Tiada Maaf Bagimu Pemuda Umno


Manzaidi Mohd Amin Dr Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Malaysia mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang melakukan penghinaan terhadap lambang kedaulatan negara, termasuk Jata Negara.
Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tidak semudah itu lafaz maaf boleh diterima setelah penghinaan terhadap negara diperlakukan sedemikian rupa.
“Kami baca kenyataan pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin yang dilaporkan Malaysiakini pagi ini, bahawa pihaknya tiada niat untuk menghina Jata Negara.
“Dia kata, walaupun tak sengaja, kalau sudah buat sesiapa rasa kurang senang, ada menyinggung perasaan mereka, itu saya minta maaf. Bagi Pemuda UMNO, ini bukan soal “sesiapa rasa kurang senang”.
“Malah, tidak semudah itu lafaz maaf boleh diterima setelah penghinaan terhadap lambang kedaulatan negara diperlakukan sebegitu rupa. Oleh itu, permohonan maaf  tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan di sini.
Chong Ton Sin dalam kenyataannya kepada portal berkenaan, telah membuat permohonan maaf dengan menyatakan, pihaknya tiada niat untuk menghina lambang negara.
“Satu, kami memang tak sengaja mahu hina atau apa-apa. Kedua, walaupun kami tak sengaja, kalau sudah buat sesiapa rasa kurang senang, ada menyinggung perasaan mereka, itu saya minta maaf,” katanya.
Dr. Asyraf Wajdi mengingatkan individu terbabit, bahawa martabat dan maruah negara tidak sesekali boleh diperlekehkan sewenang-wenangnya.
Bahkan, katanya, undang-undang jelas memperuntukkan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pindaan 2016, yang mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM 20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.
“Prinsip Undang-undang ada menyebut ‘Ignorantia Juris Non Excusat’ (Ignorance of the Law is No Excuse), bermaksud kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan,” katanya.
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, perbuatan menghina Jata Negara adalah tindakan tidak patriotik dan tidak boleh dimaafkan kerana jelas mencabar perkara berkait kedaulatan negara.
Ujarnya, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap perbuatan itu dan tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang perlu diambil sekiranya terbukti bersalah.
“Walaupun penerbit buku itu telah tampil memohon maaf, kita tetap mahukan siasatan dan tindakan diambil jika terbukti berlaku perbuatan menghina Jata Negara.
“Perbuatan ini tidak boleh diselesaikan hanya dengan permohonan maaf saja. Ini soal simbol yang menjadi kedaulatan negara yang tidak seharusnya dihina ataupun dipersenda sebegitu rupa.
“Sebagai warganegara Malaysia, jata negara harus dihormati, bukan diperlecehkan meskipun sebagai cara untuk menyampaikan protes,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/tiada-maaf-bagimu-pemuda-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Desak Tindakan Diambil Terhadap Buku Hina Jata Negara

Pemuda Umno Desak Tindakan Diambil Terhadap Buku Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 577 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penulis penyunting dan penerbit sebuah buku yang didakwa merendah rendahkan martabat jata negara dan menghina lambang rasmi kedaulatan Malaysia ...
Pemuda Umno Pas Mic Dan Mca Lapor Polis Isu Kulit Buku Mirip Jata Negara

Pemuda Umno Pas Mic Dan Mca Lapor Polis Isu Kulit Buku Mirip Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 384 hits
Pemuda Umno bersama sama Pemuda PAS Pemuda MCA dan Pemuda MIC hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi bagi membuat satu laporan polis berhubung kulit sebuah buku yang dikatakan menghina Jata Negara Laporan polis berhubung kulit buku Re...
Menghina Jata Negara Tiada Maaf Bagimu

Menghina Jata Negara Tiada Maaf Bagimu

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 341 hits
Kami membaca kenyataan Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya Chong Ton Sin yang dilaporkan Malaysiakini pagi ini bahawa pihaknya tiada niat untuk menghina lambang negara Jata Negara Kata beliau walaupun kami tak sengaja kala...
Maaf Loke Pemuda Pkr Tak Setuju Dr M Jadi Pm Lagi

Maaf Loke Pemuda Pkr Tak Setuju Dr M Jadi Pm Lagi

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 374 hits
Diterbitkan Hari ini 1 35 pmKATA MP Semalam DAP melalui Sdr Anthony Loke telah menyatakan secara terbuka mengenai kesediaan untuk menyokong Mahathir Mohamad sekali lagi sebagai Perdana Menteri Maaf saya dan rakan rakan Pemuda PKR tidak bers...
Pemuda Umno Gesa Kerajaan Pimpinan Ts Muhyiddin Tubuhkan Segera Rci Untuk Siasat Dakwaan Mujahid Tentang Tabung Haji

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Pimpinan Ts Muhyiddin Tubuhkan Segera Rci Untuk Siasat Dakwaan Mujahid Tentang Tabung Haji

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 346 hits
SEGERAKAN TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK TABUNG HAJI1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar Kerajaan Baharu Perikatan Nasional dapat segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai Tabung Haji 2 Walaupun RCI mengenai...
Pemuda Umno Gesa Tubuh Rci Tabung Haji Siasat Dakwaan Ph

Pemuda Umno Gesa Tubuh Rci Tabung Haji Siasat Dakwaan Ph

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 295 hits
ASYRAF WAJDI DUSUKI PERGERAKAN Pemuda UMNO menggesa agar Kerajaan Perikatan Nasional menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai Tabung Haji Menurut ketua pergerakan itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki walaupun PN tidak pernah berja...
Saya Mahu Kembali Kepada Umno Salleh

Saya Mahu Kembali Kepada Umno Salleh

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 369 hits
Salleh sahkan mohon sertai semula Umno Bekas Bendahari Umno Salleh Said Keruak hari ini mengesahkan beliau telah memohon untuk menyertai semula Umno Beliau berkata permohonan itu dibuat pada 26 Mei lalu melalui Pengerusi Badan Perhubungan U...
Syafie Apdal Dipergunakan Utk Lahirkan Sentimen Kenali Tun Dari Kacamata Pemimpin Umno

Syafie Apdal Dipergunakan Utk Lahirkan Sentimen Kenali Tun Dari Kacamata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 265 hits
Tun Dr Mahathir sangat licik bermain politik Itu kita mesti akui Tapi selicik licik Tun kita diajar utk mengambil ikhtibar dari sejarah Kata ilmuan Jika seseorang tidak belajar dari sejarah dia berpotensi utk melakukan kesalahan org lain yg...
Hamas Minta Sokongan Umno Bantah Aneksasi Ke Atas Palestin

Hamas Minta Sokongan Umno Bantah Aneksasi Ke Atas Palestin

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 290 hits
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh menyampaikan sepucuk surat kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam usaha membantah rancangan aneksasi Israel untuk merampas dan mengambil hak milik tanah...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport