahang membabitkan empat daerah setakat jam 8 pagi ini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan daripada jumlah itu Kuanta...
Pengarah Apm Pahang Operasi Menyelamat Dilaksanakan Tanpa Henti Jumlah Penduduk Terjejas Meningkat Di Seluruh Negeri

Pengarah Apm Pahang Operasi Menyelamat Dilaksanakan Tanpa Henti Jumlah Penduduk Terjejas Meningkat Di Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 89 hits
KUANTAN Operasi menyelamat mangsa banjir dilaksanakan tanpa henti susulan peningkatan jumlah penduduk terjejas di Pahang akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas Pasukan penyelamat terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia...
Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 76 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini melawat Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Jaya Gading di sini bagi meninjau keadaan semasa serta memastikan kebajikan penduduk yang terjejas akibat banjir sentia...
Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri

Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 143 hits
Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri Sersan Satu Giman Syahputra seorang anggota tentera TNI yang bertugas di Koramil 02 Karang Baru Kodim 0117 Aceh Tamiang menjadi tumpuan ramai selepas berjaya menyelamat...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 302 hits
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir serta amaran hujan berterusan di beberapa kawasan termasuk di Pahang Menerusi video yang tular di medi...
Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Hujan lebat berterusan di Pahang mengakibatkan negeri itu kembali dilanda banjir nbsp Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga 7 pagi seramai 2 026 penduduk terjejas daripada 625 keluarga kini berlindung di 1...
Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Perancangan Kewangan 2026 Cara Urus Duit Dengan Lebih Teratur

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada