Air Asia Tawarkan 17 Lokasi Dengan Tiket Super Murah Ini Adalah Salah Satu Lokasi Mesra Muslim


Melancong bersama keluarga dan juga teman merupakan perkara yang sangat menyeronokkan. Sudah pastinya meluangkan masa bersama keluarga serta teman sambil menikmati suasana di tempat orang. Namun, destinasi pelancongan memainkan peranan penting supaya tidak menyesal di kemudian hari. Kebanyakan orang lebih menumpukan terhadap negara yang terletak di Eropah dan juga Asia Timur. Apa kata cuba jelajah negara yang terletak di Asia yang tak kurang hebatnya dan memiliki pelbagai tarikan.
Negara yang mencuri perhatian untuk dijadikan tempat pelancongan ialah negara China. Negara yang terkenal dengan kebudayaan dan sejarah lama ini merupakan ‘pemegang’ ekonomi dunia terbesar selepas Amerika Syarikat. Kebiasaannya, pelancong yang berniat untuk ke China akan memikirkan tentang Beijing atau Shanghai. Tetapi sedarkah anda disebalik bandar-bandar utama itu, terselit lebih banyak tarikan yang menakjubkan sehingga boleh mempengaruhi anda semua untuk berkunjung ke sana.

Selain tempat menarik untuk dikunjungi, pelbagai tarikan lain di China yang kami sajikan ini mungkin boleh membantu anda yang berhajat untuk bercuti ke China ini pada tahun 2019. Pendek kata, semua tempat yang kami kongsikan ini wajib dimasukkan ke dalam ‘bucketlist’ percutian anda ke China nanti.
‘Trend’ Minuman Bubble Tea Kalau anda nak tahu, tarikan terbaru yang terdapat di China ialah Boba Tea atau lebih dikenali sebagai minuman Bubble Tea. Sejak dua menjak ini, minuman ini menjadi sambutan ramai dan sangat mengalakkan di Malaysia. Minuman ini bagaikan telah menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkannya. Antaranya, The Alley, Hey Tea dan Yi Dian Dian merupakan minuman Bubble Tea yang terkenal di Malaysia dan mendapat sambutan yang sangat hebat.

Minuman segar berasaskan Milktea ini merupakan minuman yang mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Sememangnya, rakyat Malaysia sangat menggemari minuman jenis BubbleTea. Jadi, istimewanya minuman ini di mata rakyat Malaysia adalah setiap bungkusan minuman tersebut disertakan sekali bahan paling penting iaitu bubble tea.

Minuman HeyTea ini pula juga tidak kurang hebatnya. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggemari minuman yang kebanyakannya berasaskan buah-buahan. Minuman sejuk ini sudah pastinya akan menghilangkan rasa dahaga dan secara tidak langsung dapat menyegarkan tubuh badan.
Cuba bayangkan, menikmati kedua-dua minuman ini di tempat asalnya iaitu China pasti boleh dijadikan pengalaman yang sangat bermakna kepada pelancong. Keenakannya sudah dapat dirasai di Malaysia, jadi sudah pasti minuman tersebut yang didapatkan dari negara China adalah lebih mengagumkan. Menjadi satu kerugian sekiranya anda melepaskan peluang tersebut untuk merasai sendiri.
2. Penuhi Media Sosial Anda Dengan Foto Yang Menakjubkan
Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram telah menjadi medium bagi pengguna yang berkongsikan gambar-gambar serta video yang menarik. Berada di sesuatu tempat yang menakjubkan sudah pasti akan dirakamkan dan dimuat naik ke dalam media sosial bagi tujuan kenangan. Itu yang kami dapati yang terdapat di China yang anda sendiri boleh cuba.
Tianjin Binhai Library
Antara tempat yang dimaksudkan ialah Tianjin Binhai Library. Seperti yang anda tahu, perpustakaan merupakan tempat yang memuatkan orang ramai bagi proses bacaan. Di sebalik itu, perpustakaan yang terletak di China ini telah dibina dengan fizikal yang sangat cantik dan kemas. Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar berlatarbelakangkan suasana perpustakaan seperti buku-buku yang disusun rapi. Perpustakaan ini juga pernah digunakan untuk sesi fotografi pra-perkahwinan kerana keunikannya yang tersendiri.

Artis tempatan, Elfira Loy mengambil kesempatan atas keunikan perpustakaan ini dan menjadikan pemandangan di dalamnya sebagai tempat bagi sesi fotografi pra-perkahwinannya.

Zhangjiajie di Changsha
Sekiranya anda menginginkan pemandangan menakjubkan dari tempat yang tinggi, Zhangjiajie menjanjikan foto yang diambil akan memberi gambaran yang dapat memukau mata-mata kenalan anda yang melihatnya. Hasil daripada pemandangan yang menarik ini, kawasan ini telah dijadikan latar belakang bagi filem terkenal iaitu Avatar. Walaupun pengembaraan filem Avatar berpusat di dalam studio, namun Zhangjiajie telah memberi inspirasi kepada pengarah filem Avatar untuk dimuatkan ke dalam filemnya itu.


Li River, Guilin
Anda juga boleh memperolehi percutian yang mendamaikan kerana Li River menjanjikan keindahan alam semula jadi yang sangat hebat. Dikelilingi oleh bukit-bukit serta hutan, Li River dianggap sebagai salah satu sungai yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Sudah pastinya dengan mengunjungi sungai ini, udara segar dapat dinikmati di samping pemandangan yang begitu cantik. Kawasan ini boleh dikatakan salah satu tarikan yang wajib dikunjungi apabila anda berkunjung ke Guilin nanti.


Ketiga-tiga tempat yang dilampirkan ini sudah pastinya akan memberi anda peluang yang hebat. Tidak hairanlah kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan pelancongan oleh pelancong-pelancong yang lain. Jadi, tak kan anda hendak lepaskan peluang ini ? Tidak mahu muat naik gambar berlatar belakangkan keindahan yang didapati dan pamerkan pada semua orang dalam media sosial.  Berkunjung ke China dengan AirAsia, anda pasti dapat sesuatu yang sangat menyeronokkan.
3. Nikmati Rasa Halal Oriental Asli Dari China
Anda tidak perlu risau sekiranya berkunjung ke China dan ingin mendapatkan makanan yang halal. Negara China sebenarnya dipenuhi dengan restoran-restoran halal bagi penganut agama Islam yang menetap dan berkunjung ke sana. Sekiranya anda pernah menjamah juadah Mi Tarik yang dijual di Malaysia, kali ini anda akan dapat merasai pengalaman sebenar dalam suasana yang sebenar menikmati Mi Tarik Asli Lanzhou yang terdapat di Lanzhou.


Apabila anda sudah berada di Lanzhou, restoran yang wajib anda kunjungi ialah Axiya Restaurant. Restoran yang popular di Lanzhou ini menyajikan rasa halal oriental dengan seleksi makanan yang wajib anda cuba.

Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan panas yang sangat lazat dan terkenal. Hotpot di Chongqing yang menyajikan makanan panas kepada pelanggan merupakan hidangan yang turut mendapat perhatian warga China dan tak kurang juga di negara Malaysia.
4. Kembara Muslim
Walaupun agama Islam bukanlah merupakan agama yang utama di China, tapi pengaruhnya di negara itu sangatlah kuat. Perkara ini adalah kerana terdapat pengaruh agama Islam di sana seperti komuniti Islam yang ramai serta masjid-masjid yang tersergam indah dan juga lambakan restoran halal yang menawarkan pelbagai variasi makanan yang terkenal. Sekiranya anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman sebagai komuniti Islam di China, Lanzhou merupakan tempat yang sangat sesuai.
Lanzhou merupakan ibu kota Provinsi Gansu di barat laut China. Di sini, anda boleh menikmati cara hidup Islam yang diamalkan oleh masyarakat di China. Anda tidak perlu risau sekiranya berada di sini kerana terdapat kemudahan untuk anda pergi ke destinasi lain kerana Lanzhou menghubungkan barat dan pertengahan China melalui pelbagai medium pengangkutan seperti penerbangan yang kerap, kereta api dan juga bas bandar.
Masjid Xiguan, Lanzhou
Antara tarikan yang anda perlu tahu adalah masjid yang terletak di Lanzhou ini. Masjid Xiguan yang terletak di sebelah barat Xiguan Street merupakan masjid utama dan tertua di kota Lanzhou. Bangunan masjid yang tersergam indah ini mempunyai keluasan kira-kira 467 meter persegi. Apa yang menarik perhatian mengenai masjid ini adalah  pembinaannya adalah hasil gabungan ciri-ciri seni bina Cina dan gaya Islam sehingga menjadikannya penuh unik dan menarik.


Lanzhou Water Mosque
Antara tarikan lain bagi orang Muslim ialah Lanzhou Water Mosque. Sebelum ini, masjid ini dikenali sebagai masjid Kuluwan yang terletak di tebing selatan Yellow River dan bersebelahan dengan Gunung Pagoda Putih di sebelah utara.

Lanzhou Fang Mosque
Masjid lain yang boleh anda kunjungi adalah yang terletak di bawah Gunung Pagoda Putih yang sudah semestinya menjanjikan pemandangan yang indah. Selain beribadat, pelancong berpeluang untuk mendaki gunung untuk melihat pemandangan bandar Lanzhou. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang lapar ketika disini, anda juga boleh mendapatkan roti halal yang mana terdapat kedai roti bakar halal yang dibuka secara kecil-kecilan.

Selain daripada masjid-masjid ini yang melambangkan kemeriahan komuniti Islam di Lanzhou, bandar ini juga dipenuhi dengan pelbagai variasi makanan halal oleh restoran-restoran halal. Jadi, anda tidak perlu pening kepala untuk mencari makanan halal di China untuk mengisi perut anda.
Antaranya, terdapat banyak restoran halal yang menyajikan makanan berasaskan Mi. Pilihan restoran anda boleh dapati daripada restoran kecil sehingga restoran yang bertaraf antarabangsa.
Restoran Halal Terkenal Bertaraf Antarabangsa
Antara restoran terkenal yang terdapat di Lanzhou ialah Axiya Restaurant, Ma Zi Lu Niu Ruo Mian, Qing Zhen Song Shu Jia Niu Rou Mian, Qing Zhen Xie He Jing Dian Niu Rou Mian, Hai Da Ye Muslim Restaurant dan juga Zhengning Road Night Snack Market. Menerusi restoran-restoran yang kami nyatakan ini, anda boleh cuba untuk menikmati sendiri makanan seperti Mi Daging Lanzhou yang ditarik menggunakan tangan, Shou Zhua (hidangan kambing), Sanpaotai (minuman berasaskan daun teh) dan Mei Gui Bing.

Makanan-makanan halal di atas sudah pastinya akan memberikan semula tenaga kepada anda untuk meneruskan aktiviti pelancongan di Lanzhou. Oleh itu, tarikan-tarikan lain yang terdapat di bandar ini perlu anda lihat dan pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk berkunjung ke tempat tersebut.
Tarikan Yang Memukau Para Pelancong
Antaranya ialah anda dapat merasai pengalaman berada di atas Sungai Kuning dengan melintasi Jambatan Zhongshan. Untuk merasai pengalaman yang lebih dekat dengan permukaan air, anda juga boleh menyewa rakit dari penjaja di sekitar sungai.

Di Lanzhou, anda juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat Al-Quran lama yang dipamerkan di Muzium Wilayah Gansu. Muzium ini mudah diakses oleh anda dengan hanya menunjukkan pasport anda untuk menebus tiket masuk percuma.

Kebiasaannya, pelancong akan berkunjung ke tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang indah lebih-lebih lagi yang sememangnya terbentuk secara semula jadi. Bertepatan dengan cita rasa pelancong yang menginginkan pemandangan yang indah, bandar Lanzhou menawarkan perkara ini.


Sebenarnya, banyak lagi tarikan di China yang kami nak kongsikan supaya anda boleh lawatinya. Negara China ini boleh dikatakan sebagai negara yang serba lengkap untuk menjalankan aktiviti pelancongan.
Nak tengok panorama indah, nak makan sedap dan halal, meneroka kehidupan Muslim di negara bukan Islam dan melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, China menawarkan semua ini kepada pelancong terutamanya pelancong dari luar negara seperti anda. Pendek kata, anda tak akan menyesal kalau pilih China sebagai destinasi percutian anda.
Jadi, tunggu apa lagi, mesti rasa tak sabar kan? Anda sememangnya bernasib baik. Kini AirAsia sedang membuat promosi terhadap jualan tiket. Dengan belanja tidak melebihi RM200, anda sudah boleh terbang untuk berkunjung ke destinasi-destinasi yang telah kami lampirkan di atas.
Klik website AirAsia.com yang menawarkan rangkaian terluas dan tambang terendah ke 17 destinasi percutian di China. Jualan Hebat Airasia ini akan bermula dari 16 Jun sehingga 19 Jun 2019 esklusif untuk Ahli BIG sahaja dan jualan untuk bukan ahli pula akan bermula dari 17 Jun sehingga 19 Jun 2019. Anda boleh bayar menggunakan BigClick untuk menikmati bayaran pemprosesan sifar serta proses tempahan yang lebih mudah dan lancar.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/16/air-asia-tawarkan-17-lokasi-dengan-tiket-super-murah-ini-adalah-salah-satu-lokasi-mesra-muslim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengamat Buka Bukaan Bahayanya Jika Tiket Pesawat Ditekan Untuk Murah Saat Ini

Pengamat Buka Bukaan Bahayanya Jika Tiket Pesawat Ditekan Untuk Murah Saat Ini

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 222 hits
Pengamat Kebijakan Publik Agus Pambagio meminta pemerintah jangan menekan maskapai untuk menekan harga tiket pesawat Sebab jika harga tiket turun dikhawatirkan maskapai akan memangkas biaya operasional lain yang sangat penting bagi penumpan...
Sampai 16 Juni Beli Tiket Pesawat Thai Lion Air Diskon Hingga 50 Persen

Sampai 16 Juni Beli Tiket Pesawat Thai Lion Air Diskon Hingga 50 Persen

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 197 hits
Thai Lion Air memperpanjang promosi Mega Sale bertajuk mari bertualang seru ke seluruh kota tujuan favorit dengan diskon hingga 50 persen Periode pemesanan berlaku 10 16 Juni 2019 dan waktu keberangkatan sejak 10 Juni 2019 sampai 31 Januari...
Membongkar Sham Shui Po Panduan Mesra Muslim Mengenai Apa Yang Harus Dilakukan Makan Dan Lihat

Membongkar Sham Shui Po Panduan Mesra Muslim Mengenai Apa Yang Harus Dilakukan Makan Dan Lihat

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 609 hits
Sama ada anda pertama kali atau pengunjung yang kerap Hong Kong akan mengalu alukan anda dengan latar langit yang menakjubkan kedai runcit mewah dan landskap metropolitan yang indah Apa yang tidak suka tentang bandar yang bertenaga ini Teta...
Lion Air Sebar Tiket Promo Jakarta Padang Cuma Rp 700 000 An

Lion Air Sebar Tiket Promo Jakarta Padang Cuma Rp 700 000 An

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 217 hits
Penawaran harga terbaik dapat dilakukan mulai 20 Juni 2019 atau paling lambat 10 hari sebelum keberangkatan sebagai contoh jika travelers membeli pada 20 Juni 2019 maka penerbangan berlaku pada 30 Juni 2019
Ikut Putusan Pemerintah Lion Air Siap Jual Tiket Pesawat Dengan Diskon 50 Persen

Ikut Putusan Pemerintah Lion Air Siap Jual Tiket Pesawat Dengan Diskon 50 Persen

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 223 hits
Lion Air akan mengikuti keputusan pemerintah sehubungan penurunan harga jual tiket pesawat pada jaringan domestik untuk kategori maskapai layanan minimum Lion Air akan memberlakukan harga jual tiket promo sampai dengan 50 persen dari tarif ...
Satu Hakim Dissenting Opinion Sebut Karen Tak Salah Soal Investasi Pertamina

Satu Hakim Dissenting Opinion Sebut Karen Tak Salah Soal Investasi Pertamina

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 247 hits
Hakim ad hoc Anwar menilai dakwaan jaksa bahwa Karen menyalahgunakan wewenang dalam melakukan investasi seperti tidak melakukan peninjauan atau due diligence tidak bisa semata mata dijadikan alasan dia bersalah
4 Fakta Perlu Diketahui Saat Mencari Tiket Pesawat Murah Maskapai Lcc Nanti

4 Fakta Perlu Diketahui Saat Mencari Tiket Pesawat Murah Maskapai Lcc Nanti

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 228 hits
Pemerintah telah menyiapkan strategi menurunkan harga tiket pesawat maskapai penerbangan murah atau low cost carrier Di mana sejumlah insentif fiskal akan diberikan agar operasional maskapai efisien dan harga tiket bisa diturunkan Pemerinta...
Selundupkan 336 Botol Miras Ke Wamena Dua Kru Salah Satu Maskapai Ditangkap

Selundupkan 336 Botol Miras Ke Wamena Dua Kru Salah Satu Maskapai Ditangkap

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 251 hits
Kru tersebut diduga mengawal atau terlibat penyelundupan 336 botol minuman keras dari Bandara Sentani di Jayapura ke Bandara Wamena di Jayawijaya Senin
Sudah Beli Tiket Lebaran Tapi Ditolak Masuk Ke Pesawat Pria Ini Taubat Naik Lion Air

Sudah Beli Tiket Lebaran Tapi Ditolak Masuk Ke Pesawat Pria Ini Taubat Naik Lion Air

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 252 hits
Sudah beli tiket jauh jauh hari eh pas dateng pesawatnya udah penuh Tiket lebaran yang mahal pun hangus dan nggak diganti T T
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut