Pemuda Umno Gesa Tubuh Rci Tabung Haji Siasat Dakwaan Ph
 KHAIRULANUAR YAHAYA  

 ASYRAF WAJDI DUSUKI    PERGERAKAN Pemuda UMNO menggesa agar Kerajaan Perikatan Nasional (PN)  menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai Tabung  Haji (TH)
 Menurut ketua pergerakan itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, walaupun  PN tidak pernah berjanji untuk menubuhkan RCI mengenai TH, namun rakyat  berhak mendapat penjelasan mengenai pelbagai tuduhan penyelewengan yang  digembar-gemburkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu
 “Bermula dengan pelbagai tuduhan penyelewengan yang berlaku dalam TH  yang sehingga kini tiada satu pun didakwa ke muka pengadilan,  sehinggalah pelbagai isu yang menyentuh hati rakyat termasuklah ura-ura  pengurangan subsidi buat jemaah haji atas justifikasi konsep istitoah  oleh bekas menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
 “Isu jualan lambak ke atas 76.2 peratus ladang-ladang milik TH  Plantations yang berkeluasan 101,000 hektar menjadi hanya 24,000 hektar  dengan kaedah yang begitu meragukan juga benar-benar membangkitkan  keresahan 9.4 juta pendeposit di kalangan umat Islam
 “Ini tidak termasuk aset-aset lain TH bernilai RM10 bilion yang sudah  terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah  Sdn Bhd. Aset-aset ini termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan  hotel-hotel TH seluruh Malaysia yang selama ini banyak menyumbang kepada  perolehan TH,” kata Asyraf Wajdi
 RCI Tabung Haji itu juga boleh menyiasat mengenai pendedahan surat TH  oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menunjukkan  menteri telah meluluskan hak perlucutan pertama terhadap pembelian  semula 18 aset hartanah TH yang telah dipindahkan ke UJSB
 Menurut bekas timbalan menteri (hal ehwal agama) itu, sebelum PH  memerintah, TH tidak pernah gagal dalam merealisasikan matlamat  penubuhannya yang bukan sahaja menguruskan segala keperluan urusan dan  hal ehwal kebajikan jemaah Haji tetapi juga menjana ekonomi umat Islam
 Asyraf Wajdi berkata, kecemerlangan TH sebelum ini bukan sahaja  diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan  setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus setiap  tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25 peratus setelah ditolak  zakat 2.5 pertaus
 “Sebab itulah, apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal,  defisit yang melanda secara tiba-tiba sejurus selepas PH memerintah  mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik berterusan
 “Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta agar Kerajaan PN  dapat segera menubuhkan RCI bagi menyiasat segala dakwaan penyelewengan  dalam Lembaga Tabung Haji bagi mengembalikan keyakinan pendeposit dan  pelabur institusi terulung umat Islam terus terpelihara!” tegas Asyraf  Wajdi.-SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/pemuda-umno-gesa-tubuh-rci-tabung-haji.html