Maaf Loke Pemuda Pkr Tak Setuju Dr M Jadi Pm Lagi


Akmal Nasir
Diterbitkan Hari ini 1:35 pm

KATA MP | Semalam DAP melalui Sdr Anthony Loke telah menyatakan secara terbuka mengenai kesediaan untuk menyokong Mahathir Mohamad sekali lagi sebagai Perdana Menteri.

Maaf, saya dan rakan-rakan Pemuda PKR (AMK) tidak bersetuju.

Saya percaya pendirian kami ini mewakili suara akar umbi PKR dan pendokong Pakatan Harapan (PH).

Memang benar, jika dibiarkan Perikatan Nasional (PN) berkuasa, maka keadaan akan terus bertambah mudarat. Tetapi sudah-sudahlah dengan kaedah memilih kejahatan dari kalangan jahat-jahat lesser than two evils.

Sekiranya rakan-rakan lain mahu mengembalikan mandat rakyat, yakinkan yang berlima itu untuk menyokong PH, bukannya menggadaikan sokongan kita buat kali kedua.
Anthony Loke Kewajaran PH untuk membentuk kerajaan adalah untuk membawa perubahan ke arah kebaikan dan membela rakyat kebanyakan, bukan dibelenggu dengan ketidaktentuan atau polemik berpanjangan.

Ingatlah, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya perdana menteri ketika itu tidak meletakkan jawatan tanpa perbincangan dengan PH.

Kita bukan tidak sedar, pintu belakang sebenarnya dibuka jauh lebih awal yang mana mandat rakyat telah dikhianati dan dipijak begitu sahaja.

Sebagai contoh, PKR tidak pernah mencadangkan Azmin dan kartelnya untuk dilantik sebagai menteri, tetapi beliau angkat juga dan tubuh kabinet ikut seleranya.

Dasar pecah perintah sebegini rupa menyebabkan habis porak-peranda parti. Sampai sekarang, tindakan Azmin dengan Langkah Sheraton-nya langsung tidak dikecam.

Bila ditanya atau mohon pertimbangan, mulalah ditunjuk taring kuasa eksekutif.

Ketika kita ada sokongan rakyat dan memiliki panduan yang jelas, perjuangan PH diketepikan dan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Presiden (dasar PH, peralihan, Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain) terus-menerus tidak dipedulikan.

Itulah, hendak ditegur tidak boleh sebab manifesto bukan kitab suci.
Mahathir Mohamad Macam mana nak nafikan cerita komplot apabila berduyun-duyun kemasukan ahli parlimen Umno ke dalam Bersatu disambut mesra yang mana hari ini terbukti tiada seorang pun setia dengan PH.

Dalam keadaan PH diserang teruk dengan sentimen agama dan perkauman, bukan hendak diredakan tetapi ditambahnya perpecahan seperti melalui Kongres Maruah Melayu.

PH sewajarnya bergerak melangkaui sentimen dan pencaturan politik sedemikian.

Jangan kita lupa kepada sifat dan jati diri yang berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati walaupun berlainan bangsa, agama atau budaya.

Tak perlulah diceritakan satu per satu, cukuplah sekadar peringatan.

Buatlah penjanjian atau mekanisme macam mana sekali pun, bila asyik mungkiri (langgar janji) memang susah hendak dipercayai lagi.

Kekalkanlah mempertahankan prinsip dan kebenaran, malah ini juga demi kebaikan bersama, demi Malaysia.

Pendirian saya dan AMK, kami tidak akan menyokong kerosakan yang sama buat sekian kalinya.

Saya secara peribadi lebih rela kita kembali kepada asas perjuangan, santuni aspirasi orang muda dan kekal fokus kepada isu-isu rakyat walaupun mengambil sedikit masa.

Insya-Allah, PH tetap akan memimpin negara.

