Tiada Lagi Salah Order Dengan Wechat Pay My
Marah betul rasa bila kita order lain dapat lain. Nasib sekarang ada WeChat Pay MY dan Bella dah tak malu nak mengaku Bella budak WeChat. Hello.. WeChat sekarang maju ok, dengan adanya aplikasi tambahan WeChat Pay MY. Hari tu download dapat guna voucher. (Boleh baca sini Lebih Gembira dengan WECHAT PAY MY ), sekarang dah boleh order dan bayar dekat kedai mamak pula! lebih gembira WeChat Pay MY dapat selesaikan masalah salah order ataupun lambat ambil order. Mamak kan bukan faham sangat. Laki Bella berapa kali bergaduh dengan mamak. Minta teh ais dia bagi teh tarik. Minta roti telur dapat roti kosong. Adoi. Sekarang, era digital. TIADA LAGI SALAH ORDER DENGAN WECHAT PAY MY. Macam mana tu? Baca sampai abis ok. Ada diskaun lagi sekarang ini kalau guna.
WeChat Pay My adalah salah satu daripada penyelesaian pembayaran mudah alih zaman digital sekarang ini. Sangat mengikuti arus digital yang canggih sekarang ini. Ia adalah satu penyelesaian yang inovatif. Perkhidmatan 'Smart Order' yang pertama ok. Bella dah cuba. Segala menu ada didalam smart order ini. Sangat mudah. Sesi melepak pun menjadi lebih seronok. Cuma kena tengok - tengok je mamak yang tercari - cari no meja sebab sistem masih baru. Dorang tak biasa dengan no meja yang sudah ditukar mengikut sistem digital yang baru ni.
Sebenarnya WeChat Pay MY telah berkembang sejak dari 2018 lagi. Setiap hari mereka mencuba dan bertungkus-lumus untuk memberikan warga Malaysia suatu aplikasi yang sangat tertumpu kepada pengalaman pengguna. Kalau korang nak tahu, Malaysia kini menduduki tempat keempat di seluruh dunia dalam penembusan sosial mudah alih dan WeChat Pay MY terus memperkenalkan Smart Order.
"Restoran Mamak di Malaysia sentiasa menjadi kawasan yang sesuai untuk gangguan tunai, dan melalui Smart Order, WeChat Pay MY berharap untuk menerajui dan menjadi perintis dalam meningkatkan pengalaman 'mamak' untuk pelanggan," kata Jason Siew, Ketua Pegawai Eksekutif WeChat Pay MY. Beliau menambah bahawa matlamatnya adalah untuk membolehkan pengguna WeChat Pay mengelak daripada perlu menunggu pelayan, atau barisan panjang untuk makanan. Sebaliknya, pesanan dan pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi WeChat Pay. Ini akan secara berurutan memberi pengguna lebih banyak peluang untuk menggunakan WeChat Pay MY untuk transaksi pembayaran yang lebih mudah dan lebih lancar
Bella sekarang keluar dari mamak dengan hati riang. Mana taknya, banyak masalah selesai. Banyak tau :-
Mamak tak faham ✓Mamak lambat ambil order ✓Mamak salah ambil order ✓Mamak salah hantar makanan ✓Mamak kira cincai ✓Mamak tak pulangkan baki duit ✓Mamak busuk ambil order ✓
Hah!! nampak tak? banyak betul masalah Bella selesai dengan Smart Order ini. Kadang - kadang bukan semua kecanggihan bawa keburukan betul tak? WeChat Pay bawa banyak kebaikan dan keceriaan untuk Bella lepak mamak. Bella harap semua mamak bolehlah turut serta. Panjang cerita jom Bella tunjukkan cara nak guna WeChat Pay MY ni. Tengok gambar dekat bawah ok.
Masuk je restoran mamak, tengok atas meja dia. Ada tak mamak ni, lekatkan sticker Smart Order macam gambar dekat atas? Kalau ada. Korang boleh gunakan application WeChat Pay. Nanti dekat bawah Bella letakkan senarai semua restaurant yang ada WeChat Pay ok. Ini kalau korang malas baca, inilah salah satu petunjuknya. Ada sticker macam dekat atas. Bila dah jumpa sticker ni, bolehlah ke step 2.
Step 2. Buka App WeChat. Kalau takda download. Sign up saja guna FB. Senang dan mudah sangat. Masuk dekat page depan akan keluar screen macam gambar dekat atas. Korang nampak tak sebelah atas kanan tanda tambah tu (+) tekan situ dan terus ke step 3.
Step 3. Bila korang tekan dia akan kuar seperti gambar diatas. Korang tekan scan, dan scan barcode yang ada atas meja korang tu. Barcode seperti gambar pertama dekat atas. Kalau tak pasti, pergi scroll naik atas balik tengok. Hah!! Nanti keluar menu.
Kesimpulan penuhnya sama macam gambar dekat atas ni. Korang dah sampai step 3. Step keluar menu dah tu. Lepas pilih makanan dan minuman, klik pay untuk bayar. Step dia sama macam order grab food, food panda, online order. Sama sangat. Memang senang dan mudah saja.
Bila dah selalu lepak mamak, alamak!! kredit dah berkuranglah pula. Jangan risau. Ini cara - cara nak tambah wang dalam WeChat Pay kita. Korang boleh juga letak password kalau korang takut ada orang salah gunakan WeChat Pay korang ni. Senang sangat kan? Senarai restoran yang ambil bahagian.
JOHOR
18C Café, Pontian, JohorLarkopi, Skudai, JohorRed Vege, Pulai, JohorThe Metallic Kitchen, Bukit Indah, JohorThe Metallic Kitchen, Mount Austin, Johor
SELANGORABC Foods Corner (Balakong)ABC Foods Corner (Desa Petaling)ABC Foods Corner (Puchong)ABC One Bistro (Brickfields)ABC One Bistro (PJ)Syed Bistro Kelana JayaSyed Bistro Lembah KeramatSyed Bistro PJSyed Bistro PuchongSyed Bistro Shah Alam Sek 11Syed Bistro Shah Alam Sek 14Syed Bistro Shah Alam Sek 9Kuala LumpurIshin Japanese Restaurant, KLSyed Bistro BangsarSyed Bistro Dang Wangi, KL
IPOHComo Café IpohU 2 Caffe, IpohPenangSyed Bistro PenangThe Lightbulb Café PenangUS Pizza GreenlaneUS Pizza Bukit MertajamUS Pizza Raja UdaUS Pizza SummertonWinter Warmers Coffee & Teahouse (Straits Quay)Winter Warmers Coffee & Teahouse (AEON Mall Alma)Winter Warmers Coffee & Teahouse (All Seasons Place)Winter Warmers Coffee & Teahouse (Autocity)Winter Warmers Coffee & Teahouse (Gurney Plaza)Winter Warmers Coffee & Teahouse (Queensbay Mall)Winter Warmers Coffee & Teahouse (Sunway Carnival)
Korang pergilah cuba cepat. Bila korang bayar Rm8 dapat diskaun Rm3 tau. Macam percuma air macam tu. Kena cepat sebab promo sehingga 31 July 2019 ini sahaja. Maklumat lanjut, log masuk ke halaman FB WeChat Pay MY di: WeChatPayMY.official
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bellaidura.com/2019/06/tiada-lagi-salah-order-dengan-wechat.html