AKMAL NASIR ialah ahli parlimen Johor Bahru merangkap ketua AMK.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/maaf-loke-pemuda-pkr-tak-setuju-dr-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pkr Tidak Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri

Pemuda Pkr Tidak Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 563 hits
June 18 2020 8 25 PMKetua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata badan itu hilang kepercayaan terhadap kemimpinan Dr Mahathir Mohamad JOHOR BAHRU Pemuda PKR hari ini berkata ia tidak akan menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai calon p...
Pkr Wajar Keluar Kata Pemimpin Pemuda Selepas Rakan Ph Desak Terima Atuk

Pkr Wajar Keluar Kata Pemimpin Pemuda Selepas Rakan Ph Desak Terima Atuk

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 475 hits
June 18 2020 11 11 AMPETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda PKR berkata partinya wajar keluar Pakatan Harapan dikatakan kerana rakan PH mendesak partinya terima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu membent...
Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 573 hits
PETALING JAYA Selepas Maszlee Malik melabel jawatan perdana menteri ke 9 bukan hak mutlak Anwar Ibrahim jika gabungan pembangkang kembali menerajui Putrajaya Pemuda PKR tampil menepis hujah tersebut Setiausaha sayap PKR itu Ahmad Syukri Che...
Bubar Dun Johor Pemuda Umno Setuju Titah Sultan Ibrahim

Bubar Dun Johor Pemuda Umno Setuju Titah Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 434 hits
Asyraf Wajdi Dasuki KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika perebutan kuasa terus berlaku dalam kalangan wakil...
Pkr Tidak Percaya Kepada Mahathir Amk Tidak Setuju Tun M Dilantik Pm Sekali Lagi

Pkr Tidak Percaya Kepada Mahathir Amk Tidak Setuju Tun M Dilantik Pm Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 390 hits
Kenyataan Media Akmal percaya pendirian AMK itu mewakili suara akar umbi Parti Keadilan Rakyat dan pendokong PH Gambar failKUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan tetap menganggap Tun Dr Mahathir sebagai penyebab runtuhnya kerajaan Pakatan Hara...
Tiada Jaminan Dr M Takkan Kembali Bersama Pengkhianat Kata Pemimpin Pemuda Pkr

Tiada Jaminan Dr M Takkan Kembali Bersama Pengkhianat Kata Pemimpin Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 379 hits
Seorang pemimpin Pemuda PKR mencabar dakwaan Dr Mahathir Mohamad mempunyai lebih banyak sokongan ahli Parlimen berbanding Anwar Ibrahim ketika gabungan itu yang berusaha kembali berkuasa masih bergelut dengan isu calon perdana menteri Naib ...
Abdullah Sani Pkr Leaders Totally Rejected Dr M As Pm During Monday Meeting

Abdullah Sani Pkr Leaders Totally Rejected Dr M As Pm During Monday Meeting

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 461 hits
A meeting on Monday featuring the top leaders of PKR had unanimously rejected the proposal to nominate Tun Dr Mahathir Mohamad as Pakatan Harapan s prime minister and Datuk Seri Anwar Ibrahim as his deputy alleges Datuk Seri Abdullah Sani A...
Ph Berhak Untuk Meraguinya Terutama Sekali Pkr Ini Sebabnya

Ph Berhak Untuk Meraguinya Terutama Sekali Pkr Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 296 hits
Muhyidin nampaknya semakin kurang tenaga Bacaan doa di dalam bahasa melayunya setiap hari gagal memperkuatkan kedudukannya Kemungkinan beliau akan kembali melutut kepada Umno Apa akan jadi kepada Azmin dan kumpulannya Tubuh parti baru Parti...
Tun M Rayu Anwar Jawatan Pm Di Pejabat Pkr

Tun M Rayu Anwar Jawatan Pm Di Pejabat Pkr

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 687 hits
Bekas Setiausaha Politik Terkejut Dr Mahathir Jumpa Anwar Rayu Jawatan PMKUALA LUMPUR Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad sangat terkejut bekas majikannya itu sanggup bertemu Presiden PKR Anwar Ibrahim dan sanggup merayu semula jaw...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu